Tuesday, 24 May 2016

Today 11 years ago

.....masih segar di ingatan, 24th may 2005, u came to this world...
u were born in KBMC, with nenek besides me kat dlm labour room..papa balik lmbt sikit (papa keje kat KL, mama balik kelate 2 weeks early ie sblm EDD--tarikh dijangka bersalin), so papa tak sempat temankan mama masa bersalinkan zharfan...nenek dan tok ayah adalah org pertama yg menyambut kehadiran zharfan kat dunia ni (of course selain Dr Lily and KBMC nurses lah ;)) pok nik pun ada bersama2 kita kat KBMC, tunggu zharfan lahir..

kegembiraan dan kesyukuran yg tak tergambar dgn kata2, menimang cahaya mata pertama yg ditunggu2.. zharfan lahir time midnite..exactly on EDD!

and now zharfan dh ada 2 org adik, both lil brothers, as ur frens, ur buddies, ur companions, adik beradik dunia akhirat..i'm thankful and grateful sbb zharfan sgt responsible, sayangkan adik2 sgt2, tlg mama jaga adik2, tlg adik2 dlm pelajaran..

doa mama, 
semoga zharfan jadi anak soleh berjaya dunia akhirat..
dan apa jua yg terbaik utkmu my beloved son
amiin ya rabbal alamin

happy 11th birthday my dear son
may the blessings of Allah be with u always





Monday, 23 May 2016

What he does @school

not really school but nursery ie IIUM Educare...sajer nak tepek pics lil razeen yg his teachers shared via group wasup..so that bila razeen dh besar..kalau godek2 blog mama, he can see his childhood pictures and memories..as at today, razeen dh berusia setahun 9 bulan..lg 3 months dh boleh celebrate 2nd bday!


belajar bukak zip dan tutup zip beg

belajar amik beg dan simpan beg




@playground (razeen in orange t-shirt/shorts)


main air!



Thursday, 19 May 2016

Dekat di hati

sesuatu yang sentiasa dekat di hati...none other than the less fortunate ones..anak2 yatim yg tinggal kat Rumah Anak2 Yatim Al-Nasuha...dekat jer dgn my area...

jom jom ...kita semua mampu infaq/derma RM5 or RM10 Insya Allah..
#dekat di hati..moga2 kita semua dekat bersama2 di jannah nanti..amiin

copy paste from FB Al-Nasuha

Rumah Perlindungan Al Nasuha di Gombak mempunyai lebih 70 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia 2 bulan hingga 15 tahun. Al Nasuha juga kini sedang memberi perlindungan kepada lebih 20 orang wanita teraniaya . Mereka ini datang dari pelbagai latar belakang, pengalaman dan sejarah hidup yang perit. Keperitan hidup yang dilalui oleh sebahagian mereka sebelum berpindah ke Al Nasuha terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
.
Kami berazam untuk mengubah juadah berbuka puasa mereka pada bulan Ramadhan sebelum ini daripada ’nasi, kicap dan air sejuk’ kepada ’nasi, ikan, sirap dan buah’. Kami juga berazam untuk menjadikan Syawal mereka daripada ”tiada baju raya’ kepada ’sehelai T-shirt dan kain pelikat’. Kami hanya merancang berdasarkan kemampuan yang ada.
.
Setelah hampir 8 tahun beroperasi, Rumah Perlindungan Al Nasuha masih mengharapkan bantuan dan sokongan semua pihak untuk terus kukuh berdiri menjaga kebajikan anak-anak yang kurang bernasib baik di sini agar mereka semua menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. 
Keperluan asas masih belum mencukupi dan kemudahan rekreasi dan sosialisasi masih belum mampu disediakan. Sehubungan itu, Rumah Perlindungan Al Nasuha membuka peluang seluas-luasnya kepada seluruh muslimim dan muslimat untuk melakukan amal jariah sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.
.
Kami sangat berharap akan sumbangan dari orang ramai bagi memenuhi keperluan tersebut. Anda boleh menyumbang ke AKAUN MAYBANK : 564829000530 atas nama "Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Nasuha" . Boleh hubungi UMI 017-9354323 untuk maklumat lanjut.
.
RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA
Lot 410 J, Taman Changkat Mulia, 
Off Berjaya 6, Kampung Changkat 
68100 Batu Caves Selangor. 
Telefon : 017-9354323 (UMI)
Facebook : https://www.facebook.com/bantukami/



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails