Monday 30 September 2024

#8 Check-in our airbnb homestay @Radford

lps setel beli sedikit groceries kat Asda, kami terus menuju ke homestay..dekat2 area tu jugak lah..ie Radford, which is near Hyson Green, semua pun dlm Nottingham.
MZ search and book homestay via airbnb, dan memang payment dh byr siap2 via credit card. harga homestay yg kami duduk ni ie 4 hari 3 malam ialah RM2052.50.

access key code tu tuan rumah dh bagi via mesej (airbnb apps), nama tuan rumah tu 'Abdul' (gmbr profile nmpk mcm black man), memang tak jumpa pun tuan rumah, sbb check in check out via key/access code jer.

ni gmbr zharfan yg snap...ariff yg in charge utk bukak kunci ;) segala benda teknikal memang ariff ler yg akan buat (he's talented in that)

that's our cute homestay - rumah No. 50. (rumah teres 2 tingkat, with 2 bedrooms and one toilet)

ni kat ruang tamu. deco2 yg sgt cantik laaa...modern minimalis gitu..memang masa booking pun, MZ fell in love masa tgk gmbr2 kat airbnb tu...dan memang in real pun cantik mcm dlm gmbr iklan (airbnb)

rumah ni ada games room...actually ni dining room (ada meja kecik utk dining kat corner). kat games room ni ada tv jugak (selain tv utk setiap bedroom)

ni kitchen...mr hubby in charge sepenuhnya bab masak2 memasak sepanjang2 cuti2 UK (MZ rasa mcm princess hahahah sbb tak pyh masuk dapur langsung!) anyway, masak2 tu biasanya utk breakfast (sbb time lunch memang makan kat luar)

ni bedroom for boys..setiap bilik tidur ada tv...my boys share lah katil double ni ber3 (lucky razeen masih kecik), anyway ada jer tilam nipis/toto kat dlm stor rumah ni in case saper2 nak tidur atas lantai/tak muat katil.


ni toilet/bathroom..memang konsep dry toilet kat mana2 rumah kat UK ni...

nilah bilik MZ dan mr hubby..luas jugak bilik ni (lg pun tak de wardrobe, cuma ada rak utk gantung2 baju, dan juga ada long mirror) dan ada dressing table  jugak opposite the bed.

wefie for the memory! rumah kami kat Msia pun tema grey mcm homestay ni jugak..so kami memang suka sgt2 dok sini wpun hanya utk 3 mlm..selesa cozy cantikkk sgt!

ni videos room tour


next entry : down memory lane..revisit rumah sewa lama dan sek zharfan...

Sunday 29 September 2024

#7 Nottingham here we come! | Subaru Forrester, Kyber Grill, Asda

fokus utama cuti2 UK2024 ialah trip menggamit kenangan, down memory lane...sebab MZ sangat2 rindukan tempat MZ belajar...I was in Nottingham from Sept 2007-March 2008 (pergi berseorangan), then I went there again with my whole family ie mr hubby, zharfan dan ariff from Dec 2009-April 2011..overall hampir 2 tahun MZ stay kat sana..tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat belajar dan menimba pelbagai pengalaman..

so pagi Isnin 16/9/24, weolls naik train EMR (East Midlands Railway) dari London St Pancras International Station...perjalanan dari London - Nottingham memakan masa 2 jam...memang sblm2 ni pun kami naik train dari Notts to London, pernah jugak naik train dari Notts to Manchester, dan dari Notts to Sheffield, sgt selesa convenient la travel by train ni.. harga tiket train (return tix) 3 adult 2 child ialah GBP 256 (RM1564). memang dh siap beli online masa kat msia lagi, so just guna printed ticket tu utk scan QR code utk masuk ke station/tmpt naik train.

MZ tepek pics yer..

ni posing2 kat London St Pancras International Station

besar dan selesa station ni..dan ramai org! tp time ni agak awal pagi so tak ramai sgt (compared masa kami sampai ke sini semula OTW nak gi heathrow, org tersangat ramai masa tu sbb waktu tghari)


salah satu kedai yg ada...beria posing sbb kat msia pun ada branch EL& N ni kat pavillion kuala lumpur, MZ dh pernah mkn2 kat situ..yg kat St Pancras ni tak halal la hehehhe

ni sebelum naik train..nak jugak wefie tp kena cepat2 gitu...



gmbr dlm train

wefie


ni masa on board of train..MZ mcm kagum tgk binaan ni (rasanya generator), sgtlah besar saiznya ala2 piramid gitew

finally....dreams come true! kami direzekikan utk jejak kaki di sini lagi..setelah lebih 13 tahun kami meninggalkan bumi Notts...kuar jer dari train..sejuk sgt suhu kat Notts berbanding London...suhu below 10 C (around 7-8C)

dari train station, kami amik teksi (tambang GBP 22 sebab teksi tu besar ie versi MPV so muatlah 5 of us dan our 3 bags) utk gi collect keta yg kami sewa (actually ada miscommunication, sbb asalnya request suruh staff company tu pick us up, tp tak jumpa plak kat mana staff tu tunggu)..so nilah keta yg kami sewa ie Subaru Forrester. best sgt keta ni (luas selesa dan ada sunroof yg boleh bukak atas tu)..seat pun ada heater (boleh panaskan seat time mula2 naik keta sbb selalu rasa sejuk ala2 beku dlm keta tu)

nilah nama company tu ie enterprise rent-a-car..famous kat UK..anyway, kos sewa keta utk 3 hari ie 16-19 sept termasuk insurance ialah GBP 355.43 (RM2094.54), dan kena byr jugak refundable deposit GBP200, tp dh dpt balik pun depo tu masa return keta tu.


setel jer amik keta, nak check in airbnb homestay tak boleh sbb belum pukul 2 pm lagi masa tu..so kami pergi Asda @Hyson Green dulu!!! memang menggamit memori sgt2 sbb kat sinilah kami selalu shopping groceries zmn kami dok Notts dulu!

lps tu kami menapak ke Khyber Grill (dulu2 nama restoran ni Kyber Pass)..tu mr hubby tgh khusyuk memilih makanan...ni antara mknn yg mr hubby craving laaa sbb tak de kat msia ie ayam grill khyber (ala2 nandos) tp resepi/masakan pakistan..





kami ronda2 menapak jugak kat kedai2 berdekatan..tmpt yg kami biasa pergi laaaa those days


we gonna miss this place definitely...

mr hubby memang order full set lah ayam grill tu (seekor) dan tambah side order grill mutton (kambing) dan amik kari jugak (rasanya kari kambing jugak laaa)..total GBP50 (RM290).. memang sgt2 sedap...tercapai sudah hasrat di hati mr hubby dan jugak kami sefamili..alhamdulillah.

tu karinya

kenangan mkn2 terindah gitewww sbb beribu batu jauhnya dari msia

ni masa sesi ronda2 Asda...now dh ada halal section ie daging dan ayam halal..sempat gak kami beli utk masak2 simple2 kat homestay (kami mkn2 kat homestay time breakfast biasanya)..zmn kami dok Notts dulu2, ayam halal kami beli kat medina ajer, Asda lom jual lagi ayam halal time tu.


Asda: checked!

air evian ni murahhh lah kat Asda..sbb imported from France kan ie dekat2 jer dgn UK..so memang MZ beli dan minum air ni lah sepanjang2 cuti2 UK ni..harga memang lagi murah dari msia even lps convert pun! GBP 3 tu utk 6 botol 500ml (RM17.40), if kat msia, harga sebotol 500ml tu around RM5.50 (sbb MZ selalu beli so I know the price). anyway, we spent GBP 16.14 ((RM 93.60)) utk kos beli2 air, dan some other stuff kat Asda tu)

next entry : check-in our airbnb homestay in Radford, Notts.

Saturday 28 September 2024

#6 Thames River Cruise & Singgah Primark Oxford Street

sambungan entry semalam..

lepas setel lunch dan posing2 kat area Tower of London, kami q utk naik Thames River Cruise...emm ari ahad kan so org sgtlah ramaiiii...so tak dptlah nak posing2 dgn aman kat atas cruise tu (tak dpt create gmbr2 tahun 2011 sbb masa tu naik cruise yg sama tapi time winter dan orang tak ramai..

jomlah MZ tepek pics..

Thames River cruise tu kami naik dari port/station yg last, so location-wise membelakangi the famous Tower Bridge...dan bila cruise tu mula bergerak..jadi semakin menjauhi Tower Bridge tu (kami naik port berbeza masa tahun 2011)

antara gambar2 yg sempat dirakam masa atas cruise..org tersangatlah ramaiiiii...sipi2 jer nampak Tower Bridge as background..priceless memories to cherish.

ni zharfan yg snap

ni gmbr masa sblm naik cruise..lighting/arah cahaya matahari tak ngam so tak leh nak posing2 berlatarbelakangkan Tower Bridge tu (muka jd gelap, try jer posing2 so memang tak jd elok lah gmbr2nya)

wefie! tgk berapa ramai org yg naik cruise tu...memang padatttt

ni gmbr posing2 lps turun dari cruise dah...ie kami naik balik HOHO bus dan akhirnya turun kat one station somewhere near oxford street...gigih menapak nak gi tmpt shopping sambil tu singgah posing2. MZ suka la UK Royal Mail post box yg dicat warna merah terang ni...

MZ juga sgt suka bangunan2 european classic design ni (typical view kat mana european countries)

my 4 heroes ;)



my razeen..ni masa singgah kat hamleys (besar betul sbb byk tingkat!)

setelah agak lama kami menapak (dlm 45 minit kot jln2 kaki santai), so nilah pit stop terakhir utk sesi kami ronda2 london ari tu (to be exact on 15/9/24). Tak byk mana pun kami shopping kat sini..total spent GBP 31.80 (RM184)..dan lps tu kami balik hotel naik london taxi! yg bentuk classic cute tu! 
ada 2 keping gmbr candid jer (dari hp zharfan) sbb time tu semua org dh exhausted ie dh lewat ptg (memang sehari suntuk ronda2 tu ie naik HOHO, cruise dan sesi menapak)..Tambang teksi ialah GBP 18.70 (RM108)

tulah teksi london yg kami naik..

memang luas/spacious lah teksi london ni..muat sgt2 utk kami ber5...err MZ ala2 terlelap/pejam mata jap tu sambil bersandar dgn penuh selesa :p

MZ : 2007 vs 2024

videos low reso (saved from IG story)
ni video masa tunggu nak naik cruise

ni video atas cruise

next entry : off to Nottingham...dan trip menggamit memori!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails