Friday 30 August 2019

LRT @KL vs LRT @Tokyo

ari sabtu lps, my razeen requested nak naik lrt..memang tak pernah lg bawak dia naik LRT..so kebetulan mr hubby pun free--so lps asar weolls drove to terminal putra, parking kereta kat open space situ (RM4 per entry), then naiklah LRT beramai2 ie our lil family
kebetulan hari hujan
and bkn hari bekerja kan..and non-peak hours some more..so lengang jer --tak berasak2 or berebut2..
so wajiblah posing2 :p





teringat plak masa naik lrt ie train/tube kat tokyo...lebih kurang jer dari segi rekabentuknya..



LRT kat msia kira punctual gaklah kan...tp kat tokyo memang super duper punctual hehhe
kat tokyo..org2 tokyo semua senyap jer dlm lrt, tak de berbual2 bising or bunyi hp ringing ker apa..kat msia of course the opposite hehhehe

Thursday 29 August 2019

Enjoying working moments

sekarang masih lagi 3rd semester ie tak de lecture..new semester akan bermula 9/9/19 nanti..
so tugasan2 lain yg MZ kena buat ialah..LAP visit--ie melawat students AIKOL yg tgh menjalani internship/attachment to assess their performance

ni antara tempat yg MZ visit--yeahh Parlimen Malaysia

ni meeting point

landscape nya cantik..ada water fountain

ni dh selesai assessment dgn master ie head of research

ni plak MZ snap2 sbb impressed dgn deco--ni kat one of legal firms --Chooi & Co - Cheang & Ariff kat medan tuanku

bangunan ni nama Loke Mansion..bangunan klasik yg sgt unik dan cantik

ni group photo ie MZ & colleagues masa lps habis attend ibadah camp--MZ pakai tudung biru tu


ni masa sesi mkn2 exco members of AIKOL--ni our dean yg belanja

lunch mkn2 kat restoran qasar balqis kat tmn melati..yummehhh--lebih2 lg sbb boss yg belanja hahahha

alhamdulillah for all the blessings

Tuesday 27 August 2019

Masih setia dengan jenama ini

to be exact, MZ masih selesa pakai apa2 jenis tudung/shawl yg ada awning keras (tapi suka yg satu kaler jer, bkn kalerful/colour block and suka yg chiffon jer)..sbbnya tak de kerajinan nak iron tudung bawal...pagi2 memang kalut rushing..so tudung awning takes few second jer utk digayakan..

so masih lagi setia dengan brand Fareeda..tp dh rebrand nampak gayanya..jd FRDA

ari tu sempat singgah kat butik fareeda kubang kerian masa balik kg time cuti raya haji
harga tudung yg MZ suka ni masih above RM100--to be exact, RM130..beli kaler cream



pakai dgn jayanya--ni time attend wedding reception my niece last weekend..nama tudung fareeda yg MZ pakai ni 'mariya chiffon size L'--so ukuran labuh yg kena dgn taste MZ



Monday 26 August 2019

Welcoming something RED into our home!

julung2 kali la tahun ni dpt something yg big in size and pretty big in value...after all this is the grand prize kan..fuhh excited giller MZ masa dpt wasup from organizer that I won GP ;) rasanya my 1st GP winning la this year hehehhe comping life is so stiff nowadays

presenting...................
my Osim Udivine in red colour!!

 my zharfan merasmikan testing massage chair ni..

gigih  MZ check retail price kat website osim hehehhe

nilah contestnya...slogan based ;)


syukur alhamdulillah atas rahmat kurniaan rezeki dariNya

Sunday 25 August 2019

Pulang ke negeri abadi

pada pagi khamis 15 august 2019, mr hubby telah kehilangan his elder brother..telah pulang ke hadrat Ilahi..setelah sebulan bertarung di ICU (cedera parah slps terjatuh di dlm bas rapid KL otw pegi keje)..

MZ kehilangan seorang abar ipar yg baik hati :(

moga arwah Roslan bin Mamat (MZ panggil 'Abe Ley') ditempatkan bersama org2 yg beriman dan ditempatkan di jannah..aamiin

satu2nya pic kenangan yg MZ simpan dlm hp MZ..ni masa pagi raya eidul fitri 2019..Abe ley yg pakai bj biru muda...next to him is mr hubby, then zaidi then zakaria..all ikut turutan ie adik beradik lelaki mr hubby, tp sorang tak cukup korum (zulkifli/joe) sbb dia beraya kat johor (side isteri)

Saturday 24 August 2019

Kisah raya | Driving solo

blog lama bersawang..byk entry yg ala2 basi, tapi kena tulis gak..utk tatapan diri sendiri (or my boys) pada masa hadapan hehehe

raya eidul adha yg lps yg jatuh pada 12 august 2019, MZ buat pertama kalinya (setelah kawin)--MZ drive sendiri balik kg..ditemani only my boys..sbb mr hubby cuti sehari jer..and kebetulan one of his sibling tgh sakit (kat HKL)..so family mr hubby berkumpul ramai2 di KL
so MZ mencekalkan hati drive balik --solo driving- pada 9/8/19 ie pukul 4 pagi hari jumaat..bertolak awal pagi sbb tak nak stuck in jem..alhamdulillah...MZ and kids selamat sampai di kampung pada pukul 10.15 pg ;)

raya kat kg..pg2 breakfast ramai2..then pergi solat raya kat masjid pdg kala..balik solat..aktiviti korban ie sembelih lembu (seekor lembu utk my family)..then aktiviti masak2 dan mkn2



Thursday 22 August 2019

Gigih mengintai promosi Saleabration

Bulan Ogos hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi, so dah sampai masanya untuk kaki-kaki travel macam MZ sekeluarga untuk mengintai apa-apa yang menarik..yelah, hujung tahun kan cuti sekolah selama 5 minggu, so nak kena plan dari sekarang laaa..

Bagi MZ, kalau travel untuk cuti-cuti di luar negara, MZ akan bagi keutamaan untuk memastikan perancangan all-in. MZ memang akan cari promosi/deals yang dah include flight, hotels experience dan yang tak kurang penting juga, airport transfer.

Jadinya, sekarang dah tak payah pening-pening la sebab ada Traveloka Saleabration – pendek kata plan untuk cuti-cuti obersi memang jadi mudah semudah ABC!! hoorayyy – Cuma kena pastikan tabung dah penuh hahhahah...Pendek kata, in case tak sempat nak join Matta Fair September 2019 pun kiranya dah tak payah risau lah, dengan adanya Traveloka Saleabration ni…fuhhh settle satu masalah – memang masalah lah untuk kaki travel yang sejiwa dengan MZ ni kalau tak dapat grab promo yang best2 kan…

Antara destinasi dalam checklist MZ untuk percutian seisi family ialah Tokyo!! Memang jatuh cinta lah dengan bandaraya yang moden, bersih dan selamat! Why Tokyo? MZ memang gemar travel ke negara 4 musim – lebih2 lagi musim sejuk dan musim luruh yang mana tak ada kat negara kita kan.

Tarikan utama bila travel ke Tokyo – of courselah Disneyland Tokyo!! Perfect untuk seisi family gitu! Bila fantasi menjadi reality, lebih-lebih lagi cuaca yang best – kalau pergi masa musim luruh atau musim sejuk, memang sangat seronok untuk menghabiskan sehari suntuk menjelalah Disneyland yang sangat luas tu! Dan sangat banyak spot menarik untuk posing2 kan!! Gigih lah MZ mengusung DSLR untuk mengabadikan kenangan seindah family kecil MZ!



Selain Disneyland, aktiviti membeli-belah pun antara yang wajib dilakukan. Kalau nak beli cenderahati, memang kena meronda sekitar Asakusa. Memang meriah tempat ni dengan pelancong asing yang excited shopping sakan pelbagai pilihan souvenir yang cute2 gitu.


Untuk penggemar alatan elektronik, memang kena berkunjung ke Akihabara—memang rambang mata jadinya. Harga pun not bad even lepas convert yen kepada ringgit Malaysia. MZ kan ada tiga boys, so all of them memang obsess lah dengan peralatan elektronik dan pelbagai jenis gajet yang terkini. Yang penting, bawak duit siap-siap gitu – nama pun melancong kan, memang kena nikmati and shop till you drop kaedahnya hahahah


 Selain Tokyo, MZ suka juga pergi ke Australia, contohnya Sydney. Australia kan ada dua bahagian- salah satu bahagian memang mengalami cuaca 4 musim, termasuklah Sydney. Tapi musim sejuknya bermula bulan Ogos, berbeza dengan negara-negara Eropah atau Jepun, yang mana musim sejuknya bermula bulan Disember.

Kalau ke Sydney (atau pun Melbourne, Perth dan sebagainya)—aktiviti wajib ialah bergambar dengan kangaroo hahahah memang unik dan cute lah haiwan ni…hanya ada di Australia sahaja.  Di sana, nama manja/nickname kangaroo ialah Roo sahaja –senang nak sebut gitu. Kalau kat Sydney, ada banyak Roo dibiarkan lepas bebas dalam kawasan Featherdale Wildlife Park.


Selain bermain dengan Roo, boleh juga merasa pengalaman memetik epal di kebun epal—Pick Your Own Apple gitu –ada banyak ladang-ladang epal yang menawarkan pengalaman tersebut. Antaranya Bilpin Fruit Bowl. Yalah, epal kan bukannya tanaman yang ada di Malaysia, jadi memang rasa seronok bila dapat berjimba-jimba di ladang epal, menghabiskan masa terindah bersama yang tersayang.


Sydney terletak berhampiran laut, jadi banyak kawasan yang sesuai untuk diabadikan kenangan bergambar sambil menikmati pemandangan indah. Antaranya Watson’s Bay (Botany Bay National Park). Tempat ni juga popular untuk divers – penggemar aktiviti menyelam. Memang syoklah dapat lepak-lepak kat sini sambil menghirup udara segar.


Tips paling penting, kena tempah flights seawal mungkin untuk ke destinasi yang diingini. Bagi MZ, wajiblah secure promo flights dengan harga terbaik sebagai langkah pertama untuk bercuti ke luar negara. Selebihnya kena tempah hotel, airport transfer dan siapkan itinerary yang exciting dan realistik!

Jomlah kita bercuti – sambil melakar kenangan indah penuh warna-warni di kanvas kehidupan bersama yang tersayang untuk dikenang di hari depan!




 

Tuesday 20 August 2019

Movie time | Boboiboy 2 - terbaekkk

ari ahad lps, sebaik jer sampai KL (dari kg), MZ, zharfan & ariff pegi tgk movie boboiboy..weolls memang fans setia hahhaha

memang terbaeklah animasi dan jln citernya..kutipan dh cecah 21 juta rasanya (setakat entry ni ditulis)..moga dpt cecah 30j (at least)



MZ redeem tix TGV (2 pcs) so jimat gaklah..cuma top up byr tix ariff RM9 (kid) - tixs TGV tu MZ dpt masa menang contest hansaplast (FB)


ni sinopsis dari google

BoBoiBoy Movie 2 is a 2019 Malaysian computer-animated superhero comedy film directed by Nizam Razak. The film follows BoBoiBoy and friends as they have to fight an ancient villain named Retak’ka who wants to take over BoBoiBoy's elemental powers.

byk scene kelakar2 selain scene fighting..yg watak2 lucu papazola, pipi (anak papazola) dan Gopal
ada scene sedey gak...masa boboiboy kena rampas kuasa2 dia...and masa tok kasa kena bunuh oleh retakka (tp actually tak mati pun :p)
sgt impressed dgn animasi kat pulau tmpt tok kasa tu tinggal...almost setaraf disney dah tu!!bangga wooo

overall MZ bagi 4.9 dari 5 bintang (almost perfect!!!!)

Saturday 3 August 2019

Happy 5th Birthday Ahmad Razeen Shah

Today 5 years ago, we were blessed with our lil razeen..he completes our family's happiness

Mama always pray for the best of everything for my lil sweetheart
May Allah bless him always..grant him health, happiness and success in life..aamiin









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails