Tuesday 31 January 2012

Skim Sara 1 Malaysia | beberapa kemusykilan...

Pelaburan RM5k bagi setiap pelabur...boleh apply loan utk tujuan melabur ni...hanya utk yg berpendapatan bulanan RM3k ke bwh ..pulangan tetap setiap bulan..sounds good...

info taken from HERE

Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) Ini?

  1. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
  2. Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
  3. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah

    Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia

  4. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  5. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000 
Kemusykilan me..which is also taken from HERE
  • Kerajaan ada atau tidak penasihat syariah dalam skim Sara 1Malaysia ini? Patuhi shariah compliance atau tidak?
  • Sebelum ini kecoh dikatakan pulangan tetap dalam saham internet/MLM adalah haram, ini adalah maklumat yang berkaitan pengharaman. Seperti apa yang berlaku dalam Swisscash contohnya, duduk diam dapat duit.
  • Kata Ibn Munzir: Dan telah sepakat (ijmak) bahawa terbatal qiradh yang disyaratkan keuntungan untuk salah seorang atau kedua-duanya dengan keuntungan dirham (nilai) tertentu.
then me ternampak my fren share kat FB psl entry by Ustaz Zaharudin

hampir semua orang yang mempunyai lebihan wang untuk melabur sukakan sebuah pelaburan yang rendah risiko dan tinggi pulangannya, namun itu di luar norma kebiasaan dan sifat sesebuah pelaburan menurut perspektif Islam. Islam amat mementingkan kesaksamaan di antara pelabur dan pengusaha dan walaupun jaminan keuntungan itu dianggap sebagai suatu yang sangat disukai, ia sebenarnya mengakibatkan ketidakadilan kepada pengusaha, lantaran terpaksa membayar sesuatu kepada pelabur di ketika mengalami kerugian. Ketidakadilan pula kepada pelabur lantaran akan hanya mendapat peratusan terhad yang dijanij di waktu keuntungan melepasi peratusan yang dijanjikan.

Perlu difahami, rasa tidak adil dan rasa ditindas BUKAN penentu ('illah) halal haram dalam bab riba, justeru jika sekiranya pihak penguasaha secara SUKARELA menawarkan jaminan keuntungan sekalipun, ia tetap haram kerana wujudnya illah pengharaman iaitu, 'hutang wang dengan pulangan lebih yang dijanjikan', tidak kira sama ada kedua-dua pihak suka sama suka atau tidak.

Menyentuh bab jaminan modal dan keuntungan ini, pelbagai resolusi persidangan cendiakawan Fiqh telah dikeluarkan, antara yang paling berpengaruh adalah seperti berikut:-

READ FULL ENTRY HERE

setakat yg me tahu & paham, memang melanggar prinsip pelaburan kalau keuntungan dh ditentukan/fixed...

note : semua org nak duit kan..tapi takkan lah sampai melanggar hukum halal haram...obviously me and kebykan uolls tak layak pun utk join skim ni...tapi biarlah jelas hukum dan konsepnya kan...

Kenapa kebanyakan org suka overnite stay kat hotel

rasanya most of us suka tido kat hotel kan time holiday...kalau dpt hotel yg five star yg bilik marvellous..memang rasa tak mau kuar bilik (teringat bilik hotel kat disneyland yg super besh..)

well...antara sbbnya...nak rasa suasana bilik yg baru...
and boleh sepahkan bilik tanpa risau nak kemas balik :p
kalau stay 2 nites, so bilik akan dikemaskan oleh housekeeping staff pd hari kedua :p

ni bilik yg me stay kat AFamosa Resort hotel..nice jer bilik ni...ada tv, mini bar, kettle..semua cukup lengkaplah :) yg penting toilet ada pipe hose :p



the kelakar part...me & mr hubby selalu berangan2 nak jdkan our bilik kat umah mcm bilik kat hotel in terms of interior design, deco2...perabot etc :p  memang ada org yg deco2 umah diaorg berkonsepkan resort...me selalu tgk kat magz/suratkhabar ;)

note : tp kdg2 susah nak lena kan kalau tido kat hotel sbb beralih tempat tido :p unless penat tahap gaban, so mesti dpt tido sepuas ati ala2 pengsan gitew sbb penat...

hotel mana yg paling besh pernah uolls stay? me vote for Disneyland Paris Sequoia Lodge..kalau kat Msia, yg besh2 yg me pernay stay..Legacy Hotel Malacca, Avillion Water Chalet PD, Bkt Merah Laketown Resort Water Chalet, Holiday Villa Langkawi, Pangkor Langkawi Island Beach Resort <---opps...baru me notice...ni semua FOC ie hasil2 contest yg me menang last few years...

Antara belacan dan cincalok

weolls singgah kat stall kat tepi jln...ada mcm2 local food..ada kelengkapan utk mandi/main air, ada crafts yg sgt kalerful...masa me dtg afamosa resort thn 2009, me pernah beli tudung saji yg cantik iteww






antara local food yg menarik perhatian me ialah cincalok dan belacan



 
 ada lempok gak a.k.a durian cake tu...ni fav arwah ayah me...my mom biasanya msk lempok time musim durian sbb kat kg weolls ada dusun durian..


me tak mkn belacan, cincalok, lempoyak ni..

last2 me beli kuih karas (biasanya me beli time me pegi langkawi heheh), mr hubby beli pisang salai --his fav tu..me tak mkn pisang salai, my boys beli air milo tin, setin sorang ;)

tu ajerlah yg weolls beli kat stall kat tepi2 jln menuju ke afamosa resort.

note : hari ni hari terakhir bulan januari 2012..time flies...


Monday 30 January 2012

Live streaming Ustaz Azhar Idrus

last nite masa me tercongok dpn tv layan AJL..sambil pegang laptop sbb buat keje (kena submit research application)..mr hubby plak beria berkepit  dgn his iphone...volumenya kuat--sama kuat dgn tv....mr hubby dengar ceramah live streaming Ustaz Ahar Idrus...so me pun layan 3 benda dlm satu masa ie lappy, tv+iphone heheh

memang besh layan ceramah Ustaz Azhar ni...sbb byk part2 humor tapi sarat dgn mesej dakwah...dh jd ustaz celebrity sbb glamer kat youtube, FB etc

AJL semlm...me paling suka lagu kalau berpacaran sbb lagu tu sgt catchy :)

note : kena berazam utk balancekan food for thought dan benda2 'lagha' ie melalaikan...tazkirah utk diri sendiri

Lunch udang tempura goreng

rasanya semua water theme park pun tak benarkan kita bwk masuk outside food...memang staff security diaorg check our beg masa time nak masuk tu...so kami tak de lah bwk masuk outside food kan sbb dh tau pun rulesnya
and biasalah...food inside the park is PRICEY...kira nak make max profit kan...

so masa lunch...lps abis main air, kami pun dh lapar...
ada few cafes/food stall kat dlm park ni...

ni salah satu yg me nampak...sebelah changing room...

menunya...range from RM8-RM20 per set...kalau ayam goreng 2 pcs with fries and drinks, harga RM15...kebykan org beli set ayam goreng




ni set yg me beli..tempura prawn set...harga RM8 per set..tak termasuk drinks...and semua drinks kat dlm park ni harga RM3 setin, mineral water pun harga RM3 sebotol..end up me beli 2 tin air cincau harga RM6 lah...set tempura ni me beli 2 set ie RM16...total RM22...alas perut ajer ni...my zharfan sgt suka mkn udang celup tepung...

sedap gak udg ni, tapi size kecik2...so tak berapa nak kenyang ngeh ngeh ngeh

lps kuar park, kami mkn dlm keta ajer..dh tapau actually nasi bungkus siap2 (beli kat Gombak okeyy--nasi berlauk ayam hheheh)

uolls lunch mkn apa ari ni....

Let the pictures tell our FUN stories

what? water fun--main air sampai lembam :p
where? water world, a famosa resort, malacca
when? saturday 10am--12 pm, 28th Jan 2012

yayy..papa rented float--ni double float...harga sewa RM10

2 heroes kecik tak sabar2 nak main air

 feeling kat tepi pantai sbb ada pokok nyiur

mommy yg over mengalahkan anak2 ngeh ngeh ngeh

syok naik water slide--ni kat area kids pool--naik berkali2 sampai penat hehehhe

sajer nak basahkan diri pegi kat tempat air tu...

tq papa sbb jd photoG of the day heheheh

naik camel beramai2

tiga beranak yg sgt sukakan air sdg posing berendam

papa kata cantik background ni kalau posing kat sini

main slide kat sini plak...

like mommy like son...dua2 enjoy abis ni..

crowded --ramai chinese dtg beraya ie holiday time ni..

mama plak jd photoG

zharfan relax2 atas float tu


note : waktu bersama dgn yg tersayang..priceless..(tiru tagline mastercard hehehe)

Sunday 29 January 2012

fun is the right word

Alhamdulillah weolls dh selamat sampai KL dari cuti2 afamosa resort tghari td :)




entry sajer2

ternampak ada org share kat FB...


LOL gaklah :p ...anyway, setiap bahasa pun sgt unik...yg penting kalau kita faham apa2 bahasa asing, so may be tak rasa LOL kan..sbb tak paham tu yg rasa lucu tu :p


I love Hershey's | shopping2 @Guardian KLCC

me bukan choc lover--tp ada few chocs yg me mkn sikit2...
this is one of the few :)


me suka sbb chocnya kecik2 and white choc ni..ada cookies bits dlm choc ni

choc ni FOC sbb ni antara brg2 yg me redeem guna voucher (me menang contest Unilever ari tu) kat Guardian KLCC..

selain choc, me amik lipliner, lip brush, Huggies Ultra for my boy, Kordel vitamin, Scotts Emulsion, and chocs lagi 2 jenis...so abis setel RM100 :p



tq sbb sudi singgah!

Saturday 28 January 2012

This is what we called lucky draw based contest

pic ni me amik kat FB asadi malaysia...entry from contestants/compers yg masuk contest asadi lucky draw based..GP kereta myvi...


me antar gak satu entry tapi tak menang apa2 pun..not even conso..tak de rezeki...and obviously me tak deco2 sehebat mcm dlm pic tu...


Cuti2 AFamosa Resort | FOC

hari ini dan esok (2d1n), me & family akan bercuti di AFamosa Resort...family day AIKOL UIA :)
so segalanya FOC--mlm ni ada bbq dinner :)


happy weekends uolls!!

note : ni kali ke3 me cuti2 kat sini heheh


Friday 27 January 2012

Ibu bapa WAJIB pro-aktif dan siasat pusat asuhan berdaftar atau tidak

ekoran kes dua baby mati kat pusat asuhan kat Taman Permata....pada pendapat me sbg seorang ibu yg mana both my kids memang membesar di pusat asuhan (IIUM EDUCARE--staff professional dan me puas ati dgn servicenya)...-->>ibu bapa kenalah siasat betul2 sblm antar baby kan...jgn sekadar lepas tgn main antar ajer..nyawa anak mana boleh buat main2..esp baby2 yg masih kecik & sgt fragile...so selain kecuaian pusat asuhan esp yg haram/tidak berdaftar, so part of the blame goes to the parents themselves sbb antar their babies to those nursery 'haram'

ni me amik kat Utusan Online

Bayi mati: JKM kunci pusat asuhan haram di Taman Permata

PEGAWAI Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memasuki pusat asuhan di Seksyen 8, Shah Alam untuk memberi notis amaran tindakan kunci ke atas premis itu yang beroperasi secara haram.



 SHAH ALAM 26 Jan. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri mengambil tindakan mengunci sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Hulu Klang, ekoran kematian dua bayi lelaki di bawah jagaan pusat asuhan tersebut baru-baru ini.

Pengarah JKM negeri, Nik Omar Nik Ab. Rahman berkata, pusat asuhan itu akan dikunci selama 21 hari bermula hari ini dan pihaknya akan menyiasat secara terperinci sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, premis berkenaan tidak pernah berdaftar dengan JKM malah ia juga tidak memenuhi spesifikasi atau syarat penubuhan seperti yang termaktub di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) 1984.
"Premis pusat asuhan itu tidak menepati beberapa piawaian mengikut Seksyen 8 Akta Taska 1984 iaitu tidak cukup pengasuh, tiada kelulusan agensi teknikal, tiada aktiviti yang merangsang perkembangan kanak-kanak, tidak dilengkapi perabot serta permainan kanak-kanak dan tidak diselenggara dengan baik.

"Hasil siasatan mendapati taska berkenaan hanya mempunyai seorang pengasuh sepenuh masa dan seorang pengasuh sambilan bagi menjaga 13 kanak-kanak di premis berkenaan dan ini jelas melanggar peraturan yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Pada 19 Januari lalu, dua bayi lelaki, Muzaffar Mohd. Faizal, tiga bulan dan Arif Amsyar Ruhi Budiman, tujuh bulan yang ditinggalkan di pusat asuhan terbabit meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman baru-baru ini mengesahkan kejadian itu bukan berpunca daripada jangkitan kuman berdasarkan keputusan awal pemeriksaan histopatologi terhadap sampel tisu paru-paru dan beberapa organ lain bayi berkenaan.

Nik Omar berkata, kedua-dua mangsa telah didaftar masuk di Pusat Jagaan Adila Kids yang didaftarkan di bawah JKM berkuatkuasa Disember 2011.

"Bagaimanapun, pengusaha yang sama didapati membuka sebuah lagi pusat asuhan di premis bersebelahan pusat jagaan berkenaan tanpa mendapat sebarang kebenaran JKM untuk menjaga kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah termasuk kedua-dua mangsa," jelasnya.

Tambah beliau, terdapat kemungkinan ibu bapa dan penjaga di pusat jagaan itu tidak diberitahu anak mereka dihantar ke premis bersebelahan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Nik Omar berkata, pihaknya turut mengeluarkan notis amaran tindakan mengunci sebuah pusat asuhan di Seksyen 8 di sini selepas seorang bayi koma apabila dipercayai terjatuh ketika ditinggalkan di pusat asuhan berkenaan.

Tambahnya, bayi lelaki berkenaan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan siasatan awal pihaknya mendapati pusat asuhan berkenaan juga didapati beroperasi secara haram.
"Kami akan menyiasat kemungkinan wujudnya kecuaian pusat asuhan ketika mengendalikan operasinya," tegas beliau.

note : pengajaran utk para ibu bapa....jgn biarkan kes sama berulang2...


Video Ustaz Harun Din bermimpi jumpa Rasulullah SAW

uolls dh tgk ker...

me notice ramai org share kat FB...so pg ni...tergerak hati nak tgk..memang sayu, touching, bergetar hati ini..mengalir jua air mata..

ni linknya..
https://fbcdn-video-a.akamaihd.net/cfs-ak-ash4/356204/633/339137016106668_21640.mp4?oh=132093d575fa49999d7f77063d9f27cf&oe=4F241F00&__gda__=1327767296_214251b142365d193d7d57039c6cd879

bertuahnya Ustaz Harun Din kerana mendapat anugerah yg amat besar dari Allah SWT hanya mana dikurniakan hanya utk insan2 terpilih..




Julung2 kali menjamu selera @Kenny Roger's Roasters

lps tgk movie bujang terlajak, weolls semua lapar sbb dh waktu lunch pun (lebih kurang pukul 2 pm)...
so kat mana2 restoran/tempat makan pun sgt packed dan crowded dgn org...last2 mr hubby ajak mkn kat Kenny Rogers ie KR Sunway Pyramid sbb tak secrowded tempat lain

ni antara keistimewaan KR...muffin yg super gebu..ni part of set meal...me amik satu muffin vanilla and satu muffin banana raisin


ni menunya...weolls order 2 set quartermeal

ni MZ punya...amik 2 portion nasi sbb MZ share dgn zharfan

ni mr hubby punya

sbb dh lama tak mkn, and kami plak tgh lapar, terasa sgt sedap and nikmat mkn kat sini hehhehe
rate/harga murah sikit dari nandos...so total kami bayar bill RM64--weolls order gak mushroom soup+garlic bread (mcm garlic biscuit ajer sbb keras), drinks kami amik ice lemon tea & orange juice

salam jumaat yg penuh barakah utk kita semua :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails