Tuesday, 9 December 2025

Cuti2 Sabah 2025 | Day #4 - KK City Tour (part 1)

Day#4 26 november, rabu, merangkap hari terakhir kami di bumi Sabah...

agenda utama (itinerary) ialah ronda2 bandar Kota Kinabalu, dan in between ada aktiviti shopping2 jugak. lps breakfast kat Hotel King Park, kami terus check out, masukkan semua beg dlm van/coaster. then start ronda2 lah... ni MZ snap dari dlm van - SABAH MAJU JAYA!

1st pit stop - menara yayasan sabah...singgah posing2 di sini...

wefie for memory

MZ ternampak HOHO bus ni (hop on hop off)...ada jer nampak tourist kat dlm bas ni...kat KL pun ada HOHO ni.... (teringat plak MZ naik HOHO masa cuti2 london last year)

next pit stop, singgah masjid terapung (masjid bandaraya)..cantik sgt masjid ni


cuaca masa ni tak terik tapi berbahang...so jd panas jugak lah (rindu suasana sejuk nyaman kat kundasang hhehehhe)


MZ dan ariff...he's taller than me now (Ariff is in form 4)

zharfan snap pic ni....so lps setel posing2, kami sempat beli air+aiskrim kat kedai kecil (kiosk) kat tepi masjid ni..

next pit stop...kedai jamilah jewellery -- semua tmpt2 ni ada dlm list itinerary. kedai ni jual pearl etc...tapi harga mahal sbb tempatnya premium (aircond!)

ada jual kain2 batik jugak ie batik sabah bah

our tour group member tgh pilih2 brg..end up kami beli jugak beberapa helai batik utk setiap seorang sbg souvenir utk diri sendiri/frens/families

next pit stop - kedai jual ikan masin/ikan bilis etc....proper kedai jugak ni..MZ beli ikan bilis mata biru tapi yg dh siap siang/belah2..so memang ready to cook gitu! harga sgtlah murah berbanding beli kat semenanjung (biasanya MZ beli kat supermarket/shopee)

MZ ternampak frozen lobster dlm freezer kat kedai ni...tgk ajer, tak beli pun

dari kedai ni, kami bergerak ke next pit stop (jln kaki jer dari kedai ni)....sambungan kat next entry

2 comments:

thisni3za said...

Bestnya..Masa Hata outstation dkt Sabah (x igt area mana) pun Hata borong ikan bilis =D

Ezna Khalili said...

Psst...kain batik dah hantar tailor...nak buat kain baju kebaya. Kena you kain dia....pinky, kuning dengan sulam kebaya I....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails