Thursday 14 December 2023

Bihun sup daging terbaek

MZ adalah penggemar bihun, dan juga masakan berasaskan sup

last weekend, weolls singgah mkn kat gerai area taman melati (dekat2 dgn flat2 kat situ, juga bersebelahan dgn pagar belakang masjid taman melati)

puas hati laaa sbb dagingnya byk selambak, bihun pun byk portionnnya (MZ tak abih mkn bihun tu)...tastewise pun kena dgn tekak weolls

then weolls order jugak cendol special ni...dia letak aiskrim (tapi perisa durian la plakkk, so bau dan rasa durian tu mendominasi cendol ni, yg mana MZ tak berapa gemar sgt laaa, tp mr hubby suka jer)

salam hari khamis uolls!
ari ni MZ ada kelas 3 jam

10 comments:

Ammi said...

ammi pun penggemar mihun. Dulu2 kalau makan mee mesti kembung perut sekarang ok sikit. Tapi selalunya standby la juga Eno ataupun gaviscon

mama tisya said...

bihun sup utara tu sbb color kuning....ada isi daging byk mmg best

mummy_ayu said...

morning sis MZ...baru la berkesempatan nak jengah sini
wah..menarik, banyak daging nya tu

adnil linda said...

kene try jugak nie...selalu beli area belakang hosp je...lepas tu dekat ngan Masjid...ahhh...sudah lupa nama tempat dia...hahaha...

Mulan said...

Nampak pun sedap sangat, daging banyak.

shaizhar said...

Assalamualaikum. apa khabar? Membuat kunjungan balas. Dah lama juga tak makan bihun sup daging.

Kakmim said...

samalah kita peminat mee hoon... tambah lg meehoon sup utara... kalau ke kl mmg itu kena cari di pasar malam

fanny_dcatqueen said...

Ampuuuun liat bihun daging nya 😍😍😍. Teringin pulaaak sayaa 😄🤤🤤. Kenapalah jauh sangat iniii hahahaha.

Cendol spesial tu saya pasti suka. Krn pecinta berat durian lah 😄😍

Time Traveller said...

Bihun sup kalau daging selambak macam ni memang puas hati makan :D

Ezna Khalili said...

Bihun sup viral ke ni Suzz? I suka bihun sup utara ni. Kalau ada ice cream durian I tak suka sangat....tapi durian tu I makan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails