Monday, 26 May 2025

Pergi KLCC | Ada misi penting

pagi sabtu 24/5, MZ, mr hubby & razeen naik LRT gi KLCC (tak berani nak drive takut ada jln2 yg tutup sekitar KL kan sempena mesyuarat ASEAN tu)..

ada misi penting ie MZ nak gi kinokuniya laaaa...MZ nak cari/beli buku utk keje MZ ie nak siapkan tulis article (utk my work trip next month)..so ada buku penting nak kena refer.

tapi....tak jumpalah buku yg MZ nak tu...sbbnya latest edition belum ada kat Kinokuniya...jadinya, MISSION FAILED!

kesudahannya...kami singgah mkn2 snacking kat foodcourt KLCC ajer laaa

razeen pilih nak beli mknn kat sini..Baskbear (fastfood lah ni)



chicken tender perisa bbq dan fries&salad


ni razeen yg snap gmbr hahahah beria dia enjoy his chicken

standard lah rege gini (RM20.90)

ni gambar dlm LRT --dating ber3 ajer sbb zharfan attend workshop kat UPM dan ariff ada exam kat sek.

happy monday uolls!

14 comments:

Ezna Khalili said...

La misi fail pulak ya. Harap2 you jumpa bukunya nanti. Wah Razeen dah terer ambik2 gambar ni. Senang mama dia just masukkan dalam blog je nanti.

adnil linda said...

senang naik LRT je...
adoi, kena cari dekat tempat lain pula nie...tak pun online

Kakmim said...

Misi failed, tapi ada misi lain yg berjaya... ehhehe

Suria Amanda said...

quality time bertiga kan...seronok..lama x naik public transport

thisni3za said...

Adehhh...Nasib naik LRT so x rasa ralat sgt sebab nk cari parking dkt sana pun x berapa nk senang...next time mgkn bleh kol dulu kinokuniya utk tny stock buku yg sis nak...Boleh ke?

Puan Hazel said...

Mission failed pulak ye...
Sekali sekala naik public transport best juga kan :)

mummy_ayu said...

best nya .. kinokuniya..suka gi situ.
bask bear..nampak sedap, tapi hari tu makan ..yg sban ni..frust sbb service lambat giler & staff dia x friendly langsung.. terus black list

anamizu said...

alamak misi ibu failed tp misi razeen berjaya! hehehe

Azian Elias said...

ya ampun MZ. kak yan dah berkurun tak jengah KLCC tu. Dulu ke kino tu la yg paling disukai. berjam2 kat situ je.

masa dah berubah kan. apa2 pun quality time tu sgt perlu. nnt bila dah tak de, ada je benda blh buatkan kita senyum2.

Roziah @ Cie said...

BB kami anak beranak memang suka. Latte dia pun sedap. Selalu beli toast dia.

Aish said...

seronok juga sesekali naik public trasport kans

uncle gedek said...

KLCC memang lebih baik naik train... tak kuasa nak drive

Ammi said...

Budak2 skrg mmg kalau pakai collar shirt akan button up semua. Same goes to my kids. Tak tercekik ke ek dorang ni?

ch@ said...

tak pergi pesta buku ke MZ? mudah berjalan dgn public transport.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails