Friday 4 October 2013

Suntikan INSPIRASI

truly..indeed...reading this story really boosts up my spirit....

Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam.

5 bulan lepas saya jatuh, duit dalam bank hanya tinggal RM970.00. Sebab jatuh? Berlaku miss management (kesilapan diri sendiri) dan juga ketirisan yang tak sepatutnya serta finishing dalam jualan yang tak tajam..

Dengan overhead sebulan sebanyak RM 30,000, saya fikir bagaimanakah saya boleh 'survive' dalam keadaan ini.. Ujian Allah, semua pekerja berhenti, kecuali seorang pekerja restoran. Duit tak ada. Pokai, hutang sana sini.

Saya dah buat yang terbaik dan tidak pernah menganiyai sesiapa tetapi Allah ingin menyedarkan saya. Sebelum ni sedikit tidak berhati-hati dalam perbelanjaan dan pengambilan pekerja. Pekerja terlalu ramai. overhead tinggi. Bidang tugas pekerja tidak jelas.

Bila overhead tinggi, cash setiap bulan makin susut sampailah tinggal RM 970. Walaupun begitu, gaji tidak pernah saya tangguhkan. berapa yang dijanji, sejumlah itulah yang dibayar.

Allah sayangkan saya, lalu digoncangkannya sedikit keadaan yang sedikit selesa sebelum waktu itu untuk kesedaran. Bayangkan dalam keadaan gawat, semua pekerja berhenti. Berhenti sebab tahu syarikat sudah tidak punya wang. Bagaimana production mesti berjalan? Bagaimana restoran hendak beroperasi..?

Bermulalah episod kerja siang malam. Pagi petang siang malam, saya kerja. itu yang paling tepat. Pagi proses chicken chop, malam memasak direstoran.

Pada masa tu saya sedang menunggu kelulusan pinjaman SME Bank. Jumlahnya menghampiri RM1juta. Saya sangat mengharapkan pinjaman tersebut tapi saya sedar, prosesnya ambik masa yang agak lama. Sampai bila saya harus mengharapkan sesuatu yang saya tak tahu tempohnya. Saya fikir, saya tak boleh tunggu lagi dan saya terpaksa gunakan modal yang mana ada saja untuk buat 'bounce back'.

Saya bertekad untuk perbaiki semula kesilapan saya sebelum ini dan saya juga bertekad bahawa saya akan BANGKIT SEMULA!!

Bagaimanan saya bangkit semula?

Saya gunakan RM900 yang masih ada untuk buat sebanyak 180 kotak chicken chop. Jual cash.. Satu hari saya dapat jual kesemua 180 kotak tersebut. Saya gunakan kesemua hasil jualan hari pertama tu untuk dijadikan modal proses chicken chop untuk proses hari kedua.

Saya mampu proses 250 kotak daripada kesemua hasil jualan pada hari pertama. Pada sebelah malamnya pula saya buka restoran dan keuntungan disitu saya sumbangkan kepada modal untuk proses frozen chicken chop.

Cukup putaran proses selama 3 minggu, saya sudah punya modal untuk proses hampir 500-700 kotak Frozen Chicken Chop sehari. Bila stok buffer sudah mencukupi, maka bermulalah penghantaran semula stok ke stokis-stokis negeri seperti mana yang saya sudah buat sebelum ini. Saya baiki balik kelemahan dan perkuatkan. Negeri yang tiada wakil, saya wujudkan.

Oleh kerana kos penghantaran adalah tinggi, saya ambik keputusan untuk pergi hantar sendiri stok ke stokis-stokis. Kalau sebelum ini, saya mampu dan punya dana untuk menggunakan iklan akhbar, radio, berpuluh ribu flyers, beratus poster, banting dan banner, tapi kali ini tidak. Bajet tidak sesegar dulu. Dengan itu saya hanya gunakan facebook sebagai medium pemasaran dan pengiklanan saya sebab ianya percuma.

Dengan usaha pagi petang siang malam, saya mampu stabilkan kedudukan kewangan syarikat. Setelah 4 bulan berjuang antara hidup dan mati untuk menyelamatkan syarikat, saya dapat berita yang mengembirakan bahawa pinjaman SME Bank saya diluluskan. Alhamdulillah, selain dari dapat menyelamatkan dan menstabilkan kembali syarikat, saya dapat hadiah kedua iaitu pinjaman perniagaan diluluskan walau agak panjang tempoh penantian. Syukur Alhamdulillah, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.

Pada saya, ini adalah pengalaman perniagaan saya yang sebenar dan paling mencabar sepanjang tempoh 7 tahun saya melibatkan diri dalam perniagaan ini. Saya tak sangka dengan hanya RM900 pun kita boleh bangkit semula dan berjaya selesaikan overhead berpuluh-ribu RM sebulan. Bukan satu bulan, tapi 4-5 bulan.

Dari pengalaman inilah saya belajar bahawa,

MODAL YANG TERBESAR BUKAN HANYA WANG, TETAPI DIRI KITA SENDIRI JUGA. MALAH SAYA BERANI KATAKAN BAHAWA MODAL YANG TERBESAR SEBENARNYA ADALAH SEMANGAT DAN KEINGINAN KITA YANG INGIN BERJAYA. DAN SELEPAS ITU, MODAL AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA..

Modal diri dengan pertolongan dan keizinan Allah.. We're nothing without Allah.


Oleh kerana sudah biasa kerja pagi petang siang dan malam dalam tempoh terdesak itu, tabiat itu berkekalan sampai ke hari ini.. InshaAllah dengan modal pinjaman Allah ini, saya akan terus mengorak langkah kedepan. Jika denga RM900 boleh jadi begini, apatah lagi dengan RM1juta?? Ya Allah pandulah aku, berkatilah dan redhoilah perniagaan aku ini. Engkau selamatkanlah aku, keluargaku, kaum kerabatku dan juga perniagaanku. Kerna Engkaulah sesungguhnya Yang Maha Pelindung.. Aameen..

Sesungguhnya pertolongan Allah amat dekat dengan kita.

Wallahualam..



 salam jumaat yg penuh barakah...semoga hari ini dan hari2 seterusnya, hidup kita sentiasa dirahmatiNya...amiin

2 comments:

aimi said...

Pun sgt teruka baca lepas kaklah tag smlm di fb. Jatuh bgn dlm perniagaan, apatah lg dgn pelbagai pengkhianatan. Yakin sll Allah ada dan niatkan sll, kita boleh bangkit... Jgn biar diri hanyut dgn apa2 kesusahan.

InshaAllah, lg besar ujian, sbnanrnya lagi besar gantian terbaik dr Allah. Bersangka baik sll dgn Pencipta, setiap ujian kerana kita ingin dianugerahkan "sesuatu" yg jauh lebih baik. InshaAllah.

Tiap musibah, jgn sesekali mengeluh, terus bisik pd diri, sabarlah, sekejap lg kita akan tahu hikmah dan akan lebih bersyukur krn ujian itu. InshaAllah

Wan Amira said...

very inspiring

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails