Sunday 14 April 2024

Kisah sehari sebelum raya

alhamdulillah, MZ dah selamat sampai semula ke gombak pada tghari/ptg jumaat 3 syawal, bertolak seawal 7 am dari kampung MZ, ada jem kat certain spots, so selamat sampai kat tol gombak pukul 3.17 pm ...anyway MZ sempat beraya kat kelate selama 2 hari sahaja..

back to tajuk entry, sehari sebelum raya...rutin family MZ ie my mom and my siblings...weolls masak rendang daging!! memang signature dish my mom la, juadah wajib setiap tahun, rendang daging ni utk dimakan dgn nasi impit (kelate panggil nasi kapik) dan kuah kacang.

proses mengacau rendang ni memakan masa few hrs jugak lah (around 2 hrs)..

nilah hasilnya!!

satu lagi juadah wajib ialah ketupat daun palas, satu versi lemak (kena cicah dgn gula melaka cair) dan satu lagi versi manis. kami order dari jiran depan rumah jer..harga RM1 sebijik, order 150 bijik utk raya

ni gmbr my adik bongsu (Dr Awi) yg in-charge mengacau rendang..tugas MZ cuma kupas bawang ajerrrrr...

salam 5 syawal uolls!! ari ni MZ dh tak de beraya ke mana2 dah, pagi td weolls kuar breakfast kat restoran then singgah beli groceries kat lotus selayang...
anyway semlm 4 syawal weolls ada celebrate something (plan asal nak gi beraya tp cancel sbb mak sedare mr hubby tak de kat rumah)

5 comments:

Ezna Khalili said...

Periuk tu sangat rare dan berat sebab dari tembaga.....sedapnya lauk2 semua.

mama tisya said...

tgh puasa tgk menu rendang tu sedapnya

Mulan said...

Sedapnya Ketupat Palas, Rendang Daging semua tu

fanny_dcatqueen said...

Aisssh rendang dimasak pakai arang ini memang best. Krn wangiiii 😍😍😍. Ketupat daun Palas ini saya belum pernah coba. Unik juga bentuknya yaa

mummy_ayu said...

seronoknya..betul2 raya di kampung ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails