Tuesday 26 March 2024

Iftar 4 beradik

MZ semuanya 7 beradik, tp sbb abg MZ dh meninggal, so now tinggal 6 beradik ajer...
dan ari ahad lps, alhamdulillah, kami berpeluang ber iftar 4 beradik kat rumah MZ ie kira ala2 mini gathering lah...ie MZ, my adik dari penang, my adik yg dok melawati dan my kakak yg dok rawang/kelantan jugak...
yg tak dpt join ialah my adik bongsu dan kakak sulung yg dua2 dok/menetap di kelantan

snap2 gmbr mknn lps setel hidang ie just before azan maghrib...lauk2 MZ masak2 ajer...masak sup tulang rusuk lembu (2 kilo), masak tomyam campur, sambal udang, kangkung goreng dan telur dadar. then weolls beli ayamas percik (2 ekor) dan pelbagai jenis kuih muih. so meriah jugaklah menunya...total pax 14 org so seronoklah kami mkn beramai2...anyway adik MZ (hanim dan nizar share2 duit ni, termasuk MZ, so kami ber3 share duit utk kos bahan mentah etc, kakak MZ menyumbang mertabak tu...my nephew menyumbang ayam gunting yg sedap--dia beli kat aeon sbb dia staff aeon heheheh)

MZ dan adik MZ yg dok kat penang tu

wefie ajer...mana yg ada jer ni..

ni MZ snap2 jer gmbr sblm berbukak..MZ not in pic sbb MZ yg snap gmbr ni..yg baju kuning tu kawan my adik perempuan (moga2 berjodohan soon kalau tiada aral)

byk jugak nasi dan lauk pauk yg lebih, so MZ suruh my kakak and her boys tapau ajerlah utk sahur...iftar ni disertai juga oleh anak2 my kakak ie my nephews-- seorang dh kawin so dia dtg with his wife and baby, sorang lagi masih single. both my nephews ni keje kat KL.

begitulah kisah iftar MZ 4 beradik...sekejap jer pun kami dpt berkumpul, sempat solat maghrib berjamaah sama2, then semua bergegas balik sbb nak solat tarawih kat masjid kat area rumah masing lah.

salam 15 ramadhan uolls! tadi dlm radio sinar fm dah start pasang lagu raya yayyyyy

9 comments:

Suria Amanda said...

Seronoknya..teringin nak iftar complete 5 beradik..tapi macam x pernah je..masa tahun2 sudah ada rasanya masa arwah mak masih ada...

mummy_ayu said...

morning sis MZ... alhamdulillah, meriah dpt berbuka ramai2 kan...
ayu weekend ni in sya Allah plan nak gather2 jugak...celebrate bday Ayah
kann...ayu dengar kat hot fm pun dah start pasang lagu raya

Ezna Khalili said...

Dania kata kat Pusat Kesihatan Universiti UPM pun dah start pasang lagu raya. Mood raya dah datang.

Best dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Moga Hanim dan pasangannya akan ke jinjang pelamin nanti....

Mulan said...

Memang seronok sangat kalau iftar sama2 adik beradik ramai2. Meriah menu sedap semua nya.

mama tisya said...

tiada yg lebih bahagia bila dpt berbuka puasa ramai2 dgn adik beradik..penih menu meriah

adnil linda said...

Alhamdulillah, seronok dapat berbuka beramai2...Linda weekend hari tu pun, sempat lari balik kampung...dapat lah berbuka dengan mak bapak, dengan kakak dan adik yang duduk dengan mak bapak...next, balik raya pulak...insya-Allah

Ammi said...

ammi ada 4 beradik tp sorang dah meninggal. so memang since 2004 dah tak merasa makan rebut2 makanan berempat

fanny_dcatqueen said...

Pasti seneeeeng banget kalo bisa berkumpul ramai2 begini πŸ˜πŸ‘. Walopun belum lengkap ya kak, tak apalah. Ini pun dah terhitung ramai.

Banyaak pula makanan, sedap2 nampak.

Saya pun teringin kumpul2 dengan adik2 saya, tapi susah. Krn kami beda pulau tinggalnya. Ini saja akhirnya setuju untuk nanti ketemu semuanya termasuk papa mama di KL bulan July. πŸ˜„lebih murah ketemu di sana drpd saya balik ke jakarta, atau mereka yg ke jakarta. πŸ˜‚. Mahaaal tiket pesawat domestik nih. Lebih murah ke luar negara πŸ˜„

Zaila HZ said...

Ya, Sinar dah mula main lagu raya dah. Tu yang heran kenapa suami buka Sinar padahal sebelum ni dia tak layan. Rupanya nak dengar lagu raya :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails