Friday 17 September 2010

Makanan exotic -- dare to try?

tak tau ler kategory makanan exotic ke tak..
tp pernah tak uolls mkn SUP BELUT??

me pernah!!!! my mom yg masak tu...rasanya baru sekali ajer kot me mkn sup belut ni..last few years..dh agak lama gak..
bila dh masak jd sup, rasa sedap jer, mkn mkn sup ikan haruan or ikan keli ajer..cuma rasa sikit jer lain..tp nak sama, cuma tak exactly sama.nak citer pun payah..kena try sendiri baru tau
and me memang peminat ikan keli..esp keli goreng bercili..nampak jual kat mana2 me mesti beli punya..tak pernah lagi msk sendiri :p

actually, bila pikir rupa bentuk belut tu, jd geli gak
tp sbb dh jd sup, sanggup plak me me mkn
pic from google

kalau tak silap me, sup belut ni popular kat kelantan--tak sure plak ada ke tak kat negeri2 lain..
kat Kelantan memang ada few restoran/kedai mkn yg memang specialtynya masakan berasaskan belut ni..

so me try lah google psl khasiat belut ni...
ni from the star online..

Khasiat belut
Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.


Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.

Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.
Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.


Seorang penangkap belut, Razali Mamat, menunjukkan hasil tangkapannya dari sawah-sawah terbiar di kawasan Atas Tol, Kuala Terengganu. (foto fail The Star
Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.
Belut yang ditangkap lebih mahal
Walaupun tidak ada yang menternaknya secara komersil seperti ternakan ikan keli, belut tetap menjanjikan pulangan yang lumayan kepada penjualnya.


Bahkan, sehingga kini Rosli belum pernah menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan belut. Menurut beliau, restorannya memerlukan bekalan 15 hingga 20 kilogram belut sehari, dan pembekal tidak pernah gagal memenuhi keperluan tersebut.

Bagaimanapun, harga belut yang ditangkap lebih mahal berbanding belut yang diternak. Dikatakan belut liar lebih banyak khasiatnya kerana haiwan tersebut hidup di dalam air tawar dan habitat semulajadi.

Harganya boleh mencecah RM8.00 hingga RM11.00 sekilogram dan meningkat hingga ke RM14.00 sekilogram pada musim hujan. Manakala belut yang dibela harganya adalah RM6.00 hingga RM7.00 sekilogram.

Zaman dahulu, orang yang makan belut dianggap terlalu miskin hinggakan belut pun dibawa balik. Sedangkan hari ini, hidangan belut terutamanya sup belut sukar didapati dan harganya pula lebih mahal daripada sup biasa.

Dek kerana ramai yang telah menyedari khasiat istimewa belut, tidak hairanlah harganya meningkat di pasaran.


note : siyes me geli tgk pic belut tu...aisehhh..
uolls.. saper yg pernah /suka mkn sup belut ni??

16 comments:

Sheherazade said...

me penah msk kan jer,my uncle tangkap dah cuci bersih sume.makan tak ehehe

Tutup Blog said...

tobat nak makan....
takot n geli yg teramat sangat..
namo la try...

tgk bdn dier yg kilat2 tu...
kalo keli goreng cabai tak per mmg fav me pun!!!

ahaks=))

Najwa said...

me x penah rasa... tp sounds yummy! ikan keli pn me xpenah makan... rmai kawan2 me suka juger.. perhaps i should give it a try gak ni sis.. thanks for sharing! :)

best regards,
wawa~*
SecretWhisper.net

eLLy said...

belut? tak pernah cuba dan tak sanggup nak cuba ;p

ardinihumaira said...

dni tak penah cuba.. tapi sup belut fav adik dni :D

MamaYatie said...

kalo tak diberitahu harus makan..kalo dah tau konpem tak lalu..hehe

HaninFarshid said...

heeee.....hanin suka belut...sedap...kalau kat kedai seafood...dier masak macam chilli...rasa macam ikan biasa....sharks fin soup pun hanin suka...

Lady of Leisure said...

huwaaa geli giler tgk pic belut tu.. sup belut i tak makan dan rasanya takkan makan tapi unagi teriyaki i makan pulak hehe

Suziey Ahmad said...

klu ikt khasiat dia mmg elok..tp mcm xlalu la nk mkn..ikan keli ok lagi..hehe

eima said...

nk kate penah ..entah la ...
tp dulu waktu otw balik kg kat kedah nun...lalu jalan jeli - baling ...
singgah satu kedai area baling ...mkn laksa ...dah byr baru nampak signboard laksa belut .... tp serius mmg sedap kuah die .... huhu

Anne said...

goreng pun sodap ni.. (^^)

Nur Hawa Mohd Zin said...

kembang tekak kak tgk belut...waktu camping pernah kena pegang belut masuk dalam botol..adoyai..geli geleman

Unknown said...

eee..tak mo laaa!!huhuhu

Fieda said...

....saya pernah masak sup belut...belut masak asam...belut bakar...last sekali sampai belut tu dibuat bergedil....hehehehe....saya taklah suka makan, tapi untuk kesihatan org yang kita sayang, kita pun kenalah makan sekali....baru dia ada semangat nak makan...:)...klu ikut teknik perubatan cina....belut tu hanya dibuang isi perut....basuh celup2 saja...distimkan dan dimakan begitu saja....itu baru benar2 berkhasiat....sanggup?saya mmg tak sanggup klu macam tu...

ummuabdullahsyaakir said...

Hehe dgr tajuk je saya dah meremang bulu roma...ee

Jue Nazrin said...

eeii..xpenah try n xkn try..tp betol,mmg byk khasiatnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails