Sunday 8 May 2011

Bila MZ tengok citer hantu | Review filem MOMOK

ari jumaat lps, MZ & Mr Hubby tersinggah kat Wangsa Walk--mengenangkan tiket free TGV yg Nuff bagi tu akan expired 15 may, so mr hubby dgn tiba2 ckp, jom tgk wayang--tak kisahlah citer apa pun, asalkan habis sblm zohor--sbb mr hubby nak gi solat jumaat kan..

so check schedule tayangan movie--aisehh ..ada dua ajer citer yg ditayangkan pukul 11 pagi--citer "Fast & Furious 4" and citer "Momok-Jangan Panggil Aku"--mr hubby suka tgk citer hantu--me pun terpaksa lah tengok gak--sbb last week, mr hubby dh teman tgk citer yg me suka --Just Go With It..

mode suspens gak tgk citer ni--me risau takut byk adegan terkejut2, tak psl2  jd lemah jantung me tau :p

ni sinopsis citer tu..me copy paste dari SINI--maleh me nak mengarang  sendiri :p :p


momok jangan pangil aku posterSinopsis Momok Jangan Panggil Aku:- Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.

Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.
Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long. Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.
Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.
Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Aziz ketika itu mereka telah diganggu `hantu’ yang mengakibatkan Ramlee dan Sudin pengsan . Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej ‘hantu’ dengan lensa kameranya. Abang Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Aziz. Mereka berjumpa Aziz di simpang jalan dan Aziz telah menunjukkan arah ke rumahnya. Namun apabila mereka sampai ke rumah Aziz satu misteri telah terungkap…Misteri yang mengakhiri destinasi Ramlee, Sudin dan Qaseh. Siapakah Ita, Abang Long dan Aziz yang sebenarnya…..Saksikanlah cerita seram selanjutnya dengan menonton MOMOK… Jangan Panggil Aku……
Tajuk Filem:
Momok Jangan Panggil Aku
Pengarah:
M.Jamil
Penerbit:
Galaksi Seni Sdn. Bhd.
Dipawagam:
05 Mei 2011
Pelakon Momok Jangan Panggil Aku:
M.Jamil
Ariff S. Shamsuddin
Cassandra Patrick
Mariani
Zarina Zainuddin
Yassin Salleh
Amin Khan
Ery Zukhairi

ni ulasan me :

jln citer ni agak slow tau...so kena sabar ler kalau tgk tu--tak byk komedi pun..ada ler sikit2...
ada gak part yg betul2 seram--me tutup mata time hantu kuar hehheeh

byk citer yg dimasukkan dlm filem ni adalah citer yg kita pernah dgr or baca cthnya citer2 dlm majalah mastika--ada byk citer hantu dlm filem ni cthnya hantu raya, hantu polong, saka...

part ending tu--byk tergantung--kiranya misteri lah...me pernah jer baca jln citer gini somewhere--ie kwn dia yg lama dh tak jumpa call suruh dtg kenduri, dia ingatkan kenduri kawin, rupa2nya kenduri tahlil ie kwn yg call dia tu dh mati pun--so kiranya roh kwn dia yg call dia tu....

sbb tiket free ajer, ie me tak spend duit pun, so kira ok jer layan citer genre gini :P bila takut me pegang tgn hubby and bebel2 ckp2 me tensen tgk citer hantu--me suka citer romantik comedy, baru boleh happy2 and relax2 :p

salah seorg pelakon citer ni adalah Uncle Seekers --ie yg buat fitnah/citer ntah Tuanku Aishah tu.....

sekian review MZ psl filem Momok :)

uolls pegi mana ri ni?


7 comments:

Ardini Humaira said...

hehehe.. dni jarang tengok cite antu

Ijah EmoTemo said...

heee,ijah klu cerita hantu mmg xda kekuatan lgsg even tgk yg dkt tv. heheh. pernah try tgk dkt movie , baru 10 minit movie dh keluar panggung T_T hiks

Unknown said...

kakyong memang penakut dgn citer hantu.. huhuu..

hanya filem kak limah balik tu jer yg buleh layan.. sebb komedi seram kan... heheh


n3 terbaru kakyong
Majlis resepsi Zed Zaidi dan Natalia
BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011
Dapat coklat sempena hari ibu

Anonymous said...

saya mmg suka tgk cite antu
klw bawa damia pon kdg ktorg blasah je tgk cite antu

Unknown said...

na keje laaaaa..hehehhehehehee

Ayu Zarina said...

fast % furiuos 4 ke 5??..hehe

btw ayu pun takut tgk citer2 hantu ni..siap tutup mata bagai lagi tu..

tiefazatie said...

aiyak...kalu ifa tgk 2 fast 2 furious tue..hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails