semlm 29/11/26 hari ahad, telah berlangsung majlis graduasi my youngest son ie razeen...ie graduasi tamat tahun 6 di sek ren islam (SRI) alhuda..
majlis berjln lancar semuanya (cuma hujung2 tu tiba2 ada technical prob ie kena reshoot semula semua gmbr naik atas stage utk amik scroll tu)
MZ tepek sini for future throwback..
gambar mana yg ada ajer..ni mintak tlg one parent snap kan gmbr ni cepat2 masa dh abih event...time ni dh start turun hujan jugak
tak per, kena usaha lebih gigih la bila masuk form 1 tahun depan (insya Allah, razeen akan bersekolah di sek men alamin)..ni razeen kat depan kelasnya (6 Ibnu Majah)
gambar kenangan dpn pintu pagar sekolah...all my 3 boys memang bersekolah di sini...kami byk terhutang budi dgn semua guru2 alhuda kerana telah mendidik anak2 MZ dgn penuh dedikasi...all my boys belajar mengaji quran sampai khatam pun kat sekolah alhuda jugak. barakallah fiikum jami'an atas segala budi dan jasa guru2 alhuda.

now nak kena ready utk buat persiapan daftar razeen kat sek alamin utk sesi persekolahan jan 2027 nanti.. hari tu dh setel screening/ujian kat alamin dan dh dpt tawaran pun (list yg berjaya dpt tempat dah keluar hari jumaat), now tunggu surat rasmi dan jumlah kos yuran2, buku2 etc.
salam hari isnin uolls
hari ni MZ ada kelas 3 jam dan ada meeting jugak in between..mode bz mcm biasa
entry cuti2 jakarta ada lagi sikit..kisah final days kat sana...




No comments:
Post a Comment