Monday, 12 October 2026

Singgah @Kueh, Shah Alam

sambung entry semalam pasal cheat day...tghari semalam, kami sempat singgah kat Restoran Kueh @Shah Alam, sbb kebetulan kami ada urusan sikit kat area Shah Alam/Setia Alam. Restoran Kueh ni viral/jadi famous lps ownernya Ezwan kawin dgn Erra Fazira.

Kami dh pernah makan2 kat Kueh branch Setia Alam, so ni kali pertama kami singgah kat Kueh yg kat Shah Alam ni.

MZ order bihun kari, sedap! kena dengan tekak MZ :) harga RM9.90

ni zharfan punya ie roti jala.. RM9.90

not in pic, 2 bungkus nasi lemak (yg bungkus kecik2 tu) --razeen dan mr hubby yg mkn nasi lemak, then mr hubby amik kuih akok dan puding karamel, ariff tak nak mkn sbb masih kenyang. kami order 3 gelas air kosong dan MZ order watermelon juice. total bills RM47.90 termasuk tax.

tak de gmbr wefie...suasana dlm kedai tema gelap/hitam, opposed dgn kedai yg kat setia alam tu tema putih/cream.
overall ok jer mkn2 kat sini, bihun kari tu memang sedap bagi MZ. roti jala tu pun sedap based on zharfan punya verdict lah.

hari ni MZ ada kelas 3 jam. razeen masih pdpr ie sek area gombak masih tak bukak lagi utk kelas sesi fizikal, ariff, wpun sek kat gombak jugak, tp sek alamin dh bukak hari ni, so dh antar ariff gi sek mcm biasa pagi ni

salam hari isnin uolls!

12 comments:

Kakmim said...

Owner kedai xde pulak kalau x boleh la selfie

Puan Hazel said...

Belum sampai mana² branch Kueh ni.
Ya, Adik pun sambung PDPR today.

mama tisya said...

kat outlet hq ni sejak owner kawin ngan erra...mmg full house...tp kuih kt sini lg byk la compare dgr setia alam tu

thisni3za said...

Cantik la corak roti jala tu.Sekolah Ammar & che mek bukak mcm biasa. Cuma SRA je tutup.

Linda's Relaxing Lair said...

I am glad 😊 that you enjoyed the food.

Suria Amanda said...

office kadang2 order je kuih dari sini untuk meeting..SA pernah rasa roti jala tu..sedap la..kuih lain x try lagi...SA tengah craving karipap skrg ni..tapi x leh makan...

Nieyla Nadia said...

belum sampai lagi kueh ni..
selalu baca review org je...

Carneyz said...

Jauhnya MZ food hunting. Tak pernah sampai sini lagi tapi pernah baca entry Shai kot makan dekat sini. MZ takde ambik gambar kuih2 ke dekat kedai tu? Ke nama kedai je Kueh tapi jual menu berat? 🤭

shaizhar said...

Hanya pernah pergi KUEH dekat Subang Jaya sahaja

Ezna Khalili said...

Dah beberapa kali makan kat sini tapi I suka kalau kedai cerah....

Azian Elias said...

Ehhh.. ke SA tak roger2 kita. akak suka kedai KUEH tu. tp x blh duduk lama2 sebab kerusi keras la you. hehehe

Linda's Relaxing Lair said...

The food 😋 looks very good 👍

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails