Tuesday, 14 April 2026

Farewell party | Meraikan hari persaraan

One of my colleagues baru bersara wajib (umur 60) last week, yg bersara ni admin staff (ketua admin lah her post ni kat AIKOL), nama Puan Oza...disayangi ramai sbb soft spoken orgnya dan keje efisyen, helpful dan easy to work with her.

so hari jumaat lps, semua admin staff AIKOL organize majlis mkn2 potluck, dan geng2 lecturers perempuan pulak kutip duit utk bagi hadiah jugak, dptlah beli loket emas 916 utk Puan Oza..moga2 jadi kenangan terindah gitu..actually ada sorang lagi admin yg bersara (Puan Izan) tp tak dpt attend majlis ni, pun kami bagi hadiah yg sama jugak. Puan Izan tu in charge internship utk students AIKOL.

food meriah sgt! ni some of the food lah..mknn utama memang ada nasi dan lauk2, ada bihun soto, ada lemang, rendang, nasi lemak, cottage pie etc..meriah sbb ramai yg bwk mcm2 food sbb versi potluck kan...dlm gmbr ni..ada nasi impit kuah kcg, kek butter, lasagna, tauhu bergedil

ada yg bwk sushi jugak (MZ tapau my portion utk bagi kat ariff dan razeen sbb both of them suka sushi)

ada nasi dagang (tempah khas!)..ada karipap, burger malaysia, roti boy....dan a long list of dessert jugak..memang tak terdaya lah MZ nak makan semua food yg ada

alang2 entry psl persaraan...ni komen our blogger friend from canada (MZ ss her comment last year lagi ni)...
in Malaysia, compulsory retirement age is 60, while in Canada, latest, it is 67! anyway, in Malaysia, some workers do opt for early retirement, at the age of 55 or 56 or 58 ie few years before reaching 60. majority of civil servants retire at 60, and they have monthly pension (like salary!)...for my employer ie UIA, we don't have pension scheme, we only have EPF...so need to be prudent in spending the money saved in EPF throughout our working days the moment we start our retirement day.


ni MZ screenshot dari FB...moga2 kita semua dipanjangkan umur utk menikmati hari2 persaraan...minimum perbelanjaan bulanan around RM2,500... of course dgn syarat rumah, kereta, loan, credit card semua dh abih bayar lah time bersara ni. dan anak2 semua dh keje ie tak pyh tanggung anak2 dah.

ni yg MZ screenshot dari harian metro..pasal current living cost slps retirement, estimate RM3390 (again depend on lifestyle dan komitment masing2)...tp now, harga barang memang naik sbb konflik asia barat tu..so duit jd kecik jer nilai..

moga2 kita semua dipanjangkan umur utk menikmati hari2 persaraan, tak kisahlah walaupun berbelas or berpuluh tahun lagi utk sampai ke tarikh itu..
MZ pulak...masa mula2 join UIA, MZ signed letter of offer, time tu retirement age 58, so MZ opt for that one, then bila ada revision utk 60 retirement age, MZ tak sign plak that one (overlook/tak perasan sebenarnya/nobody alerted me), so maintain lah umur persaraan MZ 58, which means, I have 8 years from now to serve UIA insya Allah...time tu my razeen will be 20 yrs old ie masih belajar kat uni...so memang kena plan betul2 all the budget and expenses sbb dh tak de gaji bulanan kan (UIA tak de pencen, tak sama mcm IPTA yg lain kat Msia)

uolls bersara umur 60 ker semuanya?
salam hari selasa uolls!
ari ni MZ ada kelas 5 jam plus kelas ganti jugak so kelas jd around 7 hrs so MZ tak puasa lah hari ni

17 comments:

shaizhar said...

8 tahun lagi ye. Semoga semuanya baik2 sahaja. Di berikan kesihatan yang baik. A-Min

Suria Amanda said...

Sa bersara umur 60 tahun tapi SA nak bersara awal umur 55 macam tu..insyaallah...tapi masih memikirkan lagi samada nak teruskan ke 60 atau stop at the age of 55/58...dalam dilema gak ni sebab duit rumah pun x habis lagi...masih ada 100k lagi...adoiiiii.....

thisni3za said...

Dgn ofis skrg mmg bos letak surat brsara umur 60 sama dgn ofis Hata. That time kids semua dah kerja or kalau ada jodoh dh bleh kawin. hrp2 that time hutang rumah & dll dah settled. & hopefully that time cost yg KWSP estimate tu betul. =)

adnil linda said...

time linda masuk gomen, dah wajib 60 tahun... ada lagi 22tahun kalau nak tunggu umur 60 tu...

Snapbackpacker said...

secara contoh kalau ada 150k dalam epf, tanpa keluarkan modal, hanya keluarkan dividend bulanan..rasanya sekitar rm750 sebulan fuh boleh hidup ke zaman sekarang

Carneyz said...

Sedapnya semua menu potluck ni 😋 selamat bersara buat Puan Oza dan Puan Izan.

Fajarwalker.com said...

Ayah saya umur mendekati 60an, sampai sekarang masih je kerja seperti biasa. belum ada tanda-tanda mau pensiun.
malah saya pun bingung kalau nanti dia pensiun bagaimana. Sebab, memang hari-hari hidupnya itu sudah terbiasa sibuk, bekerja terus.

abuikhwan said...

selamat bersara kepada yang bersara..moga menjalani kehidupan yang ceria dan tenang...

Ezna Khalili said...

Moga kita semua dimurahkan rezeki Suzz. Kalau dapat buat side income pun ok juga....

Ezna Khalili said...

I puasa hari ni Suzz kemudian ada cerita emergency pulak hari ni. Hubby I actually sebab dia ada kepakaran SAP tu jadi boleh la bersara umur berapa pun. Ada kawannya dulu line SAP juga (dah meninggal dah) masih bekerja umurnya 70 tahun. Tapi hubby I nampaknya sebelum 60 nak berehat la kot.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Hufft.... Di sini pensiun usia 55 kak 😫😫. Makanya saya pun perlu persiapan sangat . Yg saya lakukan skr, investasi dari saham , itu ada dividen yang masuk setahun 2x. Lalu passive income dari bonds masuk tiap bulan.

Syukurnya suami ada rumah yang disewa oleh retail market besar di Indonesia, sebagai cabang supermarket mereka. Jadi dari situ kami dpt income juga, tapi bayarnya 5 tahun sekali. Sebab dia langsung per 5 tahun.

Kalau dari keluarga saya, Krn papa ada business bakery shops dan peternakan ayam, jadi income dari sana, sayapun dapat tiap bulan. So, hrs pandai2 atur kalau nanti suami dah resign dari CIMB. Passive income inilah yg akan jadi pemasukan kami 😅

Roziah @ Cie said...

cie sign 58 sebab masa cie masuk tu memang 58 dah. masa option 60 tak sign. sebab memang nak pencen awal. beban kerja yang semakin meningkat memang rasa nak pencen awal je. tapi sebab banyak komitmen so teruskan jela sampai 55 ke boleh la try apply pencen.

mama tisya said...

oh dkt canada 67 umur utk bersara ye...kt opis kita bersara awal utk perempuan 45..utk lelaki 50...kita dh nak bersara juga...dh antar notis...counting days nk abiskan cuti je

Kakmim said...

15 tahun lg nk bersara ni.. hihihi

Linda's Relaxing Lair said...

Wonderful post, dear friend. I like how you added screenshots of comments from a previous post! You are amazing!

Etuza said...

Berbahagia lah orang yang dah bersara awal..boleh pilih bersara awal ..InshaAllah

Mznimnwr said...

Saya umur 20 an. Tapi rasa nak bersara awal jugaklah huhu.. semoga dipermudahkan urusan kita smua nak pencen. Ada baca berapa tahun lepas. Sekurang-kurangnya kena ada 1 juta utk bersara dgn selesa. Tpi dgn keadaan ekonomi skrg ni, mesti nilainya makin meningkat lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails