Wednesday, 4 January 2012

Kecoh2 Kes Amalina | Ibunya restu berpakaian begitu rupanya

kecoh2 psl Amalina...dh kuar pun statement ibunya...uolls dh baca ker belum?

ni me amik dari SINI

Sebelum anda baca laporan penuh; saya amat tertarik statement dari ibu Nur Amalina Che Bakri:


SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.


“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Apa yang saya boleh simpulkan di sini…apahal kita semua sibuk memperkatakan tentang pakaian Nur Amalina Che Bakri yang seksi dan bergambar dengan lelaki mat Salleh, sebab ibu beliau sendiri yang belikan pakaian tersebut untuk Nur Amalina Che Bakri.

Satu lagi, ibu Nur Amalina Che Bakri mengenali semua rakan-rakan lelaki yang bergambar dengan beliau, jadi kita semua tak perlu risau dan sibuk jaga tepi kain orang, walapun pergaulan lelaki dan perempuan dengan buka aurat memang sah haram di sisi Islam…kalau kita nak berdakwah sekalipun…cuba la dakwah orang di sekeliling kita dulu…kes Amalina Che Bakri ni tak apa..sebab ibu dia meredhai beliau berpakaian seksi dan berkawan dengan lelaki bukan Muhrim…

Ok, ini adalah copy dan paste laporan daripada Berita Harian pada 4 Januari 2011, bertajuk, Ibu sangkal tohmahan blog, Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Badrul Kamal Zakaria, bhjb@bharian.com.my

JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.

Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.


“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.


“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.

Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.


note : ibu2 zaman moden * sigh



25 comments:

Mama Mirza said...

terkadang niat kita baik untuk menegur dan mendoakan yang baik-baik untuk orang lain, tapi hakikat yang semua insan itu berbeza.. memang tahap keimanan tidak dapat dinilai melalui pakaian tetapi pakaian juga mencerminkan sesuatu bukan? akhir zaman ini, kita memang cuba selamatkan orang lain terkadang selamatkan diri sendiri dan keluarga sahaja yang mampu kita buat.. dunia sudah semakin ramai bijak pandai yang terlalu pandai.. :(

Lelord said...

hehhhehehhehe

MamaYatie said...

sebelum pegi UK dia mmg jenis on off bertudung..kalo dah mak dia merestui, siapa kita utk berkata2 kan...huhu

amiey lee said...

wahh modennye ibu amalina smpai belikan pakaian gitu hurmmmm

mama maman said...

speechless jika dah mak dia ckp gitu.. aduhai.. betul la tuh eks.. ibu moden.. tp jika sy, takmo la anak gitu seksi dan bebas bergaul.. lagi byk mslh je.. wlpun sy ada anak lelaki je.. hehehe... dunia nih mcm2 skrg..

Zue AnnaLeeya said...

ader gak baca kes amalina nih...
tulah kan... ibu dia tak kisah pon, jd apehal kita nak kecoh kan????
dah ibunya restu.. biar jerlah...
hrmmmmmmm.....

blog-tips-kurus said...

hhhmmm... kalau IBU kandungnya sendiri sudah memberi penjelasan sebegitu, kita harus hormati mereka.

*tingkatkan prestasi, jauhi kontroversi-Melodi!!

me suya said...

betul lah komen last MZ.. ibu2 moden

azlin mrs'Hairil said...

sebagai ibu..walau sejahat or seburuk mane perangai anak itu,
si ibu maybe nak back up anak die..mane ade ibu yang sanggup tgk anak mcm tu..kita tak tahu mcm mane perasaan si ibu itu..belakng kite mungkin2 die menangis sakan kot.

Nana said...

kesian mak dia..tu je nk ckp

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tak tgok pun citer2 blog amilina ne sbb kadang2 blog ne ada je cara nak melariskan blog masing2.. tak berapa suka sangat baca isu2 fitnah mcm ne.. tak baik..kalau kena kat anak kita camana?

baik ila baca blog MZ yang selalu menang lagi suka+teruja!!

zaidah said...

dah mak sendiri restu...kita orang luar tak leh kata apa2.....

Ahmad Nizar said...

Senangnye bercakap, kalau mak dia dah restu, kita dah tak bole buat apa2? Dakwah? Tegur? Lemahnye kita sbg seorang umat Islam. Mak dia bersuara sbb nak backing anak dia, alang2 dah termalu....understandable.... Tp kita yg cepat sgt angguk dan restui jgk tu apa kes? Maybe mak dia yg perlukan dakwah kesedaran sebenarnye....

cikpia said...

lantak pi kat dia la......... *sigh*

izaFiza said...

kesian kat mak dia.

deq su said...

Doakan saya menjadi ibu yang boleh membimbing anak ke jalan Allah ye.. dan saya doakan kawan-kawan jugak begitu.. **gerun baca kenyataan ibu amalina nie..

AyuArjuna BiGoshh said...

hmmmmmmmmmmm........sayangnya cemerlang dari akademik tapi bila berpakaian tak mencerminkan peribadi seorang islam...itu jerlah, kalau jadi kat anak2 kitapun...kita kenalah ingatkan anak kita balik kepada tuntutan islam....pakailah pakaian menuntut aurat... :)

Ummi Dania Yasmine said...

wahhhhh confirm ni mak moden ni. Tapi x salah juga kita saling berpesan-pesan sesama islam.....tapi speechless juga kalau jadi macam ni. Mungkin mama dier jenis islam on off juga ni.....

Sayang Amalina, cemerlang dalam akademik tapi.....

deqlis said...

hmm moden2x pun...klu ikutkan cara ISlam pun boleh nak berpakainan moden cara islam...bukan sebegitu... yg peliknya...Amalina sbg seorang yg terpelajar dan berilmu tinggu sepatutnya diri dia sendiri menolak utk berpakaian seperti itu sungguhpun ibu sendiri yg membeli utknya...(dlm Islamkan jika apa yg di suruh oleh ibubapa sekalipun tidak perlu dituruti sekiranya bercanggah atau haram di sisi hukum Allah)

Oyis said...

utk adik2 hok baru nak duk SPM, x sah amik la hok x brp molek wat role model. better contohi adik siti fatimah mukhtar, jauh lebih baik. nak contohi kak suzi fadhilah pon bole jg ;)

http://www.youtube.com/watch?v=vkLu3LhZPo0

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

tak tau nak cakap ape, dah ibu dia yang corakkan dia begitu maka begitu la jadinya hope kita memberikan corak yang betul untuk masa depan anak2 kita, lebey2 lagik anak girl cam anak kita ni

Ahmad Nizar said...

Dipetik dari status FB Ustaz Zaharuddin:
Setiap anak lahir dalam keadaan suci, ibubapa akan berperanan besar untuk menjadikannya seperti Yahudi, Nasrani, Majusi atau menjadi Muslim yang sebenarnya. Ibubapa DERHAKA kepada Allah dan anak apabila mengabaikan takrif kejayaan sebenar yg boleh membantunya & anak untuk melepasi alam dunia ini. Bukan sekadar kejayaan atas kertas. Wahai ibubapa, insaflah kita, telitilah tugas kita, didiklah mereka dengan sifat malu bersalut AGAMA. Jangan sesekali dibelikan seluar @ baju 'berlubang untuk si anak gadis', kelak nanti musibah bertambah pedih. Nabi sabda :"Jika kamu sudah tiada malu, (pasti kamu akan) lakukanlah apa shj.........
Renung2 kan lah semua ye.......

Ahmad Nizar said...

I think mak moden tu tak sesuai. Lg better kalau guna term mak jahil. Sbb kalau islamic, tak salah jadi moden.....yg penting syariat Islam diutamakan !

Chekgu Azrine said...

sometimes ibu2 zaman skang lebihkan sangat anak2 walaupun mereka buat benda2 yg tak betul dan haram.. huhu..

abu idris said...

arrayah.info : Ariff Gay dan Amalina Seksi - Bukti Kegagalan Produk Sistem Pendidikan Sekular

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails