MZ balik kampung sorang2 jer...my mom dok kampung pun sorang2 jer tapi mlm2 my mom akan pergi tidur kat rumah my adik (Dr Awi)..tak jauh pun dari rumah my mom...tapi kena naik kereta/motor jugak (my adik dtg amik my mom) sbb our mom tak larat dah nak berjln kaki (sakit lutut dan mata kabur), lagipun rumah2 kami ni kat tepi jalan raya utama (jalan besar), bahaya utk berjln kaki--kdg2 ada kereta accident terbabas, dan byk motosikal so bahaya utk kena langgar etc nauzubillah.
apakah aktiviti MZ di kampung? memang dok rumah ajer...dan selang seli mkn buah hahahah sbb depan rumah/kat halaman rumah my mom ni, memang ada mcm2 pokok buah..
rumah pusaka ie my arwah ayah yg bina rumah ni masa my adik bongsu lahir..so usia rumah ni dah 42 tahun...rumah kayu so ada certain parts yg dah mula reput/rosak dimakan anai2..so kena selalu repair2...rumah ni akan jadi hak milik bersama MZ dan adik MZ (hanim) later2 ie sebab dh buat pembahagian harta peninggalan arwah ayah MZ utk semua adik beradik MZ (kami 7 beradik, tapi sorang dh meninggal ie abg MZ).
lebat jugak buah rambutan utk season ni..tengah menguning...lom masak ranum lagi ni
MZ makan jer wpun lom merah, kuning2 pun dh manis dan sedap niiii
ada pokok manggis jugak, 2 batang pokok, salah satunya memang rendah merimbun so boleh petik dgn tangan jugak...
pokok jambu pun ada buah tapi tak rendah sgt ni pokoknya..kena guna galah jugak ni
kecik2 jer saiz buah manggis tu
masa arwah ayah MZ masih ada, kami ada kebun durian jugak ie tak jauh mana dari rumah (luas jugak kebunnya, MZ zmn sek menengah memang tlg my parents utk usahakan kebun tu ie tanam anak durian, siram2 etc)...tapi lps arwah ayah meningggal (dah 17 tahun dah ayah passed away) kebun tu dah terbiar dan akhirnya family MZ decide utk clean up (tebang semua pokok2) dan convert jadi tapak rumah (now kebun tu share 3 beradik ie tapak rumah utk adik MZ nizar, Dr Awi dan kakak MZ ie Kak su)...so far, kak su dan awi dh bina rumah masing2 kat situ...lot rumah utk nizar tu dah penuh lalang/semak samun sbb nizar memang menetap di kuala lumpur.
begitulah kisahnya
salam hari selasa uolls
hari ni MZ ada 2 meetings, satu waktu pagi dan satu lagi after lunch hour.









21 comments:
Rindu nya zaman kecil²... best kan ada laman yg luas.. byk pokok buah²an..bila dah musim, nak makan petik or kait je hehee... terigt zaman kecik dok panjat pokok manggis ygbbyk kerengga tu. Mmg tergaru² la jawabnya.. pokok jambu pun syiok dpt panjat sbb dahan jambu tu best utk pose hahaa
Kebun durian pun best.. mlm² dok tunggu durian jatuh hahaha berebut² nak g kutip bila dgr bunyi jatuh tu... argh rindu nya zaman kecil²
Wahhh..Seronok tgk buah2 tu sis =D
Bestnya nak petik petik jer buah tepi rumah....
Bestnya you...banyak pokok buah-buah ni....kalau rambutan I suka.
Seronoknya balik kampung SisMZ! Paling best bila ada pokok buah rendah-rendah macam ni, memang betul-betul konsep Pick Your Own (PYO) depan rumah jer. Rambutan tengah menguning tu mmg best..Suka baca sejarah rumah pusaka 42 tahun ni, penuh dengan memori arwah ayah sis MZ. Walaupun kena selalu repair sebab rumah kayu, tapi nilai sentimental dia tak boleh dijual beli. Alhamdulillah, pembahagian harta pun dah selesai dengan baik untuk semua adik-beradik, mudahlah urusan masing-masing nanti kan..
tu yang seronok.. boleh PYO..
yang penting, lepang je bawah pokok tu
Bestnya rumah kampung u, luas laman rumah dan dikelilingi pokok buah-buahan 😍 terliur tgk buah rambutan dan manggis tu. Tak banyak kerengga ke dekat pokok rambutan tu?
Dah lama tinggalkan 'kampung' sekarang tak makin berkurang sebab mak sedara (adik arwah mak) pun dah setahun meninggal dunia. Jadi nak balik kampung pun macam tak best dah seperti dulu2
sebaya Cie dah rumah MZ ni. besntya buah2 boleh petik2 je. kampung cie tak merasa la makan rambutan, kera (monyet) dah makan dulu dah.
Rimbun betul pohon-pohonnya mbaaa :D
Wah, itu mau ambil buah tak perlu panjat apa-apa ya. Tinggal petik saja langsung pakai tangan.
Whaaaaah, impian masa tua saya sekali ini.
dkt kampung ada byk pokok buah syok tu..fav manggis
haritu masa pergi hantar anak buah ammi bertunang di Taiping, depan rumah family perempuan tu Ya Allah, penuh dengan jambu air. Tapi malu nak minta.
rindu dengan suasan kampung, kak ana di besarkan dahulu pun di rumah papan.. sekarang tinggal separuh sahaja bahagian atas itu pun dah reput.. seronok makan buah-buah petik terus dari pokok ni, Masyaa Allah..
rindu kampung yng dulu, yang belum diasak pembangunan, ada paya menerung, ada alur jernih, rimba hijau.. btw cantik rumah tu
Aiiiih, sukanya sayaaaaa kalau rumah halaman luas dan banyak pohon buah 😍😍😍😍. Teringat rumah di Aceh dulu. Inilah pasti yg buat selalu teringin nak balik kampung ya kak.
Sukaaa buah manggis 😍😍. Kalau rambutan saja yg saya tak bisa makan 😄
Beautiful photos, dear friend. Thank you so much for sharing.
Teringat kenangan PH dulu, ginilah... Balik kampung petik buah² keliling rumah. Memang seronok kan... Kalau ada pangkin dekat luar rumah, mmg duduk situlah sambil ambil angin
Semoga mak MZ sihat² selalu 🤲🏻
luasnya laman rumah kampung MZ. semoga kekal terjaga selalu~
siap ada manggis tu :D
Wah, bestnya di kampung nampak musim buah kan..kenyang makan berbagai jenis buat tu MZ
Semuanya keliling rumah je
Post a Comment