Thursday 1 June 2023

Movie time | Polis Evo 3

tghari smlm, MZ and boys tgk movie Polis Evo 3 kat GSC Melawati Mall...beria tgk cepat2/kira masih awal2  sbb now kutipan tiket tgh meroket tu...last diaorg update masa kutipan cecah RM16j

harga 4 tix RM49, tp weolls memang jenis mkn beria dlm panggung, so beli 4 jenis mknn ie churros la, fries la, kepak ayam la, nugget laaa so abih RM56.80 for food alone, total bil RM105.80


best jer citer dia, and this time sikit jer scene2 lawak...
mostly serious mcm typical drama police story. impressed jugak dgn kualiti gmbr, aksi etc, jln citer/plot pun ok jer, tak delah straigtfwd sgt...

dlm byk2 pelakon, MZ suka shafique kyle hahhahah lgpun he's the tallest among all tu so nmpk nice jer pegang watak polis ie inspektor dani. yg pegang watak inspektor julie pun best dan gojes (ada iras2 sofea jane zmn muda)--beria MZ google, rupanya nama dia Farali Khan (MZ tak cam/tak sedar kewujudan pelakon ni sblm ni hahahhahah--jujurrr sgt)

watak jahat ie antagonis yg dilakonkan oleh sharnaaz tu memang strong dan berkesan (nama reza--jd ala2 psycho sbb wife dia ie Farah kena bunuh)

ni sinopis dari google (wikipedia): 

Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

so MZ bagi 4.5 dari 5 bintang!

1 comment:

Salina@IbuAqil said...

Ramai cakap best cite ni tak berkesempatan nak pegi tgk lg MZ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails