Saturday 12 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa kutip setengah juta hari pertama tayangan | rasa teringin nak tgk ler plak...

mungkinkah Merong Mahawangsa ni ada iras2 citer puteri gunung ledang ker...sbb citer epik kan..

PGL dulu, me tgk kat panggung wayang dgn hubby--duduk 1st row sbb tiket sold out!! sanggup tu, kepala terdongak tp redah tgk gak filem tu hehhe

merong mahawangsa, me nak kena cari dvd ajerlah nampaknya bila dh abis tayangan nanti :p

dh dekat 2 thn kot me tak masuk cinema...in fact, me dh tak ingat apa movie yg last me tgk dgn hubby kat cinema..siyes can't recall..cian me :p

ni me baca kat Utusan Online:

KUALA LUMPUR 11 Mac - Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) mencipta sejarah perfileman tanah air apabila muncul sebagai filem tempatan pertama meraih kutipan setengah juta pada hari pertama tayangan semalam.

Jumlah tersebut mengatasi kutipan filem Cicak-Man 2 yang mengutip RM300,000 pada hari pertama tayangan.

Cicak-Man 2 juga merupakan filem kedua arahan Yusry Abdul Halim yang diterbitkan oleh KRU Studios.

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abd. Halim ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, kutipan tersebut diperoleh hasil tayangan filem itu di 69 buah pawagam di seluruh negara termasuk dua di Brunei.

Katanya, kutipan tersebut sekali gus meletakkan HMM yang pembikinannya menelan kos RM8 juta sebagai filem tempatan terlaris pada hari pertama tayangan pada dekad ini.

Filem epik aksi yang membariskan pelakon Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Lusi, Datuk Rahim Razali, Ummi Nazeera, Nell Ng, Khir Rahman, Craig Fong, Jehan Miskin, Umie Aida dan Mano Maniam itu juga akan ditayangkan di 72 buah negara.

Menurut Norman, berdasarkan kutipan memberangsang pada hari pertama itu, pihaknya menyasarkan HMM mampu meraih kutipan sebanyak RM2 juta selepas empat hari tayangan.

"Syukur Alhamdulillah kerana sambutan yang diberi terhadap HMM di luar dugaan. Ia mengatasi kutipan filem-filem terbitan KRU Studios yang lain seperti Cicak-Man 1, Cicak-Man 2, Jin Notti dan Magika.

"Berdasarkan prestasi ini, insya-Allah HMM mampu meraih kutipan lebih lagi sepanjang tempoh wajib tayang berlangsung. Kami sasarkan kutipan sebanyak RM8 juta dalam tempoh dua minggu tayangan," katanya.

Norman berkata, jika sasaran tersebut berjaya dicapai, ia merupakan sejarah bagi KRU Studios kerana sebelum ini kutipan filem terbitan mereka yang tertinggi adalah Cicak-Man 1 sebanyak RM5.1 juta

.

note : tunggu nak baca review dari blogger frens yg dh tgk citer ni nanti..
balik msia, me nak cari dvd hantu kak limah gak hahahah


13 comments:

Gen Fujita said...

Ada member dah tengok semalam. Dia kata cerita dia sedap, tapi still tak boleh lawan PGL.

Farra Dhelina said...

sy epik2 ni mcm kureng skit..heee

Gieyana said...

teringin gak nk tgk..diaorang ckp best lah citer nie..:D

Anonymous said...

sy mcm fara gak
kureng skit cite epik2 ni
pirate of the Caribbean pon sy xnengok heheh

PGL?xnengok pon hahah lagi teruk
tp bila nengok sedutan filem merong ni mcm bez la plak

kak limah tu mz harus nengok ok
lawak giler

Anne said...

ada jugak tengok trailer filem ni nampak best,macam filem keluaran org putih .. kalau tak dapat tengok cinema nak beli juga dvd nanti. (^^o)

ieda said...

wah2 dasat !
kayoo lah KRU nie .. huhuh rejeki kan ..
saper lum kawin cepat2 grab yusry ekekekekke

Ely Hasrul said...

i dh tgk suzie.. besh! tak tpk plak nk compare gn PGL sbb kat kepala dok compare dgn cite hollywood hehe..

hantu kak limah mmg di syorkan sgt lah!! wajib tuh haha

Chekgu Azrine said...

me pun tak sabar nak tengok..tp payah sebab hubby tak suka tengok wayang la..camno

Abu Emir said...

me memang nak pergi tengok.. sangat sangat sangat.. :) lagipun i suke kru so ape salahnyer sokong depa kan :)

Oyis said...

tgk trailer dia masa mula2 diorg promote dulu mmg dah naik2 bulu roma. kalo dpt, mmg nak tgk

ardinihumaira said...

dni gak takeh tengok sebab kelatey tade panggung sobbb sobb

tiefazatie said...

mg best gle sis!hihi

Ummi Danish said...

sangat besh. evem my lil danish pun tepuk2 tangan tgk citer nih (baru setahun kot). bile time dorang perang pedang tuh...beriya2 kaki n tangan danish gerak2 sambil bunyi uishh..uishh..ish...

tp mmg besh and sgt kagum ngan KRU. superbb....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails