fokus utama cuti2 UK2024 ialah trip menggamit kenangan, down memory lane...sebab MZ sangat2 rindukan tempat MZ belajar...I was in Nottingham from Sept 2007-March 2008 (pergi berseorangan), then I went there again with my whole family ie mr hubby, zharfan dan ariff from Dec 2009-April 2011..overall hampir 2 tahun MZ stay kat sana..tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat belajar dan menimba pelbagai pengalaman..
so pagi Isnin 16/9/24, weolls naik train EMR (East Midlands Railway) dari London St Pancras International Station...perjalanan dari London - Nottingham memakan masa 2 jam...memang sblm2 ni pun kami naik train dari Notts to London, pernah jugak naik train dari Notts to Manchester, dan dari Notts to Sheffield, sgt selesa convenient la travel by train ni.. harga tiket train (return tix) 3 adult 2 child ialah GBP 256 (RM1564). memang dh siap beli online masa kat msia lagi, so just guna printed ticket tu utk scan QR code utk masuk ke station/tmpt naik train.
MZ tepek pics yer..
ni posing2 kat London St Pancras International Station
besar dan selesa station ni..dan ramai org! tp time ni agak awal pagi so tak ramai sgt (compared masa kami sampai ke sini semula OTW nak gi heathrow, org tersangat ramai masa tu sbb waktu tghari)
salah satu kedai yg ada...beria posing sbb kat msia pun ada branch EL& N ni kat pavillion kuala lumpur, MZ dh pernah mkn2 kat situ..yg kat St Pancras ni tak halal la hehehhe
gmbr dlm train
ni masa on board of train..MZ mcm kagum tgk binaan ni (rasanya generator), sgtlah besar saiznya ala2 piramid gitew
finally....dreams come true! kami direzekikan utk jejak kaki di sini lagi..setelah lebih 13 tahun kami meninggalkan bumi Notts...kuar jer dari train..sejuk sgt suhu kat Notts berbanding London...suhu below 10 C (around 7-8C)
dari train station, kami amik teksi (tambang
GBP 22 sebab teksi tu besar ie versi MPV so muatlah 5 of us dan our 3 bags) utk gi collect keta yg kami sewa (actually ada miscommunication, sbb asalnya request suruh staff company tu pick us up, tp tak jumpa plak kat mana staff tu tunggu)..so nilah keta yg kami sewa ie Subaru Forrester. best sgt keta ni (luas selesa dan ada sunroof yg boleh bukak atas tu)..seat pun ada heater (boleh panaskan seat time mula2 naik keta sbb selalu rasa sejuk ala2 beku dlm keta tu)
nilah nama company tu ie
enterprise rent-a-car..famous kat UK..anyway, kos sewa keta utk 3 hari ie 16-19 sept termasuk insurance ialah
GBP 355.43 (
RM2094.54), dan kena byr jugak refundable deposit GBP200, tp dh dpt balik pun depo tu masa return keta tu.
setel jer amik keta, nak check in airbnb homestay tak boleh sbb belum pukul 2 pm lagi masa tu..so kami pergi Asda @Hyson Green dulu!!! memang menggamit memori sgt2 sbb kat sinilah kami selalu shopping groceries zmn kami dok Notts dulu!
lps tu kami menapak ke Khyber Grill (dulu2 nama restoran ni Kyber Pass)..tu mr hubby tgh khusyuk memilih makanan...ni antara mknn yg mr hubby craving laaa sbb tak de kat msia ie ayam grill khyber (ala2 nandos) tp resepi/masakan pakistan..
kami ronda2 menapak jugak kat kedai2 berdekatan..tmpt yg kami biasa pergi laaaa those days
we gonna miss this place definitely...
mr hubby memang order full set lah ayam grill tu (seekor) dan tambah side order grill mutton (kambing) dan amik kari jugak (rasanya kari kambing jugak laaa)..total
GBP50 (RM290).. memang sgt2 sedap...tercapai sudah hasrat di hati mr hubby dan jugak kami sefamili..alhamdulillah.
tu karinya
kenangan mkn2 terindah gitewww sbb beribu batu jauhnya dari msia
ni masa sesi ronda2 Asda...now dh ada halal section ie daging dan ayam halal..sempat gak kami beli utk masak2 simple2 kat homestay (kami mkn2 kat homestay time breakfast biasanya)..zmn kami dok Notts dulu2, ayam halal kami beli kat medina ajer, Asda lom jual lagi ayam halal time tu.
Asda: checked!
air evian ni murahhh lah kat Asda..sbb imported from France kan ie dekat2 jer dgn UK..so memang MZ beli dan minum air ni lah sepanjang2 cuti2 UK ni..harga memang lagi murah dari msia even lps convert pun! GBP 3 tu utk 6 botol 500ml (RM17.40), if kat msia, harga sebotol 500ml tu around RM5.50 (sbb MZ selalu beli so I know the price). anyway, we spent
GBP 16.14 ((
RM 93.60)) utk kos beli2 air, dan some other stuff kat Asda tu)
next entry : check-in our airbnb homestay in Radford, Notts.
10 comments:
Wahhh Alhamdulillah sampai juga MZ dan family pulang ke Notts. Tumpang seronok, best kan dapat kembali ke tempat yang pernah stay dulu. Thanks for sharing MZ nanti boleh refer sini. Food semua tu sedap nya. Foto semua cantik, suka nya tengok.
Patutlah kulit MZ cantik, minum air Evian ni :)
Alhamdulillah nampak berselera dan puashati semuanya dapat makan mknn idaman hati tu semua
best kann melawat tempat sekolah kita belajar dulu2 especially kat obersii., ammvoiii ;p
Sama ke rasa kari dengan kari kita? Nampak pekat tu!
Mengimbau nostalgia betul ye trip MZ ni 😄 Alhamdulillah tercapai hasrat hubby MZ nak makan dekat tempat yg dia rindu tu.
Baca pasal St Pancras International Station, teringat pengalaman kena berlari macam nak pecah jantung sebab takut kena tinggal train ke Luton Airport ðŸ¤
Mcm sedap je karinya tu.. senang nk dpt mknn halal so x risau nk jejalan kt sini
seronok nya dpt gi balik tempat2 yg dulunya memang selalu pegi...down memory lane kann.. MA pun teringin nak gi bangkok gak, in sya Allah one fine day....baru 4 tahun pun balik...still baru la kan..kasi Ian & Iris habis study semua kot...
senang, tempat dah tahu...mcm perantau yang lama dah tak balik kampung...
Menggamit memori dan makanan pakistan tu nampak menyelerakan. Nak nak makan time cuaca kat luar tu sejuk dengan rempah2 tu leh la panaskan badan.
Seronok mngimbau kenangan tinggal kat sana kan..betul..kat mana- mana kalau matawang tinggi please jangan convert...
Post a Comment