Friday 20 January 2012

130 ribu penyertaan

siyes...memang sgt ramai comper kat Msia sekrg..so odd of winning tu paham2 ajerlah....

those yg dh tahap pro comper...memang menang GP ajer --cthnya yg terbaru my comper fren nama hassiemah---pro comper utk contest bergambar--baru jer menang contest crispy..dpt DSLR and cash RM5k...siyes besh tu...siema ni kalau menang hadiah semua GP ajer yg dia sapu..pro comper lah katakan :) me ni tahap newbie ajer...thn ni lom menang apa2 yg besh :p :p moga Tuhan murahkan rezeki me Amiin

ni me amik kat berita harian..Remaja 17 tahun menang kereta



MIOR Kamarul Shahid dan Mahfar membuat cabutan pemenang Cabaran Laluan Berliku Berita Harian di Balai Berita, semalam.Pemenang utama Cabaran Laluan Berliku Berita Harian atasi 130,000 penyertaan

KUALA LUMPUR: Tuah akhirnya berpihak kepada pembaca setia Berita Harian, Ahmad Ridzwan Bakhtiar Effendy apabila dipilih sebagai pemenang utama pertandingan Cabaran Laluan Berliku Berita Harian yang melayakkannya membawa pulang hadiah kereta Proton SAGA FLX 1.3 (M) Standard bernilai RM37,000. Ahmad Ridzwan, 17, dipilih daripada 130,000 penyertaan yang diterima pihak penganjur selama empat minggu dari 7 hingga 13 Disember lalu bagi minggu pertama, 14 hingga 20 Disember (minggu kedua), 21 hingga 27 Disember (minggu ketiga) dan 28 Disember hingga 3 Januari 2012 (minggu akhir). Cabutan pemenang dilakukan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid pada majlis khas di Lobi Anjung Liku, Balai Berita, di sini, semalam.


Selain Proton SAGA FLX, peraduan sempena cuti persekolahan itu juga menawarkan Ipad2 kepada 10 pemenang bertuah setiap minggu bagi penyertaan yang semua tepat bermula minggu pertama hingga akhir.

Pada majlis itu, 20 lagi pemenang bertuah dipilih untuk minggu ketiga dan keempat, yang mana pertandingan berkenaan memerlukan pembaca menyelesaikan laluan berliku dan melengkapkan borang penyertaan dalam Berita Harian sebelum menghantarnya bersama kepala akhbar itu.


note : me tak pernah join contest BH sbb terlalu ramai org yg join heheh me suka join contest yg tak berapa ramai org join :p

7 comments:

Unknown said...

bes giler..

Chekgu Azrine said...

yup..baru saingan kurang erk MZ..hehehe

AJ said...

fuhh..kagum....kagum juga ngan MZ yang rajin bercompers n byk kali menang hadiah grand prize....

Ibu Aqmar said...

wah...rezeki budak tu...

Cik Sibuk said...

err..comper tu ape?

shahdiana said...

follow sini...salam kenal....

mama tisya said...

mmg bertuah la dr 130ribu die terpilih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails