Tuesday, 9 September 2025

Random post | Ternampak jambatan yang agak 'rare'

dah lama gambar ni dlm folder lappy MZ ni...MZ memang akan/selalu ternampak jambatan ni kalau OTW nak pergi Port Dickson (PD)..beria lah snap pic :p

memang MZ tahu/pernah dgr that jambatan ni untuk haiwan2 melintas dari hutan sebelah sana ke hutan sebelah sini.. err tapi kan...I'm curious....haiwan2 tahu ker jambatan ni utk diaorg heheheh

ni hasil MZ tanya chatGPT ie MZ tanya kat mana gambar ni dirakam

"eco-viaduct" atau jambatan lintasan hidupan liar, yang direka khas untuk membolehkan haiwan liar menyeberang lebuh raya dengan selamat.

Tanda-tanda yang menyokong: Struktur konkrit tanpa jalan berturap di atasnya – Ini menunjukkan ia bukan laluan biasa untuk kenderaan.

Simbol haiwan liar di tengah jambatan – Simbol itu adalah petunjuk jelas bahawa ini laluan untuk hidupan liar.

Lokasi – Di Malaysia, terutamanya sepanjang Lebuhraya PLUS, LEKAS dan sekitar kawasan hutan berhampiran Port Dickson, memang terdapat beberapa jambatan lintasan hidupan liar yang dibina untuk mengurangkan risiko perlanggaran haiwan dan menghubungkan habitat yang terpisah akibat pembangunan lebuh raya.

Tujuan Jambatan Lintasan Hidupan Liar Mengurangkan perlanggaran antara kenderaan dan haiwan seperti tapir, harimau akar, babi hutan, dan lain-lain, Menyambung semula laluan ekologi (wildlife corridor),Melindungi spesies yang terancam.

Jadi ya, gambar ini kemungkinan besar dirakam di salah satu jambatan lintasan hidupan liar di Malaysia, mungkin di kawasan Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH) atau berhampiran LEKAS/PLUS.

have a nice day uolls!

13 comments:

Ammi said...

Haiwan liar manalah tau yang dorang kene melintas guna jambatan...dorang redah je.

Menurut adik ipar ammi yang bekerja di PLUS, jambatan ini lebih kepada mistik dan perjanjian antara "org ghaib" di sana waktu jambatan ni dibina. Wallahuahlam.

Lydia said...

ada tengok video pasal jambatan ni. kisah mistik kalau tak silap.

Suria Amanda said...

Setuju ngan Ammi...ramai orang2 lama PD yang cakap macam tu juga..dia ada unsur2 mistik perjanjian antara "dunia" itu untuk buat hiway tu dulu...wallahualam...

adnil linda said...

anak linda cakap.. ada penempatan bunian...jadi terpaksa buat jambatan untuk mereka...
anak lagi tahu dari ibu dia...kikiki

AMIIZAA@Mieja said...

alahai baru tahu untuk haiwan ...dah ada alternatif jam,batan rupanya, hari tu baru borak dengan hubby, sepanjang perjalanan kami ke melaka hampir setiap minggu, pasti akan ada monyet yang mati kena langgar, hubby sarankan kerajaan patut buat laluan khas haiwan melintas di tengah hiway. ada sekali tu, ibu monyet mati kena langgar, 2 ekor anaknya menunggu di tepi hiway ...sedih bila ingat

Roziah @ Cie said...

Cie pun terfikir macam tu. Pandai pulak haiwan2 tu tau jambatan untuk mereka lintas.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Di Indonesia ada banyak dibuang lintasan khusus hewan. Supaya kendaraan tak melanggar mereka. Tapiiiii, semuanya dibuat di bawah. Jadi kendaraan lah yg harus lewat jembatan di atasnya.

Krn itu tadi macam mana hewan nak tahu jembatan itu buat dia? So dibuatlah jalan hewan di bawah macam biasa, tapi kendaraan yg harus naik ke atas. Itu kalau di sini 😄. Agak unik juga kalo hewan yg disuruh naik jembatan.

Puan Hazel said...

PH pun terfikir soalan yg sama. Tapi bila baca komen kawan² 👆🏻 baru tahu pasal ni

Mznimnwr said...

kat LPT selalunya banyak haiwan liar. tapi tak sure LPT ada ke jambatan macam ni..

Aphizha said...

Sepanjang ke PD tak pernah lagilah melihat haiwan melintas. Tapi misteri sungguh jambatan ni.

ch@ said...

baca komen, cam seram pula.

Ezna Khalili said...

Dania kalau cakap pasal haiwan melintas guna jambatan ni mesti dia kata Sayang......haiwan tak tahu kena melintas situ tapi kalau ada jalan dia ikut je la kot....

Carneyz said...

Baru nak komen benda yg sama 😅 melainkan ada pagar yg tutup laluan supaya haiwan2 liar ni cuma dapat melintas guna jambatan ni je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails