Friday 28 June 2024

Hari yang meletihkan dan terasa panjang

Tajuk entry punyalah panjang..
tghari semlm...datangnya ujian...
keta MZ rosak :(

masa lunch hour tu (12pm lebih kurang), MZ kuar pergi KL east mall (sempat beli food kat auntie anne), then bila nak balik rumah ie kuar jer dari parking, keta MZ dh kuar signal blinking kat dashboard ie kat gear signal tu...dan memang rasa lose power (jd slow mcm gear N)


so MZ pun slow ke tepi dan terus masuk BHP petrol station yg dekat jer dgn KL east mall tu..mula2 MZ try call adik MZ sbb rumah dia kat melawati je, tp rupa2nya dia outstation ada meeting kat kuantan. 
so MZ terus inform mr hubby via whatsapp (mula2 tu mcm tak nak kacau mr hubby tgh keje, tp dh tak de choice laaa kena inform jugak, sbb mula2 ingatkan tak serius sgt kerosakan ni)...
sempat google2 info jugak psl prob gear ni..memang sounds serious dan tak leh nak drive dah utk pergi bengkel (kat tmn bolton)
lps tu MZ kalut cari hotline etiqa insurance utk mintak towing...google2 then jumpa number...CS etiqa tu efisyen jer. cepat jer dia arrange towing, cuma proses nak tunggu towing datang tu...dekat2 2 jam jugaklah...ie pukul 2 pm towing dtg..syukur sbb mr hubby ada dtg temankan MZ kat BHP tu...kami solat zohor kat BHP tu sambil tunggu towing dtg

ni kali kedua brv naik towing truck..masa 2020 dh pernah naik sekali ie time enjin overheat..tp ok lah sbb time tu masih ada warranty. now, dh abih warranty masa bulan mac 2024, so semua kos repair/tukar apa2 parts pun kena byr sendiri

then dh sampai kat bengkel...keta sgt byk la plak..
lama jugak proses menunggu dan utk check semua...
turns out...memang major lah  sbb rosak gearbox :( :( qadak qadar.
masa ni dh almost 4.30 pm, nak kena gi amik my ariff dan razeen dari sek...so kena tinggalkan my brv kat bengkel (sedeynyaaa) dan bengkel akan cari parts ie gear box tu (tp yg bkn ori sbb kalau ori, harga RM10k-RM20K)...even yg tak ori pun estimate cost RM3-5k jugak ni

ni kat bengkel (WKP taman bolton), sbb biasa antar honda city kat sini..tak antar kat honda service centre sbb BRV ni dh abih warranty baru 3 bln lps...

rosak teruk la sbb gear box ie komponen penting utk kereta...based on google2 dan video tiktok..enjin honda auto memang agak sensitif bab2 gear (auto gear), dan may be faktor kami byk travel so menyumbang kpd penyebab kerosakan (faktor nasib/luck jugaklah)...taqdir dan ujian utk MZ ni (anyway, sblm2 ni memang MZ antar service kat honda service centre pun...folo semua schedule etc)

syukur ada mr hubby temankan MZ sepanjang2 proses menunggu towing dan mereput kat bengkel (muka MZ sedey tu --redho dan pasrah, gmbr selfie handphone ni pun blur semacam jer)

so masa entry ni MZ tulis, MZ masih menunggu bengkel call (dia akan call mr hubby utk updates psl dpt ker tak stok gearbox  tu etc)

Allahumma yassir
La haula wala quwwata illa billahil aliyyil azim

12 comments:

Suria Amanda said...

Allahu semoga dipermudahkan buat MZ...sampai masa dia nak rosak kan..

Azirahman said...

Moga dipermudahkan urusan. Baru 2 bulan lepas tukar cik City punya gearbox. Kempis terus poket.

Lydia Miza said...

lama kan..tunggu towing .pernah kena masa nak hantaranak ke asrama. dah la barang penuh satu kereta, tunggu berjam.masa tu pakai toyota prius. huhu..merajuk hati masa tu.siap je repiar terus babai kat kereta tu.syahim baby lagi masa tu, berpeluh anak beranak dalam kereta.

eh sama warna brv kita. tapi LM dah jual sebulan lenih yang lepas

Mulan said...

Moga elok baik smooth semuanya semalam. Pernah jugak kena otw to KL berdua bawak anak solehah nak cucuk vaksin #2. Alhamdulillah di RnR Temerloh. Tak lah kena tengah jalan.

Mulan said...

Moga elok baik smooth semuanya semalam. Pernah jugak kena masa PKP otw to KL berdua je drive bawak anak solehah nak cucuk vaksin #2. Alhamdulillah di RnR Temerloh. Tak lah kena tengah jalan. Apa lagi call hubby di Kerteh masa tu, rescue rescue. Naik tow truck lah.

Ako Retna said...

Allah semoga dipermudahkan urusan MZ.. bab kereta ni mmg risau juga takut tersadai tepi jalan.. kdg ketih nak tunggu towing smp je.. tp syukur semua nya selamat tiba di bengkel ..semoga cpt baik keretanyabtu

Puan Hazel said...

Semoga dipermudahkan segala urusannya MZ 🤲
Bagus MZ tenang je, PH ni kalau bab kereta cepat je panik, sebab tak reti sgt bab² kereta ni...

shaizhar said...

Semoga dipermudahkan segala urusan.

LadyBird said...

semoga Allah permudahkan semuanya... ameeennnnnn

mama tisya said...

kalo melibatkan gear box mmg kos byk la nk keluarkan duit...smoga dipermudahkan segala urusan

mummy_ayu said...

semoga dipermudahkan semua urusan...aamiin

Time Traveller said...

Gear box rosak adalah perkara yg paling ditakuti.. semiga dipermudahkan semua urusan buat MZ... Btw rumah kita tak jauh la hahaha... Boleh la mngopi kalau ada masa huhuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails