Thursday 30 April 2015

entry pukal | apa jua rezeki saya syukuri

entry sempena ari terakhir bln april...of course utk rekod MZ shj ni...

some lil goodies rezeki bln ni

(1) voucher aeon RM100 jer..dari friso redemption promo (upload pics ikut tema then redeem hadiah2..)..sempat gak redeem tix sunway lagoon (1 adult & i child) for my sis..


(2) goodies dari contest papermate, utk early birds...GP winner is one comper yg juga my FB fren..beshnya dia dpt gi holiday kat US (value RM15k tu hadiahnya)..moga2 ada rezeki utk my family holiday kat obersi thn ni..


(3) my name sangkut conso contest nivea..dpt vou guardian RM200..lom collect pun...dh mintak tlg my comper fren utk collect kat opis Nivea kat PJ



(4) rezeki dari Blu Inc..nama my niece sangkut vou spa dari magz Shape..tp lom dpt lg pun ni hadiahnya



(5) and lg rezeki dari Blu Inc..sangkut utk hadiah perfume Burberry..contest dlm magz Cosmopolitan..


dh selamat collect dan selamat let go pun..syukur..rezeki lil razeen--boleh beli susu etc hehehe


(6) sangkut contest unilever @aeon big..menang conso ajer ie thermopot tu...syukur...balik modal gitu :)..tp lom dpt lg hadiahnya...katanya nak antar within April tp masih lom sampai kat tgn me alahai



(7) tiba2 dpt call dari magz Pearl-AEON (18/4)..surat yg me antar terpilih as one of 13 winners letters to editors..so akan publish dlm Pearl Magz May-June 2015 kot...dpt hadiah perfume Polo :) kena tunggu surat utk gi collect perfume tu..


(8) nama sil sangkut utk promo sinar tunaikan bil...syukur alhamdulillah...bil value RM280+ :)



(9) last but not least..citer psl impian me utk my zharfan..terpilih as one of 20 winners contest horlicks malaysia (online/fb)..syukur sgt2 ;) katanya cek will be couried mid or late may nanti



Wednesday 29 April 2015

The best birthday present ever

even simple2 lil things are always sweet when it is done with true love and sincere heart..
anyway, on my bday yesterday...nothing much happened hahaha..it's just another plain tuesday...

tp ada fenomena HALOO ie ada rainbow kat sekeliling matahari...my students yg inform time me dlm kelas..so me pun pegi tgk kat langit kat kuar kelas...betullah....cantik sgt HALOO ni...
then byk dpt pic dari wasup and nampak gak pic kat FB wall my frens..
then me ckp kat my students...kebetulan sbb my bday ari ni hahahha
diaorg pun tiba2 jer nyanyi epi besday to me...so me pun #blushingmode :p

then dlm keta, lps amik my zharfan from school, zharfan kata he's got good news...
rupan2nya zharfan dpt no 7 dlm kelas in his exams penggal pertama..very very good achiement sbb zharfan aim nak top 10 dlm kelas..lps ni aim top 5 plak katanya...proud of him :)

and then balik umah..me selalu penat..flat as usual..
so lps maghrib selalu tertidur bersama2 lil razeen
then mr hubby setelkan basuh kain, jemur kain, basuh pinggan mangkuk dlm sinki, kemas2 umah...i really appreciate it...sbb mr hubby pun keje penat tp he still does that for our family ...tq dear...

then my adik and my sil called, tanya my size cincin..sbbnya my sil tlg redeem Debeers diamond ring for me (the prize tu under my sil's name)...so chop/tulisan kat authenticity card tu tulis 28th April...ngam2 tarikh my bday..
so pg td, my sil dh dtg antar that ring to me..very nicely wrapped...coz she informed SA kat Debeers KLCC tu..nak bg hadiah utk kakak--that' so sweet of her ;)

nilah hadiahnya...Debeers Platinum Ring..RRP RM7,700--pengsan tgk harga...but not convertible to cash..so pakai selagi ada hayat gitu..actually riben tu kaler biru..snap2 jd nmpk mcm black kaler plak..



syukur atas segala nikmatnya..
esok hari yg sibuk..kena gi daytrip melaka utk urusan keje (research work)..

Tuesday 28 April 2015

Selamat Hari Ulang Tahun..Mama Zharfan, Ariff & Razeen

syukur alhamdulillah kerana masih dikurniakan peluang untuk bernafas di muka bumi nan fana ini..dipinjamkan usia olehNya..selangkah lebih hampir menuju alam abadi nan hakiki

mlm semlm sempat jugak kuar mkn dgn kekasih2 hati MZ...mkn2 kat Secret Recipe..and sempat ber-wefie sbg kenangan di masa dpn..

pic fresh from the oven..selfie @9 am ie seblm masuk kelas..td kelas 9-10 am..ari ni pakai fav kaler ie pinky2..pakai tudung yg me suka gak ie brand chenta watie scarf

gmbr slps siap mkn..gmbr sebelum mkn tak snap sbb kalut dgn 3 org anak :p

red velvet yg sedap



thanks to all frens (juga my siblings and family)  yg sudi wish kat FB, wasup & insta

pg2 td my mom dh call utk wish my bday..and sembang2 dgn my mom setengah jam..just before masuk kelas...rasa happy bila dgr suara si dia yg jauh di mata
tq mr hubby sbb dh wish semlm and wish lg pg td...hadiah tunggu dpt gaji katanya jeng jeng jeng...

salam hari selasa nan indah
wassyukri lillah ..utk segala nikmat yg tidkat terhitung

Monday 27 April 2015

Re: Studying abroad

semlm nmpk my FB status of my niece yg tgh study kat Ireland tu...i share her view & feelings of course ;) study local pun ada pros and cons..study overseas pun ada pros and cons..cuma bila kat tmpt org..boleh rasa byk new experience..tu one of the bonus lah..of courselah rasa jeles tgk my niece post mcm2 pic holiday yg dia dh pegi...rasanya sgt byk tempat2 yg dia dh travel..sbb single..senang nak travel..dulu me kat notts dgn family ..travel kena angkut semua heheh ;)



salam hari isnin..
minggu ni me sgt bz dgn keje...

Thursday 23 April 2015

digoda tergoda

suatu waktu dahulu..sogo ni tempat me lepak2 or window shopping time lunch hour..almost everyday pegi sogo...that was sometime back in 2001-2003..ie masa me bujang2..me keje kat UOB HQ ie kat jalan menara laut...across the road jer...so memang lah wajib sign up jd member sogo..sogo plak selaluuuu jer ada mcm2 sale etc

then lps tak keje UOB pun, masih lg pegi sogo wpun jrg2..
now..setelah ada 3 org anak ni..dh lamaaaa sgt2 tak gi sogo..
in fact mcm lamaaaanya me tak drive masuk KL..
pegi sogo ni leceh bab2 parking..kalau pegi lewat biasanya pyh nak dpt parking sbb limited basement parking..driving masuk KL pun satu hal..kdg2 jem etc..unexpected gitu..

so me selalu dpt lah kad2 dari sogo--bukan kad apa tapi kad goda2 me utk renew membership LOL :P :p

windu gak nak gi sogo..me suka sogo sbb sgt byk choice bj2, kasut, handbag, bj2 baby gak..



tergoda gaklah tgk promo kad ni...tp bergantung kepada keadaan wallet...
lebih2 lg zmn GST ni...

salam hari khamis uolls!!

Tuesday 21 April 2015

Antara terbeban dan tidak..

pembuka kata...syukur bagi yg ada income monthly, tak kisahlah income mkn gaji or income business or even dpt monthly allowance from spouse pun..
not sure about others, tp for me yg kategori middle income earner ni...memang terasa sgt2 dgn bebanan gst...of course kehidupan mesti diteruskan..bebel dlm hati jer...of course tak redho kalau hasil kutipan GST tu disalahgunakan ....

last week pegi service keta..normal service jer pun..bkn major service..biasanya normal service around RM300 jer kosnya (last service in january around RM280+)...last week, service keta...kena RM375..GST alone is RM21...RM21 tu for me memang bebanan sbb boleh cover my lunch expenses utk 3 hari (me spend around RM6+ for daily lunch)... :(

and tiap kali singgah beli apa2 kat giant or aeon..memang jelas terpapar kos GST yg dibayar--oh yeah..gst ni 'adil' sbb semua org pun kena byr bila beli brg..even beli groceries pun..item yg kena byr GST tu mcm lg byk dari iteam yg zero GST...anyway, rakyat marhaen...redho jerlah kot...sedey gak bila beli toys utk my boys pun kena byr GST...:(

my colleague (full professor age 50-Jusa A) yg income RM20k monthly pun ada komplen2 psl GST ni..kiranya kalau income RM20k pun boleh komplen, apatah lagi yg bilis2 mcm me ni...

sekian bebelan di tghari..life goes on..tp byk benda kena re-plan, re-think, cut here and there..

pic hiasan semata2...terapi diri...my cik dora...of course me dh slow down with my dora collection sbb menampung gst daily ..and agak2nya berapa yer total GST yg kita semua byr utk 30 days of april ni..


Monday 20 April 2015

Countdown

dh dekat dh ramadhan...countdown lebih kurang 60 hari kot...so ari ni dh 1 rejab..opps i ada satu lg hari puasa yg belum diganti..insya Allah nak puasa ari khamis nanti kalau tak de aral..

sajer nak share...taken from this LINK

BULAN REJAB: KEMULIAAN DICEMARI KEPALSUAN
Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan. Antara amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.

Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya; kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).

Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan. Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).

Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis palsu ialah:

i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.
iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.
v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.
vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.

wallahua'lam..

pic hiasan..windu kat budak kecik ni...mommynya sgt bz dgn keje..tp Insya Allah sempat gi tgk jap time lunch :)




Friday 17 April 2015

DSLR kat mana..DSLR kat mana...

dh sgt lama me tak guna my DSLR..sbb tak de pegi holiday kat mana2 tempat besh pun ie tak de mood nak usung DSLR wpun thn lps ada jugak pegi cuti2 msia... :p and bila pegi mana2 pun sekadar snap2 guna s4 ajer..

so ari rabu ptg ie ari bday my lil ariff, lps beli bday cake..ingat nak PS snap2 pic berlima...kuarkan DSLR dari almari (simpan dlm almari :p)...then nak on tak boleh...rupa2nya bateri abis..so kena charge dulu lah..
so akhirnya guna s4 and monopod juga akhirnya..
and razeen plak dh zzzz time weolls snap2 ni (lps maghrib)..so pic ber4 ajer...kenangan bday utk lil ariff...
and everyone of us dok tertunggu2 nak gi holiday 1st may nanti ;)


kek bola..beli kat Kings Confectionary Sri Gombak











Wednesday 15 April 2015

Today 6 years ago..

Dear my lil ariff a.k.a Ahmad Ariff Shah,
Happy 6th birthday,
Thanks for coming into mama's, papa's and ur abg zharfan's life,
U add joy and cheers to our family,
U are a blessing to me, when I was doing my Phd,
U will always be my lil baby, my heart & soul..
and I will always pray for you...for the best of everything in life..
here and hereafter...amiin

latest pic..taken last sunday..ariff and abg and adik and papa



Tuesday 14 April 2015

something is around the corner

byk plak dpt sms yg cenggini (ie mcm gini)...


errr...
dh semakin dekat plak 'hari tua' me...
one year older..many2 steps wiser..insya Allah
sesaat masa yg berlalu...means selangkah dekat menuju alam sana..
anyway, my bday end of month nanti...kalau panjang umur lah :) :)

do u really celebrate ur bday?
kalau baca kat fb etc...there's a new way (mcm anjakan paradigma gitu) of celebrating our bday...mcm saranan ustaz2 and pakar motivasi..ie bday tu hari utk kita menghargai our mothers..yg telah melahirkan kita...insya Allah moga2 dpt teruskan bg elaun lebih sikit utk my mom setiap kali dtg hari my bday ni :) sementara Tuhan masih panjangkan umur si dia (my mom) utk me menumpang kasih...alhamdulillah

Monday 13 April 2015

asleep | busy finding money

setiap kali pegi amik hadiah kat Blu Inc..biasanya me akan lalu jalan kat hadapan kedai ni (somewhere near CFS)



tak tahu kenapa..tertarik dgn nama kedai ni..and kombinasi kaler pun mcm sweet jer..sesuai dgn nama kedai..and tak tahu kenapa..teringat kat one kedai kat notts...DUNELM nama kedai tu..konsep yg sama..ie jual benda2 gitulah..termasuk bedding etc..

and ada one day tu..kat traffic light greenwood..ternampak plak sticker ni..


oh yeah..everybody pun busy cari duit kan..survival...era gst ni..money is everything...

salam ari isnin
moga2 kita semu sentiasa dimurahkan rezeki..amiin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails