Sunday 13 March 2011

Kasih seorang lecturer | Bingkisan terakhir untuk..

entry ini adalah kesinambungan entry INI..

ni me copy paste dari email yg ditulis oleh one of my colleagues kat law faculty UIA..she happens to have a close relationship--lecturer-student-kakak-adik...

wpun agak panjang, tp touching...:(

"assalamualaikum
Tulisan ini saya dedikasikan kepada Allahyarhamhu Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd, seorang pelajar yang amat istimewa di mata dan di hati saya.

Bagi saya saya pelajar-pelajar saya adalah anak-anak saya dan adik-adik saya.Wan Ahmad Fadzil adalah pelajar yang yang paling akrab dengan saya.Uniknya Wan Ahmad Fadzil ini adalah kerana dia tidak pernah belajar di dalam kelas saya.tetapi dia selalu datang ke pejabat saya dan
bertanya pendapat saya tentang itu dan ini. Ketika cuti, dia selalu menghantar sms dan bertanya khabar sambil bercerita tentang ibu dan ayahnya di kampung.
Saya masih ingat ketika dia grad dari UIA 3 atau 4 tahun lepas, dia menghantar
ucapan terima kasihnya kepada saya. Saya membalas smsnya dan menulis, "Fadzil, awak tidak terhutang apa-apa dengan saya. Saya tidak pernah  mengajar awak." Tetapi Fadzil menjawab sms saya dengan menulis " Madam, siapa
kata saya tidak terhutang budi dgn madam? Bukankah, madam selalu luangkan masa utk mendengar masalah saya?mendengar keluhan saya..mendengar cerita saya?  Saya terhutang masa madam.Banyak masa madam luangkan utk saya. Bukankah itu juga
budi? Kalau orang berbudi, kenapa kita tidak berbahasa?"

Sms itu mengajar saya satu perkara...budi bukan saja di dalam bentuk material tetapi masa dan kesanggupan orang lain mendengar masalah kita juga adalah budi.
Terdetik di hati saya, bertuahnya ibu yang dan ayah yang berjaya mendidik anak setulus Ahmad Fadhil. Thn 2007 dia melangsungkan pernikahan di Trengganu dan
saya bersama anak2 ke Kuala Trengganu utk meraikan hari gembiranya. Dia bertanyakan kepada saya, "madam nak menginap di hotel mana?" Dan saya
memberitahu Fadhil..saya mahu menginap di rumah ibubapa Fadhil. Sehari saya dan anak-anak tinggal di rumahnya, bersama keluarganya. Rumah kampung yang dihiasi dengan keindahan budi bahasa dan ramah tamah keluarganya. Ketika dia dan
isterinya Nor menghantar saya dan anak- anak menaiki bas, berulang kali dia mengucapkan terima kasih kerana sudi datang meraikan hari gembiranya. April 2009, saya mendapat sms daripada Fadhil... " Madam, saya telah menjadi seorang
ayah. Nor telah selamat melahirkan baby perempuan.saya telah hantar gambar baby ke email madam." Bulan Jun 2009 saya membawa anak-anak saya ke rumah mertua Fadhil di Shah Alam untuk melihat anak sulungnya. Terpancar kegembiraan di wajah dia dan isteri
melihat saya dan anak2 datang melawat orang baru dalam hidup mereka. Dan hari itulah dia memberitahu saya dia akan berangkat ke Islamabad pada bulan Julai
bersama isteri dan anaknya Wan Nada.
Terdetik rasa sedih di hati saya..tapi saya gembira melihat kejayaan Fadhil dan kebahagiaannya. Ketika di Islamabad, Fadhil masih
menghantar  sms kepada saya..walaupun hanya sekali sekala. Sesekali kami berbual di Yahoo Messenger, dan dia pernah menunjukkan anaknya kepada saya melalui webcam.Semua itu cukup menyakinkan saya..dia tidak pernah melupakan saya yang dianggapnya sebagai
seorang kakak. Semoga dia dan keluarganya sentiasa dilindugi dan dirahmati Allah ketika berada di perantauan.  "Kalau orang berbudi..kenapa kita tidak
berbahasa?" Itu ayat Fadhil yang terus tersimpan di hati dan fikiran saya.
Bagi saya..saya tetap berpegang teguh kepada kata- kata, biar miskin harta asal jangan miskin budi bahasa bahasa. Biar tidak cantik rupa..tetapi cantik akhlak dan budinya..Di mana bumi di pijak..di situ langit dijunjung. ada dua perkara
penting yang saya belajar..Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. orang yang tidak tahu menghormati tidak akan dihormati. Keduanya didiklah
anak-anak kita dengan budi bahasa yang tinggi.kerana di situ terletak nilai seorang manusia.

Hampir dua tahun berlalu, pada pertengahan Februari 2011, saya melihat satu nama yang meminta di addkan sebagai kawan Facebook saya, W.Ahmad Fadzil. Saya terus menerimanya dan sejak itu kami lebih kerap berhubung melalui facebook. Dia memberitahu saya dia akan pulang ke Malaysia pada awal Mac, tapi kali ini bukan bertiga, tapi berempat kerana dia baru mendapat seorang lagi anak perempuan yang dinamakan Marwa. Fadzil juga menyebut, "kali ni balik saya nak cuba juga jumpa madam, sebab dah dua kali saya balik ke malaysia tetapi tak dapat bertemu muka dengan madam." Gembiranya hati saya Allah saja yang tahu, dan saya berpakat dengan dua rakan karibnya Syed Zulfadlie dan Husni utk bertemu dan makan2 di rumah saya. Saya seperti menghitung hari menunggu kepulangan seorang adik yg amat saya rindui.

1hb Mac 2011, saya memerima satu panggilan dari nombor yg tidak saya kenali. Disebabkan sedang berada di dalam bilik mesyuarat, saya cuma menghantar sms bertanya, "siapa ni?" Dan beberapa saat kemudian saya menerima balasan sms. "Wan Ahmad Fadzil lah madam..." Gembiranya hati saya waktu itu, tetapi saya memberitahunya sekali lagi, "saya sedang mesyuarat ni Fadzil." Rupanya dia berhajat bertemu saya pada tengahari itu. Selepas kelas pukul 5 petang saya menelefon Fadzil dan dia memberitahu saya dia dan keluarganya di dalam perjalanan pulang ke Trengganu. antara kata2nya petang itu, "madam, dah dua kali saya balik...tapi tak pernah beri apa-apa pada madam. Kali ini saya ada bawa balik ole-ole utk madam dari Islamabad. Nanti kita jumpa sebelum 7hb Mac ya." Saya sempat berterima kasih dan meminta dia berhati2 memandu dan minta disampaikan salam kepada semua keluarganya di trengganu. Saya mula merancang, apa yang nk dimasak hari Sabtu nanti utk meraikan Fadzil dan keluarganya, Syed dan isteri serta Husni.

Malam itu saya terasa amat letih kerana tugas yg banyak di pejabat. selepas solat Isyak saya terlena hingga pukul 12 malam. tengah malam itu saya bangun dan ingin menyiapkan sedikit kerja yang belum siap. 12.30 malam saya menerima pnggilan dari Syed Zulfadlie. tertanya-tanya juga kenapa Syed call waktu ni.  Tapi belum terlintas sebarang fikiran buruk di kepala saya. selepas memberi salam. Syed bertanya, "madam dah dapat berita?" Berita apa syed?  berita ahmad fadzil.." Waktu itu saya mula dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena kerana saya tahu dia dan keluarga dalam perjalanan balik ke Trengganu. Di dalam hati  terdeetik mungkin Fadzil kemlangan dan alami kecederaan agaknya..tetapi berita yang syed sampaikan pada malam itu membuatkan saya terduduk dan terus menangis. "Fadzil dah tak ada madam...."
Saya mengajak Syed dan isteri ke Trengganu malam itu juga tapi Ja isteri Syed kurang sihat dan tidak mengizinkannya utk travel jauh. Saya menelefon Husni dengan harapan kami dapat sama-sama ke Trengganu, tapi husni mempunyai tugas penting di Melaka dan tak mungkin dia dapat meninggalkan kerjanya. Akhirnya saya tekad, membeli tiket Air Asia menerusi internet dan mengambil penerbanagan ke Kuala Trengganu pada pukul 7 pagi.

8 pagi saya tiba di Airport Sultan Mahmud, KT. Tiba2 rasa kaki tak mampu melangkah kerana rasa tidak mampu nak menghadapi kenyataan Fadzil sudah tidak ada lagi. Saya gagahi mengambil teksi ke Bari Besar,dan setibanya di rumah ibubapa Fadzil, airmata saya mengallir laju kerana 3 tahun lepas, saya ke situ utk meraikan majlis pernikahannya. Tapi kali ini adalah utk menziarahi jenazahnya. Sebaik2 melangkah masuk ke rumah, ibu Fadzil yg mengenali saya terus memeluk saya dan kami sama-sma menangis. Tapi ibu Fadzil jauh lebih tabah dari saya. Ibunya memujuk saya, "kita sayangkan fadzil, tapi Allah lebih sayangkan dia." Selesai berwudhu, saya duduk di sebelah isteri  Fadzil dan membaca surah Yasin. Bergetar suara saya dan isterinya menahan hiba sambil membaca ayat2 suci. Setiap kali tetamu yang datang menyelak selendang yg menutupi wajahnya airmata saya mengalir deras. Wajahnya tenang seperti sedang tidur.Saya berada di hujung kepalanya hinggalah jenazah diangkat untuk dimandikan, manakala ibunya berda di hujung kaki jenazah anak yang tercinta. sebelum dimandikan (dengan berlapik selendang), saya sempat menyentuh dan mengusap rambutnya utk pertama kali dan terakhir kali. Betapa saya ingin mencium dahinya sebagai tanda kasih seorang kakak kepada adik, tetapi sedalam mana sekali pun kasih sayang saya terhadap dia... saya masih ingat dia tetap bukan mahram saya.

Selesai dimandikan, ayah allahyarhamhu Fadzil meminta sanak saudara yg ingin melihatnya untuk kali terakhir agar masuk ke bilik di mana jenazah dikafankan.Sekali lagi saya menatap wajahnya buat kali terakhir.Selesai solat jenazah, keranda diusung keluar rumah, tetapi kali ini saya tidak melihat keranda di bawa pergi. Saya tidak ada kekuatan melihat dia dibawa pergi utk selama-lamanya. Hanya selepas itu saya terpandang kembarnya Lotfi  dan hati saya tambah pilu bila melihat dia. Wajah dan susuk tubuh yang sama tetapi dia bukan Fadzil yang saya kasihi. Sebelum pulang, ayah Fadzil sempat berkata, "Puan, anggaplah Lotfi ni sebagai ganti fadzil..." dan waktu itulah airmata saya tidak dapat ditahankan lagi. Saya tinggalkan rumah itu dengan hati yang amat pilu...dan dengan seribu kenangan. Bahagialah ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka menjadi anak2 yang beraklak mulia. Wan Ahmad Fadzil Wan Ahmad...pelajar yang tinggi budi bahasanya. Tak mungkin ada gantinya lagi..kalau pun ada, tetap tidak sama dengan yang telah pergi.

Damailah di sana adikku. Semoga Allah menempatkanmu bersma insan2 yang dikasihi dan diredhaiNya. InsyaAllah, kalau panjang umur, saya akan berkunjung lagi ke rumah ini utk menziarahi keluarga yang amat saya kasihi ini. selagi hayat dikandung badan saya tak mungkin akan melupakan mereka. Fadzil..namamu kekal di hati saya dan kata-katanya, "kalau org berbudi, kenapa tidak kita berbahasa..." akan terus kekal di dalam ingatan saya.  Moga Allah memberikan kekuatan buat Siti Nurbaiya isteri Allahyarhamhu Fadzil dan seluruh keluarganya utk meneruskan kehidupan ini bersama Wan Nadaa dan Wan Marwa. Amin ya Rabbal 'Alamin"
note : kita semua pun akan melalui perpisahan abadi dgn yg tersayang..cuma tunggu saat & masa yg telah ditentukan sejak azali...

14 comments:

mrs eyza said...

al fatihah untuk arwah Wan Fadzil...

Hani Shaklee said...

menangis saya bace entry ni..harap saya dapat jadi seperti fadzil dan dpt jadi lecturer yg baik nnt..huhu..cedihnyer.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh..al-fatihah..

azlina aziz said...

Touching sungguh bila baca entri ni. Selalu mak saya cakap" Orang yang baik, umurnya tak panjang. Tuhan tak nak dia buat dosa, sebab tu la."

H said...

wau, dalam betul maksud entry ni.. Best sangat yet sedih baca..

http://www.betul3salah.com/

Chekgu Azrine said...

takziah kepada keluarga fadzil..semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan para soleh...sedihnya baca cerita nih...

ღ❤❣::A.J.M::❣❤ღ said...

embun ada baca kemalangan ni dlm paper... sedih sangat mengenang ibu arwah yg menanti kepulangan arwah... Semoga keluarga arwah tabah... sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah... Al Fatihah...

ADLIL RAJIAH said...

takziah untuk keluarga arwah. sedihnya baca luahan macam ni :(

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!

My Love said...

Salam..

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun

ardinihumaira said...

Al-Fatihah..

Wan Amira said...

Al Fatihah.. sebak bace cerite ni.. moga arwah ditempatkan di roh orang yang soleh.. dan isteri dapat mengharungi saat geti dengan tabah

eija_sweetmama said...

sedihnya baca kisah ni..
mmg bagus betul Wan Ahmad Fadhil ni..

semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

awjan said...

kak lah..cikwa copy link entry ni letak kt blog cikwa yer....

tiefazatie said...

ya allah...sedih ifa sis..smp mnangis baca n3 nie...

alfatihah utk arwah..

Wonderful Life with Mary Kay said...

Entri ni dah lama... Tapi Liza ke sini, baru terjumpa.. Akak Suzie.. sedih la.. Walau tak kenal langsung dia, tapi dpt rasakan keperibadian dia yang luhur....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails