Wednesday 18 August 2010

because me miss 'him'


ramadhan ni adalah ramadhan kali kedua me & my family berpuasa dan beraya tanpa my dad..and of course we all takkan dpt jumpa my dad dah :( :(

then me terbaca psl enrty psl roh kt blog nur_eimi..so me lagilah teringat..rindu sgt2 kat arwah my dad...Insya Allah doa my mom & anak2 takkan putus utk my dad di alam sana :( :(

ni me copy paste from blog nur_emi :)

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak

menyayangimu,

Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,

Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...

Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului

kita"


Roh di Bulan Ramadhan


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku


menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan


Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah


bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith


Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan


apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon


kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang


ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah


kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada


penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak


dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan


terus di penjara di Luh Mahfuz.






Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah


pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan


pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan


ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka


lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan


sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan


mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz


dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.






Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan


bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa


hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah


bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat


bekalan dari orang-orang yang masih hidup.






Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,


yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah


daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus


ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang


bermanfaat dan sedekah amal jariah.

note : sama2lah kita berdoa agar ramadhan thn ni adalah yg terbaik utk kita semua, dan bukan jua ramadhan yg terakhir...

9 comments:

Sheherazade said...

Al-Fatihah

me bace tajuk dah dapt agak


:'(,jgn sedih2 ye xoxo

Liza said...

Al-Fatihah, bulam Ramadhan nie mmg makin terkenang pada mereka yg dah meninggalkan kita

NAZ said...

Al Fatihah. semoga kita bersedia untuk diri sendiri pula

NeenaAnuar said...

Al-fatihah.. missed my mommmm.. :(

Intan Inn said...

al-fatihah..miss my dad 2...

Hezesuze said...

al fatihah....

Wan Amira said...

al fatihah..

Tutup Blog said...

same goes to me... 2nd rayer without my dad...
abah, really miss you=(

Farra Dhelina said...

kak..ur entry reminds me of my late father..

damn..i miss him badly kak!!

al-fatihah utk semua yg telah pgi meninggal kita..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails