Friday 8 April 2011

Kenapa ler ada org rajin nak cipta telur tiruan??

byk blog yg tulis psl telur ni..
ni me baca kat malaysia kini

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

NONEDemikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.

- Bernama


note : mcm nak menyusahkan org kan..kalau kreatif, pegi la cipta petrol tiruan ker..alang2 harga minyak dh naik hehehhe

10 comments:

Myra Jay said...

Itula kak, Myra nie dok Penang risau gak, takut mana tau penah termakan ke?? ada gak buat entry psl telur nie..:)

transformed housewife said...

nsk untung cepat. menipu pun tak pe asalkan boleh dijual. huhu (HB)

ct N honey said...

telur adalah makanan harian,sbb tulah dia buat tiruan kot,btul gak kan cubalah buat petrol tiruan....

awjan said...

kata pakcik cikwa yg pernah terbeli telur palsu...kulit telur palsu ni menggerutu, kasar2.....x cam telur biasa yg sll beli..telur asli kulitnyer licin.

cikpuanhady said...

tu lah..dahlah banyak side effect..kalau buat minyak tiruan kan best..hehhe..

Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

telur pon ade cetak rompak mehhh...
hehehe...

ZiE FAUZi said...

adoiii..awatnya kes ni kat penang... dah la Alya suka makan sup telur n selalu buatkan kat AlyA. Mintak2 la selama ni sup telur tu telur ori dan bukan palsu.. buat naya org ja depa ni..:(

Farra Dhelina said...

setuju! baik klon minyak ke kan! menyusahkan org betul

tiefazatie said...

tue la psl..ntah pape nie..balik2 nak bahayakn manusia nie kan2..

ardinihumaira said...

dni pun risau ni ntah2 kat klatey pon dah ado

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails