Monday 8 April 2013

Kena berhati-hati setiap saat

tak sure betul ker tak...nampak ada org share kat FB

memang scary lah....me plak kdg2 jenis alpa time shopping kalau bwk my 2 boys..memang nak kena lebih hati2 lps ni..


Copy-Paste : Diharap cerita yg akan aku ceritakan ni dapat memberi peringatan
kepada SEMUA IBU BAPA di luar sana bahawa "JENAYAH JUGA BOLEH BERLAKU
WALAUPUN ANAK ANDA BERADA DI SEBELAH ANDA".

Bila berlaku pada anak aku sendiri, ia membuatkan aku sedikit trauma dan fobia
utk keluar kemana-mana selepas ini. Kejadian berlaku hujung minggu yg lalu di Tesco.

Kami sekeluarga membeli sedikit barang dalam sebuah kedai didalam Bangunan Tesco tersebut. Selesai memilih barang, suamiku beratur di kaunter utk membayar.
Ketika itu, anak aku Hariz berdiri di sebelah kiri dan anak aku Aliz berdiri disebelah kananku sambil kami membelek2 barangan di dalam raga di hadapan kaunter itu.
Dalam masa 2 saat sahaja tiba2, kedengaran suara suamiku menjerit nama anak aku "Aliz! Aliz! Kakak!".
Aku terus menoleh ke belakang memandang suamiku dan terus pandang ke arah luar kedai.


Aku nampak tiba2 Aliz berjalan dengan lajunya mengikuti seorang perempuan yg tidak dikenali keluar dari kedai itu dan terus berjalan bersama dengan lajunya.
Aku dan suamiku terus menjerit memanggil dengan kuat sambil tgnku memegang tgn Hariz. Tetapi yg pelik dan ajaibnya! Aliz langsung tak pandang belakang dan macam tak dengar langsung kitaorang jerit kuat tu. Keadaan mmg semua orang pandang pada kami.
Perempuan itu ada menoleh sedikit tapi seperti buat dono sahaja. Suamiku terus mengejar Aliz bersama perempuan itu yg sedang terus berjalan laju menuju ke Escalator untuk turun. suamiku terus memegang dan menarik tgn anak aku sebelum dia turun ke Escalator tersebut. Suami ku terus membawa Aliz kepada aku. Muka Aliz masa tu mmg nampak pucat dan 'Blur-blur"....
Suamiku bercerita kepada aku, dia mmg tak nampak muka perempuan tu tadi. Perempuan itu tidak memegang tgn anak aku tp nampak Aliz sendiri yg nak pegang tgn perempuan tu.
Bila ditanya pada anak aku Aliz, kenapa dia ikut perempuan itu, dia kata "Dia tak nampak mama langsung, dia ingat org tu mama".."

Sangat pelik dan ajaib macammana anak aku boleh tak nampak aku, sedangkan tadi mmg dia berdiri sebelah aku jer bersama anak aku Hariz?...
Bila balik rumah, aku mmg rasa lain macam. Rasa takut dan pelik bercampur baur. Alhamdulillah! Anak aku selamat!

Aku terus menelefon ibuku. Ibuku memberitahu kemungkinan Aliz dipukau oleh perempuan itu. Ibuku bercerita lagi, zaman sekarang orang pukau macam2 cara.
Ader yg jenis Tepuk2 tepuk bahu sambil baca sesuatu ayat, ader yg hembus ke muka bila lalu disebelah tanpa memegang langsung... dan macam2 lagi.
Orang yg kena pukau ini, selalunya dia tidak akan sedar, nampak atau dengar pada orang lain. orang yg kena pukau ini akan fokus dan ikut pada si Pemukau sahaja.

Aku bersyukur kehadrat Ilahi anak aku selamat. Kejadian ini mmg memberi kesan kepada diri aku sendiri.
Selepas ini mmg kalau nak keluar mana2 kena baca ayat Kursi pada anak2 kita juga sebagai pendinding diri.

Ya Allah Ya tuhanku, lindungilah seluruh keluargaku dari sebarang bencana, malapetaka dan anasir-anasir jahat. Amin Ya Rabbal Alamin


4 comments:

Asmar Arafad said...

ya Allah takutnyer...

Ayu Zarina said...

Ya Allah, lindungilah anak2 kita dari sebarang bencana dan perkara yang tak diingini...peringatan yang amat bermakna utk kita sebagai ibu bapa

Ezna Khalili said...

scary :-(

||aLeaSaRa|| said...

nsb baik Allah dan para malaikat lindungi ank2 tu..mmg takut gak kalau kuar shpg,nak2 lagi kalau hubsd tak ikut.sbbb kita manalah blh tau org sekeliling ms tu mgkn penjenayah sibuk cr mangsa.

tq share pglm ni ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails