Saturday 28 August 2010

Sepang Gold Coast yg sgt unik + mewah

me pernah pegi Bagan Lalang last 2 years - stay overnite kat Hotel Sri Malaysia and dinner mkn seafood kat tempat mkn kat tepi laut tu...purpose utk celebrate wedding anniversary..and memang me perasan ada Sepang Gold Coast ni, tp masa tu tak siap lagi pun..

ni pic kenangan me & family kat Bagan Lalang..ni kat tempat mkn tu..kat atas air :)

now dh siap rupanya..sungguh unik dan mewah..villa gitu!! me baca kat Utusan Online. memang heavenlah kalau berpeluang utk stay kat sini :) uolls ada ker yg dh pernah overnite kat villa mewah atas air ni?

ni me copy paste from Utusan Online

Vila terapung unik dan mewah



Pemandangan dari udara resort yang dibina di atas air dalam formasi pohon kelapa sawit.



IRAMA desiran ombak yang menghempas pantai pasti mampu merehatkan minda lebih-lebih lagi bagi yang sentiasa dihambat bebanan kerja yang tiada kesudahan.
Tapi di mana mahu nikmati suasana seperti itu tanpa perlu memandu jauh dari ibu kota?
Port Dickson mungkin salah satu destinasi yang boleh dipilih untuk rehatkan minda sambil menikmati desiran bayu laut pada hujung minggu.
Tetapi jika ingin pembaharuan dan suasana percutian tepi laut yang serba mewah serta unik, boleh ke Pantai Bagan Lalang Sepang.
Golden Palm Tree yang juga dikenali sebagai Sepang Gold Coast Malaysia di Pantai Bagan Lalang, merupakan projek penginapan mewah yang dibina di atas permukaan air pertama di Asia.
Pertama kali menjejaki kaki di sana, hati pasti terpaut menyaksikan laut Selat Melaka yang membiru.
Penat perjalanan lebih sejam dari ibu kota lesap sejurus kaki menjejak ruang legar resort. Lokasinya dengan pantai hanya lebih kurang 50 meter.

Tidak cukup dengan itu, resort seluas 160 hektar yang dibina dalam formasi pohon kelapa sawit (pandangan dari udara) dirasakan cukup unik ditambah pula dengan suntikan ciri-ciri kemelayuan terutama pada hiasan dalaman vila.
Susunan 392 vila pelbagai jenis menjadikan resort itu kelihatan seperti perkampungan global yang boleh menarik pelancong dalam dan luar negara.
Setiap vila tidak meminggirkan unsur alam dengan kehijauan flora fauna yang tidak diusik.

Pengurus Pemasaran Golden Palm Tree, Steven Yap berkata, resort yang diuruskan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan CNI International itu terletak di kawasan strategik yang menawarkan pemandangan pantai yang indah.
Katanya, kedudukan strategik itu adalah pelaris untuk menarik pelancong. Di tambah lagi dengan keunikan resort yang dibina seolah-olah terapung di atas air.

''Pengunjung yang datang boleh membuat pilihan untuk menempah vila di pesisir pantai atau pun vila di tengah-tengah laut. Kedua-duanya memberi pemandangan alam yang indah,'' katanya.
Selain pemandangan laut, pengunjung juga boleh menikmati keindahan dua batang sungai yang mengalir memasuki pantai Bagan Lalang dengan kiri kanannya dipenuhi hutan paya bakau.
Malah kedudukannya yang strategik iaitu 25 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 45 minit dari Putrajaya juga antara faktor utama menjadikan resort itu sebagai destinasi percutian sekeluarga

"Kewujudan Golden Palm Tree ini menjadikan Pantai Bagan Lalang sebagai 'syurga' pantai terpanjang di Asia iaitu sepanjang 22 kilometer.
"Di sini kami menyediakan empat jenis penginapan eksklusif iaitu Travelers Palm Villa, Canary Palm Villa , Ivory Palm Villa serta Royale Palm Villa yang menjanjikan ketenangan kepada pelanggan,'' ujarnya ketika ditemui di resort elit itu baru-baru ini.
Walaupun vila-vila yang menghadap ke laut atau kolam renang itu kelihatan biasa sahaja, tetapi ia tetap selesa apatah lagi saat tirai malam berlabuh.

''Kesemuanya dilengkapi kemudahan-kemudahan asas termasuk set televisyen, telefon talian dail terus antarabangsa (IDD), bar mini dan sebagainya. Dengan saiz bilik yang luas serta susun atur perabot yang kemas memberi keselesaan kepada penghuni untuk bergerak dengan bebas terutama bagi yang datang bersama keluarga.

"Ditambah pula dengan bunyi deruan ombak yang memecah kesunyian malam, ia bagaikan alunan muzik terbaik membuai tidur tetamu," katanya.
Selain vila mewah itu, terdapat empat jenis lagi vila dengan tawaran harga serendah RM510 semalam.

8 comments:

Farra Dhelina said...

owh dh siap ke sis?? sy yg dekat pon tak tau..klu dh siap blh pii

Pija Madzlan said...

wow..hopefully takde berita budak jatuh lemas dalam tu :P

♥Ismi Huda♥ said...

haaa.. br baca paper td.. sgt eklusif kan tmpat tu.. bestny kalo dpt p.. hihi..

mama tisya said...

mmg tringin nk pegi tp rege utk 1 mlm bole tahan mhl nye tp tempt cantik

ayin~weeweet said...

aah.kt paper tgh selalu promote villa ni.heavennya klu dpt stay lelama kt situ kn :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pemandangan yg indah...
;)

Sheherazade said...

me xpenah pg lagi ;)

♥ ♥ said...

eira pun x pnh pergi lagi..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails