Friday 7 October 2011

Antara isteri dan ibu bapa, mana satu yang perlu diutamakan

berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...
ada persoalan bermain dlm benak me....so me nak mintak pendapat ustaz love berkenaan isu ini..
me myself dh tak ada MIL, sbb mr hubby now anak yatim....entry ni sekadar renungan utk kita semua...

ni me copy paste dari SINI

Perkahwinan pada dasarnya, tidak memisahkan hubungan anak-anak dengan keluarga masing-masing. Bagi seorang isteri, suaminya adalah lebih berhak ke atas dirinya jika dibandingkan dengan kedua ibu bapanya sendiri. Manakala bagi seorang anak lelaki, ibu bapa tetap lebih berhak ke atas dirinya jika dibandingkan dengan isterinya sendiri.

Kewajipan seorang anak lelaki dalam mentaati orang tuanya telah dijelaskan dalam sirah Rasulullah yang menceritakan tentang seorang sahabat yang bernama Al-Khomah Menangislah ibunya. Ibunya dengan penuh rasa kasih sayang telah mengampunkan segala dosa Al-Khomah. Sejurus selepas itu, barulah Al-Khomah dapat mengucap Syahadah dan menghembuskan nafas yang terakhir. Dalam kisah ini, Rasulullah telah berpesan, " Siapa yang utamakan isteri dari ibunya, maka ia akan terkena laknat Allah dan tidak diterima ibadat fardhu atau sunatnya."
Ingatlah kembali bagaimana payahnya seorang ibu menahan kesakitan dan kepenatan mengandungkan si anak apatah lagi selepas melahirkannya, mata yang disengkang menahan rasa mengantuk semata-mata melayan karenah si anak yang pelbagai. Kesabaran si ibu menyediakan keperluan si anak dan si ibu menggadaikan nyawa melahirkannya. Kesimpulan dari itu, tindakan yang saudara ambil adalah tidak menepati syariat Islam. Keperluan ibu bapa hendaklah dipenuhi terlebih dahulu sebelum saudara memenuhi tuntutan orang lain.

Jika anda seorang isteri, pesankan pada suami anda supaya sentiasa mentaati dan melebihkan ibubapanya daripada anda sendiri. Payah tapi inilah hakikat hukum.  Seorang isteri yang salehah akan selalu mengingatkan suaminya tentang tanggungjawap suami terhadap ibubapanya sendiri. Anda tidak harus marah jika suami anda lebih mengutamakan ibubapanya terutama ibunya lebih daripada anda sendiri, kerana syurga suami anda terletak pada ibunya, anda pada suami anda. Jika suami anda derhaka atau melepaskan tanggungjawapnya terhadap ibubapanya sendiri, maka tiada lah syurga bagi suami anda & tiadalah syurga bagi anda.


note : kdg2 kita tak nampak salah kita...esp kita rasa kita sbg isteri ada hak yg mutlak terhadap suami, tapi bila berkenaan tanggungjwb suami, hak ibu adalah mengatasai hak isteri..itu adalah fakta...
moga2 kita semua mendapat iktibar--me berpesan utk diri me sendiri gak..



13 comments:

Ely Hasrul said...

salah satu tanggungjawab isteri kan i thnk ranking ke tiga kot adalah menghormati & mentaati keluarga mentua. kire jaga anak tu jatuh no 5 ke ape. .

Ezna Khalili said...

tetapi kadang kadang yg ada suami ni tak faham yg dia kena melebihkan suami dari ibu bapa sendiri....ehmm....yg ada MIL ni suami kena melebihkan ibunya dahulu baru kita....

transformed housewife said...

peringatan utk kita semua. thanks.

Chekgu Azrine said...

my MIL pun dah takde.. tp masa ada lagi.. tak penah lak masuk campur hal apa2 mr hubby dengan MIL.. nak bg berapa duit pun tak ambik tahu..

tiefazatie said...

tq sis...=)

Unknown said...

macamane skalipon..anak laki mmg keutamaannya adalah ibu kan??

Kelas Cikgu Adawiah said...

Nak tanya. Kalau MIL sampai tahap aniaya menantu mcmn? Perkara ni berlaku dengan kawan saya.
1. Dia wajib tinggal serumah dengan mertua.
2. Dia wajib bgun seawal 5pg utk masak sarapan walaupun kena masuk kerja 7.30am
3. Menantu kena sara keluarga suami
4. Wajib sapu dan mop lantai setiap hari wlpn sedang mengandung dan dalam pantang.
4. Skrg ada anak kecil tetap disuruh semua tu walhal dia x cukup tidur malam.

Mama Zharfan said...

@kelas cikgu adawiah : kalau dh tahap aniaya tu..memang tak patut berlakulah..kena slow talk dgn suami..and part menantu kena sara keluarga suami tu..jgnlah sampai diperbodohkan mcm tu sekali..nafkah wajib atas suami..and tak de kewajipan pun menantu sara keluarga suami...
sayangkan suami berpada2...love is mutual..kalah dh tahap aniaya, there's no love anymore..it's abuse..jgn sia2kan hidup kita hanya kerana seorg lelaki bergelar suami, yg tidak menghargai seorg isteri..

Mama Zharfan said...

*kalau

Anonymous said...

nak tnya:)bolekah sorang llaki menghormati wanita bkn mahram sama sprti menghormati ibu kandung?

Mama Zharfan said...

@eman han : wanita bukan mahram tu merujuk kpd siapa yer? kalau ibu mertua, yep kena hormat mcm ibu kandung jugak

My wealthy~ said...

Assalamualaikum, bagaimana pula sekiranya telah kematian mil & hanya tinggal fil,adakah suami masih perlu taatkannya melebihi isteri? Bagaimana pula sekiranya diajak tinggal bersama fil dengan alasan telah uzur tetapi isteri merasa kurang selesa tinggal sebumbung?

Mama Zharfan said...

@my wealthy : thanks sbb sudi singgah and thanks for your question. sebenarnya tak de jwpn yg konkrit utk pertanyaan puan...kena byk tolak ansur dan kompromi...isteri kurang selesa kenapa yer? ideally, status fil adalah sama dgn ayah kandung sendiri...tanggungjawab adalah di bahu anak2 esp anak2 lelaki, lebih2 lagi fil sudah uzur dan memerluka perhatian &kasih sayang anak2....moga2 beroleh keberkatan dlm hidup kita bila kita memuliakan dan menjaga our parents, which include mil and fil.
wallahua'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails