Wednesday 31 May 2017

Tragedi 4 Ramadhan | nyaris2 cedera teruk :(

dugaan Ramadhan..

semlm right after iftar ie bukak puasa, MZ tengah basuh2 pinggan sambil goreng keropok lekor (frozen version, beli kat giant), then time nak balik2 keropok tu, nak bagi masak/garing sekata, BUUMMMM meletup pulak keropok tu, so minyak panas terpercik kat muka MZ..adoyaii sakit tak terkata, terus basuh muka kat sinki, amik minyak gamat, lumur2 penuh muka..memang rasa perit berdenyut2
hampir2 nangis sbb risau jadi parut/gelembung etc kesan kena minyak panas tu..biasanya MZ ada lah jugak kena minyak panas kat tangan so tahu lah apa akan jd kat kulit tu
so sepanjang mlm sapu minyak gamat, denyut2 memang tak hilang sampai tertidur
bangun pg ni, dah tak berdenyut..
syukur tak gelembung, tp jd mcm kesan lebam (tak ketara sgt), tp still rasa perit kalau sentuh, ada 4 tompok2 kot (kesan percikan minyak)..satu kat dahi, satu kat atas kelopak mata, satu kat pipi bwh mata dan satu lg kat tepi mata, so that's why rasa perit/berdenyut2 yg agak painful semlm :(

actually tu bkn 1st time goreng kepok frozen tu...tp may be sbb tak defrost properly sblm goreng/masukkan dlm kuali sbb nak cepat kan...
and tak sangka minyak terpercik so muka tak jauh lah dari api bila buuum kepok meletup tu berlaku
biasanya kalau MZ goreng hati ayam, memang meletup2 gak so akan beringat2 dok jauh dari api sambil hulur tangan panjang2 utk balik2 hati ayam time goreng tu

syukur Tuhan masih jaga MZ, tak teruk and tak nampak pun kesan melecur(mcm lebam) bila pakai foundation dan bedak
kena sgt hati2 bila menggoreng apa2 lps ni..trauma jap
so far MZ serasi dgn minyak gamat alhamdulillah..utk luka2, gigit nyamuk, kena minyak panas etc..kira mcm 1st aid gitu...wpun MZ tahu ada petua lain like letak ubat gigi, kicap etc kalau kena minyak panas
so ptg ni tak masak2 lah...mr hubby cakap nak tapau kfc

gmbr hiasan semata2..razeen tgh khusyuk main hp kat dominos pizza--mkn2 sblm ramadhan ari tu


salam 5 ramadhan
#modestress--tgh marking exam papers mcm bukit menimbun2

Monday 29 May 2017

Ceritera 1 Ramadhan | Prize-Giving F&N

ari ni dh 3 ramadhan pun..ni nak citer psl my 1st day of ramadhan..
alhamdulillah sahur berjalan lancar..MZ memang set alarm..mknn utk sahur biasanya dh masak siap2 sblm tido..so bila bangun just panaskan jer

kebetulan pula, masa 1st ramadhan ie ari sabtu 27th May 2017, berlangsungnya prize-giving utk selected winners week 1 contest f&n
20 winners out of 100 winners telah dijemput for prize-giving..actually ni speficic event to promo the contest sbb this contents runs for 8 weeks
ada sesi photography dan juga short interview with some winners

group photo...actually all selected winners yg terpilih utk attend event ni adalah pompuan hehehe mostly hardcore compers--gigih MZ dukung razeen tuuuuu

me & one of comper fren nama aisah..ni pic dia yg snap..dia share kat fb


ni short video yg adik me rakam..

event yg sgt punctual ie start 10 am on the dot (sesi taklimat/ucapan, prize-giving (cheque), photo session and then interview--MZ was 5 minutes late sbb sesat sikit time cari venue, so sampai2 jer almost all winners dh duduk kat tempat masing2 ready to start the event gitu --berlangsung kat 1MK (mont kiara)--memang MZ tak familiar area mont kiara..depending on waze jer..siap bwk razeen and ariff sbb mr hubby keje so tak de org nak jaga diaorg kat umah..zharfan plak attend tuisyen

Thanks F&N!

Thursday 25 May 2017

Persiapan Ramadhan | Jam raya

tinggal dua hari sajer lg menjelang ramadhan almubarak..
pastinya bulan yg dinanti2 oleh seluruh umat Islam termasuk MZ & family
moga2 Ramadhan ini akan menjadi Ramadhan terbaik dari segi amal ibadat, dan juga bukan Ramadhan yg terakhir Insya Allah

ternampak kempen 'fasting no feasting' ie bulan puasa bukannya utk menjamu selera mkn besh2...yelah, kalau pegi bazar ramadhan..memang tergoda lah tgk mcm2 jenis mknn kan...or berbukak puasa buffet kat hotel..dgn beratus2 jenis mknn of courselah 'feasting' tu namanya..tp kalau dpt iftar kat hotel memang syok lah hahhaha

mr hubby kata, nak bukak puasa ala kadar jer--azam our family thn ni..sbb mr hubby memang kena jaga pemakanan (diabetic+high cholesterol), my zharfan pun kena lose some weight and MZ pun berazam jugak nak jaga pemakanan..so mr hubby kata, if possible, no nasi/minium carbo time iftar, mkn nasi time sahur jer..tak surelah whether boleh implement betul2 ker tak our azam ni hehehhe we try first..so far, time hari2 biasa, memang family MZ jrg mkn berat2/carbo for dinner..unless ada jamuan/special occasion etc

anyway, MZ ada dpt hadiah jam tangan brand Claude Bernard..so tambah koleksi jam MZ..sbb baru jer dpt, so merangkap jam raya lah gitu..dh pakai pun semlm time gi office



retail price is RM832 katanya..syukur alhamdulillah :) rezeki menjelang Ramadhan

Wednesday 24 May 2017

Happy 12th birthday Ahmad Zharfan Shah

today, 12 years ago, he came into my life..
he was born just after midnite at Kota Bharu Medical Centre,
and I chose 'Ahmad Zharfan Shah' as his name..
at home, the nickname is 'pan'..
my eldest son...my beloved always

hari ni zharfan ada exam, mid-year exam which started since last week lg...
moga2 dpt jawab dengan tenang dan cemerlang insya Allah

setulus doa mama utk anakanda Zharfan
moga jadi anak soleh
abg yg bertanggungjawab, yg sayang dan sentiasa caring, protective, jaga adik2 (he is and always be insya Allah)
berjaya dlm pelajaran dan karier pada masa hadapan
sukses dunia dan ukhrawi
amiin ya rabbal alamin

weekend lps dh setel beli besday gift for him...beli bj adidas kat adidas klcc, insya Allah mlm ni our lil family are going oit for dinner to celebrate his birthday


Monday 22 May 2017

Hot yet fun day @zoo

last 2 weeks, my adik ie hanim and her lil family dtg KL..so dia bwk her kids pegi zoo..me pun tumpangkan my zharfan & ariff ikut sekali their cik teh (hanim) pegi zoo..me tak ikut sbb leceh nak bawak razeen especially musim panas kan..

so ni some of their pics ronda2 zoo negara..and melihat panda dari jarak dekat..excited gitu

marissa (my niece), irham (my nephew), zharfan & ariff


 cik teh yg sayangkan anak2 sedarenay hehehe



tq cik teh sbb sudi bwk my boys jln2 kat zoo :)

Wednesday 17 May 2017

Heartiest congratulations!

welcoming another doctor in our big family, alhamdulillah
my niece yg study medic kat Ireland dh lulus her final exams, convocation next week, my elder brother and his wife memang akan fly ke sana for the convo..beshnya dpt attend convo abroad!

to my niece, Dr Aisya Amira, congrats, mabruuk, well done. enjoy ur holiday sebelum memulakan alam kerjaya yg penuh cabaran gitu

cilok her pic kat her insta..now dia tgh holiday kat barcelona..seronoknyaaa

Monday 15 May 2017

Percutian di Tengah Bandar

Rasa macam dah agak lama MZ dan family tak pergi cuti-cuti Malaysia...lagi pun cuti sekolah dah dekat ni...sebenarnya...berehat sambil bercuti di tengah bandar Kuala Lumpur pun tak kurang menariknya...

Apabila tiba sahaja musim percutian sekolah, kita yang tinggal di kawasan bandar ini pasti akan membawa keluarga kita bercuti di luar KL. Memang sudah jadi kebiasaannya sebab ya la kan cuti mestilah kena bawak ke tempat yang jauh yang kita sendiri tak pernah pergi. Tetapi berapa ramai yang tahu di Kuala Lumpur sahaja ada banyak hotel-hotel yang kita dapat menginap semalam dua. Percutian ini tak semestinya kita kena ke tempat yang jauh, pulau, tepi pantai, tempat yang sejuk, tetapi nak menginap di hotel yang selesa di tengah bandar juga merupakan pengalaman yang menarik. Pasti ramai yang menganggap hotel-hotel di KL ini sangat mahal dan risau akan membosankan tetapi saya jamin jika anda mencari amazing deals on Kuala Lumpur Hotel di website Traveloka pasti tidak akan mengecewakan anda.
Mari kita lihat di website traveloka, di sini kita dapat search hotel-hotel yang ada di Kuala Lumpur, dengan rating per sepuluh yang dibuat oleh bekas-bekas penginap. Jadi di sini kita dapat membandingkan antara hotel-hotel supaya kita tidak salah booking nanti. Dengan kemudahan yang ada, kita juga boleh check availability sesebuah hotel itu dengan meletak tarikh yang kita plan untuk pergi dan berapa lama kita nak stay, so lepas kita key in maklumat itu web traveloka ini akan listdownkan hotel-hotel yang ada dan rating mereka. Setiap hotel menawarkan pengalaman yang berbeza, dengan kesibukkan di kota pasti kita nakkan pengalaman berehat di bilik yang mewah dan selesa untuk merehatkan minda dan fizikal kita selepas penat bekerja. Di samping itu, kita dapat membawa anak kita bercuti di hotel-hotel yang mempunyai kolam renang.
Selain itu, kita dapat juga check harga yang ditawarkan di Traveloka untuk bilik-bilik hotel sekaligus kita dapat bandingkan harga-harga antara hotel-hotel mengikut kemampuan bajet kita. Mudahkan? Tidak perlu lagi kita check dengan menelefon setiap hotel yang ada atau pergi ke web-web yang berlainan, tetapi di Traveloka kita dapat check dengan mudah sekali di satu website. Dan apabila kita click satu hotel di Traveloka ini mereka juga membantu kita dengan menunjukkan nearby attractions, so dengan itu kita dapat plan apa aktiviti yang kita ingin lakukan. Sebelum ini kita risau jika redah kesesakkan lalulintas jika kita ingin ke tengah bandar tetapi dengan kemudahan ini kita dapat plan untuk tidur semalam dua di hotel dan pergi ke tempat-tempat yang diceritakan seperti central market, petaling street, bukit bintang, KLCC, dan KL Tower.
Anda juga pasti terkejut dengan bilangan hotel yang ada di KL ini. Memang ia menjadi tempat penumpuan pelancong-pelancong dari luar negara tetapi kita sebagai rakyat Malaysia, atau warga kota, pasti taknak lepaskan peluang untuk menikmati perkhidmatan yang terbaik dari hotel-hotel di tempat kita sendiri. Selain itu juga, kita boleh membuat booking di Traveloka dengan rate yang berpatutan dan juga akan mendapat tips-tips apa yang boleh dilakukan di KL. Kita juga boleh membaca reviews yang beritahu kita berkenaan kebersihan, servis, pemandangan, dan makanan yang boleh diperolehi dari setiap hotel-hotel yang ada. Dan reviews ini adalah daripada penginap-penginap yang betul-betul menginap di hotel-hotel itu, samada dari luar negara atau dari orang Malaysia sendiri.
my boys, their niece and nephew sempat melawat zoo negara pada hari minggu yang lepas...percutian hujung minggu di Kuala Lumpur kiranya!


Kita sebelum ini risau jika harga-harga hotel di KL ini luar kemampuan kita tetai dengan adanya Traveloka, ia dapat membantu kita membuat pilihan yang terbaik yang pasti akan membuatkan kita tidak menyesal. Bayangkan banyak hotel yang saya jumpai di Traveloka ini mempunyai rating yang bagus dan harga yang boleh saya katakana berbaloi dan berpatutan. Ada juga reviews yang negative yang akan membantu kita dari segi membuat pilihan atau elakkan dari menginap hotel yang dikatakan itu. Saya berani menjamin dengan Traveloka, musim percutian anda pasti tidak akan rugi, buang masa anda atau membuatkan anda menghabiskan duit di tempat yang tidak mendapat pulangan dari segi minda dan fizikal. Itu sahaja yang kita inginkan dari percuti, orang kata pemulihan diri dari stress bekerja insyaaAllah.
Dinoscovery @KLCC pun adalah salah satu tempat percutiaon di tengah bandar Kuala Lumpur yang sangat sesuai untuk seisi keluarga

Friday 12 May 2017

Pengalaman bekerja di perantauan | Selamat Hari Jururawat

alkisahnya pagi td sbb bosan dgn radio sinar (sepahtu tak de minggu ni sbb cuti) so MZ dengar radio era--dh lama tak dgr era fm, so topik perbincangan pg ni psl hari jururawat sedunia

then in between, ada jugak pendengar yg call/wasup, ada sorang caller tu menarik perhatian me..one guy yg currently kat OZ, keje as pemetik buah (anggur)..dh setahun lebih dia kat sana, so dj2 era ada tanya psl ok ker keje and income kat sana..dia kata ok jer sbb memang niat/fokus nak keje and kumpul duit...katanya average gaji around AUD700 per week, so kalau convert to RM, around RM2000+, dia kata dia boleh antar kg around AUD500 gitu per week

ok, mengimbas kenangan silam
bkn pengalaman MZ tp pengalaman mr hubby...masa mr hubby ikut MZ gi UK (nottingham), mr hubby keje full time kat sana...keje sbg jururawat/care-taker kat rumah org2 tua..
MZ temankan mr hubby masa pegi interview, so MZ tahulah tempat tu mcm mana keadaannya...cantik..mcm resort...sbb private old folk homes kan..mr hubby keje shift..jaga org2 tua yg sakit..termasuk all the basic treatment and care (tukar diaper, mandikan, bg ubat, bg mkn etc)
mr hubby keje shift..lokasi tempat keje around 45 minutes gak from umah sewa kami..

dari segi income alhamdulillah...mewah jugaklah MZ & family masa kat sana, selalu kami mkn2 kat luar, shopping kerap jugak..and mr hubby siap belanja weolls pegi cuti2 disneyland paris
so kiranya mr hubby keje merangkap tugasan jururawat tp lelaki lah bkn jururawat pompuan mcm kat msia--bertepatan dgn hari ni hari jururawat

gmbr hiasan..tak jumpa pic tempat keje mr hubby--ada dlm external drive kat umah...
ni pic MZ masa 1st time in life jejak kaki kat london, thn 2007, time ni MZ dtg UK alone, mr hubby and zharfan tinggal kat msia...kiranya sampai gak MZ kat bumi london pada usia 31 tahun


salam jumaat al-mubarak
lagi 2 minggu nak masuk ramadhan..

Monday 8 May 2017

Wedding and birthday

semlm MZ & family attended 2 events
1st event, wedding relatives of zharfan's classmates...held kat dewan komuniti batu muda
sedap2 makanannya...event 12-4 pm, pukul 12.15 pm kami dh sampai...

selain main dishes, ada jugak candy booth and ice-cream booth..goodies bag pun cute!!


event kedua, 3-6 pm..birthday party my nephew Irham ie anak sulung nizar&aimi, sebaya dgn my lil ariff
pun sedap2 makanannya. siap tapau lagi hahhaha





to Irham (nickname eham), cik ngah doakan agar Eham jadi anak soleh cemerlang dunia akhirat..amiin

my kids suka la attend besday party, dpt main2 dgn their cousins kan
MZ suka jer attend wedding hahaha mcm mengimbau kenangan wedding sendiri 13 tahun yg lps gitu

have a nice monday everyone!

Friday 5 May 2017

#3 USS 2017 | many many pictures

entry ini adalah kesinambungan entries berikut:




entry ni mengandungi byk gambar...utk kenangan MZ dan anak2 pada masa hadapan

port wajib posing2 wpun ni kali ke4 kami dtg USS

gelap sikit gmbr sbb mengadap cahaya

ok baru cerah..kena membelakangi cahaya

ni sementara tunggu entrance dibukak

ni souvenir shop kat sebelah entrance..ronda2 dulu sbb mls nak queue lama2 nak masuk dlm USS

time ni pagi lg so semua masih excited dan fresh

Am I Tall Enough? YES u are my dear ;)

ok dh masuk dlm..pun gelap gak pic sbb lighting tak kena

ok baru cun..ni masa mula2 masuk dlm USS

org ramai sbb weekend kan..ni ari sabtu masa kami dtg USS ni

ni MZ snap2 pics sbb papa and kids masuk dlm ride-on transformers


gigih posing2 guna self-timer and tripod





ni antara show yg kami tgk kat dlm theater

ni nak masuk boat-ride madagascar...wajib naik benda ni setiap kali dtg USS sbb queue tak panjang so tak stress nak beratur

papa and lil heroes


my 3 boys--ariff buat muka bosan

ni ariff dan zharfan naik merry-go-round madagascar



papa tlg snap pic mommy


 

 by the time sampai kat castle ni..cuaca panas terik..my boys are all moody

gigih MZ nak jugak suruh my lil family posing2


ni pusing semula and sampai kat tempat transformers..now turn mommy and boys plak naik...papa and razeen tunggu kat luar




byk kali weolls singgah mkn2 dlm USS wpun harga sgt mahal tp sbb my kids cepat lapar and boleh rest lepak2 sejukkan diri dlm air-cond sambil mkn2 kan..tu ariff posing with his lego yg dia beli beli USS


ni mkn kat restoran arab--dlm USS ada byk jugak restoran halal so no prob lah bab mkn2

yummeh!




ni dh nak balik..posing2 dulu..rasanya ni jer kot pic berdua



terjumpa road runner so wajib lah posing2




kenangan --entrance tixs USS

overall a memorable holiday wpun bkn 1st time dtg sini..seronok jer repeat naik mcm2 rides and dh tau/expert semua lokasi dlm USS tu hahahha
Alhamdulillah atas segala nikmatNya
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails