Thursday, 15 January 2026

Yuran 2026 sekolah SRI Alhuda, Jalan Gombak

MZ simpan kat blog ni for my easy and quick reference dan juga sebagai perbandingan... Anyway, SRI = Sek Ren Islam. 

SRI Alhuda ni sukatan pelajarannya integrasi ie dh combined subjects akademik dan agama, so tak pyh pergi 2 sekolah yg berbeza. sesi persekolahan 8 am - 4 pm. 
SRI Alhuda adalah di bawah ABIM, dan statusnya sekolah swasta, tapi yurannya masih lah tak semahal sekolah2 swasta yg lain, even cheaper compared dgn Sek Al-amin.

total yuran tahunan 2026 ialah RM1130, bulanan pula ialah RM450, dan kena add on RM30 if nak masuk kelas mengaji(so far memang semua my boys amik kelas mengaji kat Sek Alhuda). RM450 tu reasonable sbb dh termasuk food/mkn 3x ie sarapan, lunch dan minum ptg.

ni gambar MZ amik kat telegram sek alhuda (kelas razeen), masa hari selasa ie 2nd day of schooling...now razeen dlm darjah 6 ie tahun terakhir di sek alhuda. dlm gmbr ni, razeen pakai tshirt sukan kuning. kat sek alhuda, isnin jer wajib pakai full uniform, hari selasa dan khamis, baju sukan, hari rabu, baju kokurikulum, hari jumaat, pakai baju melayu (uniform sekolah jugak). dalam kelas razeen ada 25 org murid, 13 boys dan 12 girls. rasa2nya tahun 6 kat sek alhuda ada 3 kelas semuanya. 

all my 3 boys memang masa sek rendah, kat sekolah yg sama ie kat Sek Alhuda.
dan utk sek men pula..so far memang sama ie Sek Men Islam Al-amin. (memang tak de plan pun nak masukkan any of my boys to boarding school). Sek alhuda tak de aliran menengah, tu MZ kena hantar ke sek lain ie Alamin (tahun ni yuran bulanan al amin ialah RM760 (dh termasuk mkn RM130 ie lunch shj))

moga yg baik2 ajer utk anak2 kita semua...aamiin

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails