Wednesday 14 August 2024

Manggis

hitam hitam si tampuk manggis
sungguh pun hitam kupandang manis

MZ ni fruit lover...MZ suka dan mkn kebanyakan buah (kecuali ada lah few yg MZ tak suka/tak berapa mkn)--antara buah yg MZ tak mkn/tak suka ialah buah belimbing, mata kucing, kiwi, naga, peach. (ni yg MZ boleh recall lah time tulis entry ni). so buah2 lain semua MZ bedal makan laaa.

anyway, masa balik kg ari sabtu tu...sempatlah MZ mkn buah manggis...kat tepi rumah my mom ada 3 batang pokok manggis yg tengah berbuah lebat dan buah2nya dh masak..

kecik2 jer buah manggis tu...yg hijau2 tu buah limau nipis, pun hasil dari pokok kat tepi rumah

sedap!

uolls suka buah manggis tak?
salam hari rabu

#countdownformytravelnextmonth

13 comments:

Mulan said...

Geram betul kalau tengok manggis memang nak beli je.

Time Traveller said...

Manggis boleh la makana tapi tak la sampai status suka makan hihihi.. sebab buah nya leceh dan berwarna tu kalau kena baju susah nak hilang hihii

Ammi said...

semua buah yg MZ tak makan tu ammi suka. lama dah tak makan belimbing. ingat masa kindy dulu selalu ambil buah belimbing kat rumah uncle cina masa nak balik sebab buahnya berjuntai2 je.

mama tisya said...

fav juga...syok tu petik dr pokok je,,,puas la mkn

Carneyz said...

Saya pun suka manggis. Teringat dulu masa first time datang ke kampung hubby, sanggup dia panjat pokok manggis ayah mertua utk isteri dia hehe. Tapi sekarang dah takde pokok manggis tu, sebab tanah tu kerajaan dah ambik utk besarkan jalan, jadi tinggal kenangan je huhu...

Saya pulak tak suka buah plum & ceri. Yang lain2 semua saya bedal je, cuma tahap suka tu mungkin berbeza2 la hehe.

Ezna Khalili said...

Manggis makan juga tapi tak la sangat suka makannya sebab rasa dia mesti akan ada masam sikit. Kalau buah mangga boleh pulak kalau ada rasa masam. Tapi kan Suzz manggis ni jarang juga orang tanam sekarang ni. Dulu masa kecik2...umah Opah i kat Ipoh ada tanam pokok manggis. Tinggi pokoknya.

Puan Hazel said...

Sama, PH pun suka buah, esp buah² tempatan. Teringat kg PH, dulu byk pokok² manggis blkg rumah. Nak makan petik je...

Suria Amanda said...

SA x berapa suka manggis..cepat batuk..SA mmg macam ni...rambutan pun x leh makan banyak

Aisya Ismail said...

Ai kalau dapat manggis, tak toleh belakang dah.

mama sara nur @ Cik Nor said...

sukaaa sgtt h heee kalu ada sebakul pun blh habiskan tau

shaizhar said...

Dah lama tak makan manggis. Saya lebih suka buan potong. Terutamanya tembikai

fanny_dcatqueen said...

Sukaaaa sangaaaat. Kalo durian itu king of fruits, manggis pula queen of fruits. Krn memang banyaaak manfaatnya. Bahkan kulit manggis nya saja dijadikan suplemen kulit. ❤️

mummy_ayu said...

Geng ngan Fanny...fav buah manggis ni..dap nya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails