Friday, 29 August 2025

Kucing angkat

MZ suka kucing..cuma tak leh bagi komitment utk bela kucing kat rumah...

tapiiii...MZ ada kucing angkat laaa...ie MZ sayang dan rasa attached dgn some cats dlm UIA ni...

nampak tak kucing tuuuu...ni kat area depan ICC (dewan utama dlm UIA), MZ pagi2 MZ singgah parking dan gi breakfast kat cafe dlm UIA ni so MZ memang dtg sini pagi2 esp sekrg belum start kelas/lecture. ICC ni bangunannya jauhhh dari AIKOL tau ie kena naik kereta lah biasanya if nak dtg ICC.

nilah kucing angkat MZ...cute jer warna kelabu light2 gitu....dia cam/kenal MZ sbb hampir setiap pagi dtg sini...doakan agar MZ murah rezeki utk belanja wetfood utk 'kelabu' --MZ sajer lahhhh bagi nickname nama kelabu

kelabu ni manja (bunyi meow2 kuat laa suara dia) dan biasanya mkn byk ie selalu mintak 2 pack wetfood, biasanya MZ bagi 1 pack jer tp kelabu ngeow2 mintak extra...MZ kena work harder la nak belanja kelabu ni sbb dia kuat mkn hahahha...selain kelabu ada lagi 3 ekor (not in pic) yg MZ selalu belanja ie depa tunggu MZ dtg la pagi2 dan nampak jer MZ, terus berlari dtg mcm lumba lari pun ada (MZ rasa kucing2 ni cute laaaa bila berlari2 gitu mcm kuda hahhahah)

I wish I could have cats at home tp sekadar wish ajer sbb memang tak leh bela kucing kat rumah sbb my boys semua allergic bulu kucing termasuklah mr hubby. zharfan plak penggeli bab2 kucing ie dia tak leh kalau ada kucing dtg dekat2 dia terus dia bangun lari/blah dari situ..

salam hari jumaat almubarak uolls! moga kita semua dimurahkan rezeki dan dpt berkongsi rezeki dgn org2 yg kita syg (termasuk kucing2 etc) ie haiwan yg kita syg!

Thursday, 28 August 2025

Semoga kita semua panjang umur....

......untuk mengecapi hari terakhir kat tempat keje dan seterusnya menikmati hari2 persaraan dgn penuh bahagia, bila sampai tika dan saatnya..

ni MZ screenshot from FB one of my colleagues yg baru shj bersara ie compulsory retirement (at the age of 60)... seronok dia dpt bergelar YB ie Yang Bersara (anyway, Dr N ni masih lagi bekerja kat AIKOL ie sambung keje under kontrak plak sbb her subject tu tak de new staff yg ganti mengajar)


ada kad jugak utk retiree!! actually kat fakulti MZ ni, every year ada beberapa org academic staff yg bersara, ikut turn masing2 sbb AIKOL ni aging faculty ie ramai staff dh cecah usia 50s... dan majoriti memilih bersara pada usia 60 ie maksimum...ada jugak yg opt for 56 dan 58 tp tak ramai/ dua tiga org gitu jer... MZ sendiri, zmn2 mula start keje UIA, MZ tak noticed MZ opt (sign offer letter) for 58 yrs old utk bersara hehhe so MZ masih ada 9 tahun utk keje kat UIA ni...moga panjang umur sihat dapat berbakti utk UIA insya Allah

salam hari khamis uolls!
ari ni pun MZ ada workshop pagi-tghari then after lunch ada meeting board of examiners (masters students).

Wednesday, 27 August 2025

Kerjaya masakini | Influencer

hari ni MZ meeting back to back dari 9 am sampailah 4.30 pm, just ada lunch break 20 minutes jer utk solat zohor (nama pun keje kan...i love my job anyway), so memang tak sempat langsung nak jenguk blog dan memang tak sempat buat apa2 entry...
ni mlm baru lah bukak lappy utk tulis entry

tajuk entry...influencer...well...career zmn moden utk genZ...lumayan jugak hasilnya wpun kdg2 realiti tak seindah fantasi..

antara influencer kesayangan majoriti rakyat msia ialah khairul aming (now memang dia usahawan yg sgt berjaya laaa jual sambal nyet, dendeng dan now rendang nyet)

another influencer yg MZ ter folo nama harith...alumni AIKOL ni..baru jer grad few yrs back..asalnya MZ tahu psl harith ni sbb my colleague mintak tlg harith utk promo law centre (marketing stuff ie nak cari potential postgrad students), then my zharfan pun ckp dia memang tahu psl harith ni ie antara influencer yg famous jugak laaa..esp kategori educated influencer.

dannn...MZ plak terjumpa harith ni masa dlm flight (emirates) nak balik ke malaysia (dari swiss)
ni screenshot ig story harith tu..


harith ni buat freelance jd motivator dan mcm2 job related to influencer stuff... dan hari tu dia ada singgah AIKOL (dia tgh survey2 nak sambung buat masters) dan katanya memang berminat nak jd lecturer jugak later2 (kena buat Phd lps buat masters tu).
tu jerlah kisahnya..

anyway, apa jua kerjaya utk anak2 kita, asalkan yg baik2 dan berjaya, insya Allah, kita doa yg terbaek!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails