Wednesday 22 February 2012

Gugur jua air mata ini...| marilah kita membantu

entry ni me copy paste sepenuhnya dari blog mazidul akmal...me ada gak baca kat blog teratak karmo

FARIS SELEPAS KIMOTERAPI KE 4 (BIL HOSPITAL HAMPIR MENCECAH RM100,000)

Petang tadi saya menghubungi ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, Shamrulismawi Ismail melalui panggilan telefon bimbit.

Berikut gambar pertama dihantar kepada saya.

"Ini gambar dirakamkan petang semalam. Masa saya bercakap dengan dia, Faris mampu membuka mata dan menganggukkan kepala," ujar Sham.


Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.

'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....

Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya


Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?

Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam

Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....

Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh'


"Gambar kedua, saya rekodkan selepas Faris menjalani rawatan kimoterapi di antara jam 12 tengahari dan 2 petang tadi. Dia diberikan ubat tidur untuk berehat," tambah ayah pesakit.

Untuk rekod, itu rawatan kimoterapi ke 4 dilalui oleh Faris.


Sewaktu mula mengetahui kisah derita ditempuh oleh anak kecil itu, bil hospital terpaksa dijelaskan oleh Sham dan isteri, RM75,000.

Setelah 21 hari dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, keluarga terbabit kini menanggung bil berjumlah RM96, 957.68.

Berikut salinan bil dikeluarkan oleh pusat perubatan terbabit.


Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'.

Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.

Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000.

Sham dan Zuraine, kakitangan Standard Chatered dan Celcom.

Jika ingin menyumbang untuk meringankan tanggunggan ibu dan ayah Faris, salurkan ke Maybank 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738.

Mewakili  keluarga Faris, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua bermurah hati menyumbang. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.
TERUS HEBAHKAN BERITA INI


9 comments:

Masya said...

saya pun baca kisah faris ni sedih sgt.. masa kat blog mazidul, siap tgk fb ayah ia lg sbb ayah dia akan update dr semasa ke semasa perkembangan faris. moga mrk sekeluarga tabah

Aleyn said...

Faris ni anak jiran member sekolah menengah dulu....dia pun selalu gak update kat FB dia

Semoga Faris cepat sembuh dan bergembira macam kanak2 lain...

Sangat sedih bila anak kecil terlantar di hospital..rasa nak gantikan tempat dia jer

Ardini Humaira said...

ya Allah, semoga adik faris selamat, cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian ini, amin...

Unknown said...

ya ALLAH ! subhanaallah..speechless

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ada satau gambar yg ada airmata baby ne menitk kat hujung mata lagi sedih suzz.. tak sanggup nak tgok .. insya allaha da rezeki kita berila seikhlas mungkin..kalau sorang bagi sikit lama2 dapatla jugak tampung

Unknown said...

Ya Allah sembuhkanlah anak ini...ringankanlah deritanya...semoga kedua orang tuanya tabah dan sabar...mohon kongsi di blog saya yer...

Unknown said...

Ya Allah , sembuhkanlah penyakit anak ini, ringankanlah deritanya, semoga kedua ibubapanya tabah dan kuat menghadapi dugaan ini...

mohon share yer...

Shiela Luddin said...

saya tak mampu dan tak terdaya nak tulis tentang adeq Faris neh apatah lagik menatap gambar diyer..lemah sungguh hatey sy neh..setiap kali sy bacer kisahnyer airmata neh macam tak nak berenti langsung..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...

hanya doa yang mampu sayer hantarkan dari jauhh semoga adik Faris kembali sihat...:(

eima said...

kesiannye ... sedih la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails