alkisahnya masa bln may hari tu, MZ nampak ada org share (kat thread) psl promo rate utk Parkroyal ni...MZ beria lah sbb ni 5 star hotel kan..so MZ cepat2 book utk birthday staycation for my razeen's birthday (aug)--MZ booked kat Agoda apps (terus buat full payment), syukur sgt2 sbb dpt secure bilik kat sini!! nanti MZ share berapa rate yg MZ byr for this one nite stay.
Hotel Parkroyal ni..baru jer dibukak ie 2 tahun yg lps (MZ tanya staff kat reception counter)...kat tapak yg sama sebenarnya zmn2 dulu adalah Hotel A famosa resort (byk kali MZ sempat cuti2 kat hotel a famosa resort zmn sblm wujud parkroyal ni..)
ni area lobby lounge...konsep open air...sgt luas lah, cantik sgt.
bilik kami kat tingkat 3, no bilik 3010... kunci bilik nya cute dan creative ie material kayu
MZ memang request complimentary bday deco dari pihak hotel..so dptlah bday card...MZ tak ckp (lupa!) nak tulis siap2 nama razeen masa request tu so hotel tulis nama MZ ajerlah sbb MZ yg book hotel ni...cute sgt bday cardnya!
3 boys tgh golek2 atas katil..ni jerlah gmbr bilik yg MZ sempat snap..lawa biliknya dan complete lah semua benda ada..sgt byk port utk charging phone jugak..katilnya 2 double bed (queen tapi besar jer ala2 king size)...3 boys share katil tu.. tak request extra bed sbb muat jer diaorg tidur tu..dan mcm tak de space nak letak extra bed kalau MZ request pun..bilik ni ada sofa jugak kat hujung tu selain table dan kerusi
oh yer, psl rate - normal rate around RM600+ per room (MZ try nak rebook kat agoda apps next month so memang tak dpt lah promo rate, so tak jd lah nak book/repeat utk next month --my boys la request nak repeat-- lgpun kena book few months in advance kot kalau nak dpt promo rate i guess)...MZ booked masa promo, dpt RM411!! murah sgt sbb dah termasuk breakfast utk 4 adults :)
tu reception counter..sgt lah luas laaa..bangunan baru dan design yg sgt cantik..kami check in pukul 4 ptg hari sabtu 1 aug 2026..bertolak dari KL pukul 1 lebih sbb ariff kena attend workshop spm
waiting lounge..pokok tu...haa tu adalah swimming pool ie kena turun tangga utk ke bawah..
restoran tmpt kami breakfast tu kat hujung tu...tmpt ada org tgh q nak masuk tu
ni room tour
mama suruh bday boy posing! towel tu bentuk gajah ie part of complimentary deco
dpt jugak set cookies warna warni ni...crunchy dan sedap jer..
bilik yg kami dpt ni, ada verandah ;)... hotel rooms apartment style..boleh parking kereta kat open space carpark yg mengadap this building so rasa lega boleh nampak baby T kat bwh tu..ni masa snap pic ni..kami lom alih lagi baby T masih kat tempat car park dpn...bangunan yg MZ stay ni sebelah tepi
wefie lps check in..mr hubby dlm toilet so kami wefie ber4 jer, mls nak menunggu hahhhah
ni gmbr dari hp zharfan
selfie dlm cermin bilik air...shower room dan toiletnya asing2...semua ada bidet :)
toiletries set (berus gigi, ubat gigi etc)
ada 4 bedroom slippers...sbb bilik ni memang utk 4 org
ada iron board dan iron..penting ni sbb MZ memang kena iron tudung bawal utk pakai the next day (ahad)
complimentary drinking water dan tea making facilities/set
bangunan hotel..apartment/resort style..landscape byk pokok2 jugak/garden landscape..building yg MZ stay ni 3 tingkat, building sebelahnya ada 4 tingkat..lif memang ada jer kat tgh dan kat hujung so convenient ajer
oh yer, psl rate - normal rate around RM600+ per room (MZ try nak rebook kat agoda apps next month so memang tak dpt lah promo rate, so tak jd lah nak book/repeat utk next month --my boys la request nak repeat-- lgpun kena book few months in advance kot kalau nak dpt promo rate i guess)...MZ booked masa promo, dpt RM411!! murah sgt sbb dah termasuk breakfast utk 4 adults :)
ada lagi entry psl staycation ni ie aktiviti kami lps check-in.



















20 comments:
Seronok la Razeen staycation kat Melaka on his birthday...
Owh..Dah jadi mcm ni ye hotel a famosa resort. Bleh la nnt kumpul duit bwk kids kesini =D
dapat staycation..seronok Razeen
Selesa dan berbaloi betul staycation kat Parkroyal A'Famosa Melaka Resort ni bila dapat promo rate! Cantik deco biliknya. Breakfast buffet dia banyak pilihan tak?
cantik sangat biliknya.. melaka memang seronok untuk dikunjungi. harap belum terlewat untuk ucapkan selamat ulangtahun kelahiran birthday boy
happy birthday Razeen, berbaloi juga MZ harga promo yang MZ dapat tu.. tapi tu lah bukan selalu boleh dapat harga gitu kan..
It looks like a very nice hotel and that you enjoyed your time.
Cantik Hotel ni. Boleh lah staycation kat sini nanti. Sekarang dah banyak access card guna material kayu. Cantik dan unik.
Alamak, terlupa pulak nak tulis nama bday. Tapi takpelah, dapat juga kad birthday yang comel.
Comelnya towel bentuk gajah. Jarang nampak. Pandai dorang deco. Lengkap semuanya ada. Penting ada iron tu. Kadang ada yang kena request tu jenuh nak tunggu. Luas jugalah biliknya muat 5 orang.
Untung sangat tu dapat harga murah.
Selesa biliknya complete facilities macam2 ada. Best la Razeen dapat kek.
Parkroyal ini chained hotel bukan? Soalnya di jakarta ada juga hotel namanya parkroyal. Tp tak tahulah ada hubungan dengan parkroyal di sana atau tak.
Cantiiiik memang kak. Luaaas sangat yaa. Apalagi masih baru, jadi pasti masih bersih segala fasilitas. Dan saya suka suka juga card dia, unik yaa. Dari kayu 😍.
Sayang pula namanya lupa sebut yaa 😅. Saya suka kalau hotel ada teras nya begini, bisa duduk2 di beranda jelang sore. Kalau menghadap langsung sunset , bisa liat langsung
Kalau bintang 5, fasilitas dah pasti lengkap lah yaa. Tinggal enjoy saja
Cantiknya bilik dan hotelnys. Facilities dan lain2 nya bagus, memang seronok dan best menginap di sini.
Menarik! For 4 pax per room harga RM600+ tu pun kira ok, tapi bila dapat diskaun jadi RM400+ lebih dari ok hehe. Bilik pun luas dan cantik. I terus pergi Agoda nak tengok bilik yg ada. Family room mcm best tapi harga boleh tahan jugak dekat RM2k semalam. Tapi ada bathtub tu yg mcm best pulak hihi
happy birthday belated sis... kiutnya card n cookies... Selena, murah berbaloi tempatnya
birthday boy nampak sangat teruja. senyum simpul kemain
seronoknya..
wah towel bentuk gajah selalu bentuk swan jer
I rasa pernah stay dekat A Famous resort, longgggg time ago. Family day ofis.
Best la baby boy tu, dapat staycation w fsmily. Cute towel bentuk gajah tu
ooohhh jauh beza harganya. memang kena book in advancelah nampak gayanya...
ada tgk org share psl hotel ni...luas lobbynya...sronok birthday boy dpt staycation tu siap dpt cookies lg..bilik pn besar
Ohh hotel ni dah tukar nama......nampak cantik pula biliknya Suzz....
Dah lama tak pergi Melaka. Harap2 adalah rezeki lepas ini.
Post a Comment