Thursday, 9 April 2026

Kali pertama @Courtyard by Marriot, Malacca

alhamdulillah, MZ dh selamat sampai semula ke gombak pada pukul 4 ptg semlm slps selesai mengikuti 2d1n retreat di melaka...to be exact, lokasinya Hotel Courtyard by Marriot, Malacca. MZ kena attend retreat (course/workshop) organized by Research Management Centre, IIUM. MZ tak drive so MZ pilih utk naik van/coaster UIA ajer. majority yg attend semua drive sendiri. yg naik coaster tu 7 org ajer.

hotel ni 5 star rating..under marriot kan... perjalanan lebih kurang 2 jam lebih sikit (sbb berhenti utk toilet break jap kat rr/Perhentian Pedas-Linggi.

lobby nya sgtlah luas! hotel ni 28 tingkat.

asalnya MZ dpt bilik non-sharing...tp MZ memang jenis tak leh tidurlah kalau sorang2..so MZ request tukar, cari bilik yg sharing berdua...so syukur akhirnya dpt tukar (dptlah roomate, nama dia Dr Nas)


ni sempatlah lepak2 jap sbb aad break between 6pm-8pm...memang full session lah dari 10.30 am -6pm then mlmnya 8pm-10pm.

special betul bantal2 yg disediakan dlm bilik...empuk sgt!! 

bilik kami kat tingkat 17 (bilik 1727)..so ni view dari tingkap lah.

biliknya luas sgt, ada dua katil double bed (best empuk sgt tilamnya!). dlm bilik ada mini bar, iron dan iron board, bedroom slippers, tea making set.

ni gambar semua peserta masa sesi closing (hari rabu 8/4/26)...MZ kat line belakang so nampak terselit muka ajer tu


selfie lah sekeping..

ni gmbr MZ dari belakang (secretariat share dlm group wasup)..MZ pakai tudung kaler nude/light brown tu.

salam hari khamis uolls...ari ni MZ ada kelas 5 jam...
nanti MZ slow2 cari masa utk BW yer. tq sbb sudi singgah dan drop comment

10 comments:

Fajarwalker.com said...

Wah pantas lah nampak mewah dan menawan dipandang, rupanya masih under Mariott ya. Hotel bintang 5.
Lihat ini hasrat ingin berkarir Malay tiba-tiba membumbung tinggi. Adakah lowongan kerja di sana mbak Suzie :D

shaizhar said...

Dah lama tak pergi Melaka. belum rezeki nak healing.

thisni3za said...

Sy suka event2 mcm ni =D

abuikhwan said...

retreat, seminar, team building, melibatkan dalam dewan, saya attend tanpa roh haha.. tapi kalau outdoor no. satu la angkat tangan nak pi

Roziah @ Cie said...

tingginya ada 28 tingkat.

Ezna Khalili said...

I dulu pernah la bilik sorang2 masa attend kursus masa kerja dan pernah kena 'kacau' juga. Terasa macam dia tengok je I tapi tak nampak siapa yang tengok. Tutup muka dengan selimut dan berharap cepat2 lena.

Ezna Khalili said...

Sambung lagi....lepas tu rasa macam nak lari ke lobby dan tidur sana....

Mulan said...

Marriott memang lah best hotel 5 star. Scary juga tidur sorang2.

Mznimnwr said...

Saya tak pernah stay mariott lagi hehe. Lobby pun luas betull

Suria Amanda said...

SA plan nak sambut birthday suami kat Melaka this week..tapi Dania x bagi...panas terik dan xde apa pun Melaka, kang mama stress banyak tempat jammed..sudahnya SA tukar ke Kuantan Sabtu ni..dah bookes Swiss BelHotel...hahahaha...kami berdua aje suami isteri bercuti a.k.a balik "kampung angkat" boleh masuk wishlist la hotel yang Sis MZ pi ni...nampak menarik...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails