Thursday 19 May 2016

Dekat di hati

sesuatu yang sentiasa dekat di hati...none other than the less fortunate ones..anak2 yatim yg tinggal kat Rumah Anak2 Yatim Al-Nasuha...dekat jer dgn my area...

jom jom ...kita semua mampu infaq/derma RM5 or RM10 Insya Allah..
#dekat di hati..moga2 kita semua dekat bersama2 di jannah nanti..amiin

copy paste from FB Al-Nasuha

Rumah Perlindungan Al Nasuha di Gombak mempunyai lebih 70 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia 2 bulan hingga 15 tahun. Al Nasuha juga kini sedang memberi perlindungan kepada lebih 20 orang wanita teraniaya . Mereka ini datang dari pelbagai latar belakang, pengalaman dan sejarah hidup yang perit. Keperitan hidup yang dilalui oleh sebahagian mereka sebelum berpindah ke Al Nasuha terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
.
Kami berazam untuk mengubah juadah berbuka puasa mereka pada bulan Ramadhan sebelum ini daripada ’nasi, kicap dan air sejuk’ kepada ’nasi, ikan, sirap dan buah’. Kami juga berazam untuk menjadikan Syawal mereka daripada ”tiada baju raya’ kepada ’sehelai T-shirt dan kain pelikat’. Kami hanya merancang berdasarkan kemampuan yang ada.
.
Setelah hampir 8 tahun beroperasi, Rumah Perlindungan Al Nasuha masih mengharapkan bantuan dan sokongan semua pihak untuk terus kukuh berdiri menjaga kebajikan anak-anak yang kurang bernasib baik di sini agar mereka semua menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. 
Keperluan asas masih belum mencukupi dan kemudahan rekreasi dan sosialisasi masih belum mampu disediakan. Sehubungan itu, Rumah Perlindungan Al Nasuha membuka peluang seluas-luasnya kepada seluruh muslimim dan muslimat untuk melakukan amal jariah sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.
.
Kami sangat berharap akan sumbangan dari orang ramai bagi memenuhi keperluan tersebut. Anda boleh menyumbang ke AKAUN MAYBANK : 564829000530 atas nama "Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Nasuha" . Boleh hubungi UMI 017-9354323 untuk maklumat lanjut.
.
RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA
Lot 410 J, Taman Changkat Mulia, 
Off Berjaya 6, Kampung Changkat 
68100 Batu Caves Selangor. 
Telefon : 017-9354323 (UMI)
Facebook : https://www.facebook.com/bantukami/



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails