Sunday 1 January 2012

Antara PEGAR dan BATOK | setelah 35 tahun baru kutahu

a real eye opener...and it makes sense kan..

mula2 me nampak kat FB


then me nampak kat blog ni..

Artikel Kesalahan Bahasa Melayu yang Serius dari blog ini. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi
1. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADIHARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI

Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi, kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri.
tidak masuk akal jika pagar yang memakan padi, betul tak? Jadi apa itu Pegar. . Ini dia burung Pegar
Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Saya pun letak gambar ni dekat facebook.
Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde…).
Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.
2. MELEPASKAN BATUK DI TANGGAMELEPASKAN BATOK DI TANGGA
adalah tidak masuk akal jika Batuk iaitu ‘cough’ dilepaskan di tangga. apa signifikasinya kan? jadi sebeanrnya adalah Batok.
Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.


note : tak pernah terpikir pun sebelum ni...memang tak logik kan kalau pagar mkn padi sbb pagar tu bkn benda hidup heheh

SELAMAT TAHUN BARU 2012!!

9 comments:

Yuyu Zulaikha said...

laaa... huhuhu.. saya baru tau! haishh! harapkan pegar, pegar makan padi betul!

blog-tips-kurus said...

saya tahu pasal 'batok' tu masa kursus bahasa tahun lepas. bab 'pegar' tu, baru-baru ni je tahu. cantik juga si pegar itu ye.. :-)

-atiQah- said...

hehe..sama la MZ..sy pun baru tau pasal ni. lepas tau baru kecoh2 bgtau mak. mak lg kesian, lps 50 tahun baru tau. hehehe.

Wan Amira said...

i pun tahu baru2 ni terus share dengan my parents.. and my parents pun kate dia baru tau..

Hanim said...

Baru tau. Maknanya, buku peribahasa masa skolah rendah dulu salah jugak la rupanya. ngeh ngeh ngeh

Chekgu Azrine said...

just noticed that.. huhu

CatlinaFly said...

huhu baru tau...kesalahan yang sewius bangat!!!lain dah jadi maksud dia kan..

happy new year to u and family ye suzie

Effi Rahmat said...

pengetahuan yang sangat berguna.. terjawab persoalan.. tq for sharing.. :)

Cik Bambam said...

puas dari dulu memikir..

pagar ada gigi ker nak mkn pagi?
then apa kena batuk kat tepi tangga lak? hehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails