Wednesday 13 December 2023

My Implanon Journey

jalan hidup kita semua berbeza, perjuangan pun berbeza..
MZ suka baca entries psl TTC journey (IVF etc), so that we should more appreciate whatever that we are blessed with..syukur selalu.

About my Implanon (salah satu option family planning)...it has started way back in 2010 ie massa MZ kat nottingham, UK...sbb time tu kan study so memang tak bolehlah suka suki nak tambah baby ker apa...lgpun MZ baru jer bersalinkan ariff masa 2009, so bwk ariff ke sana masa umur 8 bulan..

so here are all the records/cards yg MZ simpan (rasanya tak de yg missing or missed out ni)

ni my 1st time pakai implanon...FOC jer sbb kat UK memang sgt2 encouraged lah family planning ni (ala2 wajib jugakkk)

setiap cycle/pakai will last for 3 yrs. then kena remove then pakai a new one...utk yg tak tahu, implanon ni pakai kat bwh kulit ie kat lengan (kiri)...kecik jer, mcm mancis, dlm tu ada hormon


kat Msia ni, MZ pakai implanon kat klinik LPPKN (selayang)...kos RM500+...latest MZ pakai last month, total cost RM520...anyway kos utk remove RM100+...guna bius setempat jer...proses utk pakai tu biasanya prosesnya sgt cepat (dlm 2-3 minit jer) 

ni semua kad temujanji ie follow up check up etc to make sure luka tu sembuh betul2...biasanya tak de prob pun sbb luka kecik jer, sembuh 2-3 days (based on my previous experience)

as a matter of fact, semua jenis family planning pun ada side effect sbb melibatkan hormon changes, tp so far MZ boleh tolerate dgn side effectnya, lg pun dh byk cycle pakai benda ni, kiranya dh biasa dan serasi..(MZ pernah jugak try yg depo injection every 3 months tu tp leceh, so sempat inject sekali jer then mls dah hahahah)...masa nak preggykan razeen, of course stop pakai implanon ni jap, cepat jer menses to back to normal ie almost immediately lah.

sooo.....sampai bila nak kena pakai implanon niiii---haaa jwpnnya selagi ada menses laaaa!!!(my mom and my elder sisters diaorg menopause at the age of 56!--biasanya benda2 gini genetic based)

apa2 pun, anak adalah amanah dan anugerah terindah, dan kita pastinya akan berusaha utk berikan yg terbaek utk zuriat2 kita kan...
MZ direzekikan dgn 3 zuriat lelaki, dan Insya Allah, MZ dan hubby are trying our best to raise our children :) ikut kemampuan kami berdua :)

salam hari rabu uolls!!

10 comments:

Ezna Khalili said...

Salam rabu Suzz.....bila dengar cam bius la apa I naik seram. Apa pun kita berusaha kan....

Ammi said...

Ammi dah tak risau bab ini lepas gave birth to my youngest. Walaupun masa tu umur baru 35 tapi ammi opt for BTL terus. Mmg taknak pregnant lagi dah.

Doc masa tu siap suruh fikir banyak kali...just in case tukar fikiran kalau dah buat BTL no more turning back.

adnil linda said...

MZ LPPKN tu yg dekat bangunan kedai tu ke?dulu kat hujung ad kedai ninso kan?Linda nk call utk tnye remove IUCD pun x tertanya2 lagi...ke ad lagi LPPKN lain??x habis pusing lagi selayang nie...kikiki

Mama Zharfan said...

@adil linda: ha ah, memang kat bangunan rumah kedai tu laaa...nampak dari jln besar...memang satu tu jer klinik LPPKN kat selayang tu

adnil linda said...

orite tenkiu MZ...kita amik dah no telefon tu..nanti nk call lah

mummy_ayu said...

oo.. banyak kali dah sis MZ pakai ni. memang dah biasa la
MA x pernah pakai so x tau la kan

Kakmim said...

sy dlu mkn pil je selepas ceaser anak pertama... ambik 3 tahun je then stop terus peknen... lepas tu mmg xde ambik perancang dh sampai skrg... semoga dipermudahkan urusan kita as a parents ni kan

Suria Amanda said...

Alamak....agak- agak SA boleh ke amik implanon ni erk? hahahaha...SA memang x pernah la pakai..xde pengalaman langsung..pengalaman mengandung pun sekali tu je..

fanny_dcatqueen said...

Betuuul kak, penting untuk plan hal macam nih. Supaya kita bisa sesuaikan dengan kemampuan dan rezeki membesarkan anak. Mereka memang rezeki, tapi tak lah kita lahirkan tanpa perencanaan matang kan.

Saya sendiri pakai IUD, dah sesuai dengan ini 😄. Tiap 5 tahun ganti. Masing2 sesuaikan dengan tubuh sendiri. Terkadang ada yg tak cocok, ada yg cocok kan.

Time Traveller said...

Doktor di hospital ada bagi cadangan juga untuk implant benda ni tapi mula-mula rasa take ubat sahaja .. tapi in 3 month amik ubat body wife tak boleh terima sakit-sakit dan period tak betul. so macam susah then till now tak cucuk tak amik ubat.
Alhamdulillah almost 10 years of marriage dianugerahkan 4 orang anak. dan betul ianya mencabar sebeb beza semua dlam dua tahun lebih. Tapi amanah dan anugerah kan.. its our future investment :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails