Monday, 9 March 2026

Iftar kat luar | Muslim Chinese cuisine

hari jumaat ie 16 ramadan (6/3/26), kali pertama kami iftar kat luar utk ramadan thn ni...kami pilih utk iftar kat restoran mohammad chow sbb tak jauh pun dari rumah...location wise..kat atas bukit sebelah petronas MRR2 otw ke tol gombak/karak highway ie jalan OTW to UIA jugak..sblm2 ni dh few times kami mkn2 kat sini (tapi bkn ramadan lah).

kami amik set meal...nama set ni 'Set Gumbira' heheheh cute bebenor nama nya....emmm ni set paling mahal lah yg ada...sbb byk lauk pauk tu dlm set ni dan dh termasuk minuman..kami satu famili jenis mkn lauk byk2 (ala2 meratah jugak)...memang big portion lah lauk pauk nya ni.

MZ craving nak mkn sotong goreng salted egg tu....memang berialah mkn!(ala2 craving)

udg goreng butter floss gini memang sedap laa...MZ pernah lah try buat telur nak bagi jd bentuk floss bertali2 gitu tapi failed sgt! susah nak bg jadik mcm kat restoran

ni ayam fillet (marmite nama dia) dan lala..set ni ada ikan fillet jugak selain ikan siakap masak nyonya tu

precious moment alhamdulillah!! kami book pagi jumaat tu (hari yg sama), via wasup jer..pilih menu siap2 then byr deposit RM50.

ni pinggan MZ..penuh la lauk pauk nya...air versi air balang so unlimited refill (sirap dan jagung)...fruits dan kuih muih tu complimentary..kuih limited ie first come first serve so amik mana yg masih ada jer (tak sempat nak amik karipap dan kuih bun sosej goreng yg salut breadcrumb tu(tak ingat nama dia) sbb customers yg sampai lagi awal dh amik siap2 licin dah dan tak de refill kuih2 once dh habis)

total utk kami mkn ber 5..RM274.55.(tax ajer RM15.54)

ni menu yg kami dpt via wasup...kami amik Set Gumbira..mula2 tu nak amik set ceria tapi tak de butter floss prawn dan lala  dan tak termasuk minuman.

set mesra ni utk 2 org

menu nya..if nak order ala  carte..

salam 19 ramadan uolls...berbaki lebih kurang 11 hari jer lagi utk kita menyambut syawal (kalau raya sabtu).

14 comments:

mama tisya said...

ada tgk juga set gembira ni tp tk sempat lg nk try...sbb ada baca feedback servis slow...nanti bole la try

Faizal R said...

Menarik untuk dicuba bila balik ke Gombak, rasa macam ok juga rasa muslim chinese food ni.

Lydia said...

semua nampak sedap

err tu latax je dah rm15 + kan MZ

Linda's Relaxing Lair said...

I have never tried squid.
The great thing about big portions is that you can take the remainder of the food you may not be able to eat.

Ezna Khalili said...

Mesti you gumbira satu family ni Suzz....Catchy nama set menunya. Sotong tu sedap tu....I akan suka set yg you ambik tu sebab seafood semua nyums....

thisni3za said...

Wahhh..Menarik menu2 ni sis =)

shaizhar said...

Salam 19 Ramadan

anamizu said...

waahhh udang goreng butter floss tu menariknya nmpak bertali-tali! ehehe

uncle gedek said...

Banyak pilihan menu dia!!

Warisan Petani said...

Selamat berbuka puasa

Cuya said...

Alhamdulilah menu yg menyelerakan!

Roziah @ Cie said...

Sedap2 semua menu. Cie suka chinese food sedap.

Suria Amanda said...

Pernah makan kat Muhammad Chow Gombak tu...masa zaman duk KL...bertahun dah x pergi...for me jimat la amik set ni..makan satu family kan...

Mznimnwr said...

saya pun wonder camne kedai cina punya butter prawn cantik kejadiannya. nampak susah nak buat!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails