Saturday 8 October 2011

Tiada lagi teka-teki | Bajet 2012 - gembirakah hati?

tak de nak komen byk2 pun, cuma hanya mampu mensyukuri apa jua rezeki yg diberi, tak kisahlah walaupun bonus hanya setengah bulan gaji, amountnya cukup bererti, so akan dibayar pada bulan disember nanti, kira ngam2 utk byr pendaftaran sek my zharfan (byrn pertama masuk sek agama swasta ni tak murah gak sebenarnya)

semlm gigih me menggoogle sbb nak tau intipati bajet 2012..sbb me bukan dok mengadap tv utk tgk pembentangan bajet tu pun coz i was in the office and then sibuk amik anak+mr hubby

ni antara link intipati bajet 2012

Penjawat Awam

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Meringankan Kos Sara Hidup

Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri
sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
 
 
anyway, selamat berhujung minggu, terima kasih sbb masih sudi singgah :)

15 comments:

Anonymous said...

As Salam,

serius best :)

Azlina said...

kalo kejer gomen mesti syok! saya swasta....huhu

ajumohit said...

Byk manfaat utk gomen je, apa pun usaha utk pdidikan tu mmg bagus

Salina@IbuAqil said...

Alhamdulillah MZ.. Syukur dgn rezeki setakat ni.. ;)

Kalamhati said...

Alhamdulillah..kita kena bersyukur dgn rezeki yg Allah bagi ni..=)

SITI NOARIZAH ARIS said...

Sy suka dgn usaha kerajaan utk pendidikkan anak-anak kita..sikit atau banyak itulah rezeki namanya.:)

Ya ALiya said...

syukur.....

Ezna Khalili said...

semua untuk gomen padahal swasta pun bayar tax jugak....ehmm......

Unknown said...

Alhamdulillah...

Chekgu Azrine said...

alhamdulillah.. rezki utk kita2 semua.. redha je la..

DeQWa said...

syukur la dapat jugak dari takde kan...

Wan Amira said...

walau setengah bulan, is so much to me even though it belongs to hubby, cos i k now i pun akan merasa jugak :)

Ezna Khalili said...

yg i harap sgt sgt agar harga minyak diturunkan........

tiefazatie said...

ok dah kot...hee..bersyukur la..

Unknown said...

tak tau nak tanya..untuk me yang keje swasta ni..huhuhuuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails