Thursday 24 March 2011

Keterujaan Eksplorasi MySelangorStory | My 1st ever Advertorial task - yang pertama adalah yang terindah

ini adalah entry hasil tulisan me. me tulis in full malay language, guna bahasa skema. entry ni sbg pendedahan /training courtesy of Eyriqazz yg sgt otai bab2 tulis advertorail Nuffnang..yelah, kot2 in the future me betul2 dpt advertorial kan :P silalah berangan yer MZ :p entry ini telah dipublishkan di blog Eyriqazz. me just copy paste ajer ni. tq for reading.


Melancong, bercuti, makan angin, berlibur sudah menjadi sebahagian gaya hidup rakyat Malaysia. Tourism Selangor too sewajarnya mendapat pujian atas usaha-usaha pro-aktif lagi kreatif dalam mempromosikan Selangor, seiring dengan perkembangan pesat ‘industri’ blogging di Malaysia.

Tourism Selangor yang berpejabat di Section 14, Shah Alam, adalah enjin penggerak utama berperanan mempromosikan industri pelancongan di negeri Selangor, dan laman web rasmi Tourism Selangor menyalurkan informasi terkini tentang tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

Saya sungguh leka bila melayari laman web Tourism Selangor buat pertama kalinya, bak terkena panahan cinta pandang pertama, dari satu gambar ke satu gambar, semuanya bagaikan menggamit saya untuk berkunjung, berlibur cuti2 Selangor. Owwhh tidak, saya tidak berjenaka ya—anda sendiri cuba rasai pengalaman menjamu mata dengan gambar beserta informasi—ayuhh jangan berlengah yer— click TOURISM SELANGOR
I-City Shah Alam: salah satu tarikan terkini di Selaangor—seolah2 di alam fantasi!]

Ada apa pula dengan MySelangorStory?? ‘Cerita Selangor Saya’? Atau mungkin ‘Cerita Selangor Anda’ jua?!..Yess..MySelangorStory 2010 sebagai aktiviti perintis telah berjaya menyalurkan informasi tempat2 percutian di seluruh Selangor yang mungkin tidak kita sedari kewujudannya termasuklah konsep homestay, juga mempopularkan aktiviti cuti2 selangor di kalangan bloggers tempatan khususnya, bahkan tidak mustahil sebagai sumber rujukan pelancong dari negara luar! Jangan tak tau yer, bloggers di Malaysia kini mencecah 2 juta org (saya ternampak jumlah tu dalam laporan akhbar online tahun lepas)—wow!!..hebatkan kuasa promosi melalui blogging ni , tidak syak lagi.
  
Genting Highland Strawberry Farm 
Tak perlu mendaki sampai kemuncak Tanah Tinggi Cameron untuk menikmati strawberry segar cicah coklat—Genting Strawberry Leisure Farm kini boleh dikunjungi di lokasi Gohtong Jaya, Hulu Selangor.

Rentetan kejayaan MySelangorStory 2010, Tourism Selangor dengan penuh keyakinan akan meneruskan MySelangor Story 2011. Pastinya ramai bloggers ternanti2 untuk turut serta, apa taknya, hadiah2 lumayan adalah tarikan utama, selain dari pendedahan dan pengalaman unik yang bakal ditimba sepanjang aktiviti MySelangorStory.

Rumah Buluh Betung Resort
 
Unik kan resort ni – pastinya pengalaman baru kalau dapat menginap di sini

Sejujurnya, saya mencemburui peserta-peserta MySelangor Story 2010 kerana dapat merasai cuti2 Selangor—segalanya ditaja, dapat hadiah lagi, dan paling istimewa, penglibatan secara langsung untuk sama-sama mempromosikan Selangor. Saya pun seakan2 ingin turut serta—mungkinkah ada peluang untuk saya agaknya pada sesi MySelangor Story 2011?

waterfall FRIM

 Selangor kaya dengan pelbagai pilihan tempat rekreasi semulajadi—air terjun @FRIM antara yang popular di kalangan pelancong tempatan mahupun pelancong asing

Apa lagi yang wajar dilakukan oleh Tourism Selangor yer untuk meningkat aktiviti promosi? Secara peribadi, selain wadah blog secara platform, tv adalah media yang terbukti berkesan; mengapa tidak Tourism Selangor mengambil satu slot atau pun sebuah rancangan khas (13 episod contohnya), program reality ala2 explorace gaya santai/sempoi sambil menonjolkan tempat-tempat menarik yang kurang mendapat promosi sekitar negeri Selangor –peserta-peserta di kalangan bloggers yang popular—RedMummy pastinya dalam senarai utama!!

Firefly Park Resort

Jom merasai pengalaman menyaksikan api2/kunang2 dlm jumlah ribuan –berkelipan seolah2 ‘i-city’ semula jadi ;) -- @Firefly Park Resort Kg Belimbing]

Saya yakin ramai bloggers (saya tidak terkecuali) ternanti-nanti kemunculan MySelangorStory 2011. Pihak Tourism Selangor mungkin boleh mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Nuffnang demi mengoptimumkan penglibatan para bloggers!! Anda teruja?? Ringan-ringankan jari runcing anda untuk ‘click2’ terus ke laman web Tourism Selangor juga My Selangor Story untuk perkembangan terkini!!

Entri ini adalah advertorial ehsan Eyriqazz.com, yang mana salah seorang finalist MySelangor Story 2010. Sekalung tahniah untuk Bro Eyriqazz kerana berjaya menggondol kategori blog paling interaktif!!

Apa pula kata anda pasal cuti-cuti Selangor?? Jom kongsi2!! Tak syoklah kalau simpan seorng apa jua info/idea cuti2 Selangor kan ;)

Tentang Penulis : Mama Zharfan, bakal bergelar Dr. apabila menamatkan PHDnya tak lama lagi. Satu keunikan yang sukar dicari,seorang bakal Dr. berblog dan mengexprestasikan diri dengan berblog. Sangat berbakat dalam menulis dan telah banyak memenangi "Blogging Contest". Semangat yang kental dan pandangan yang bernas/sentiasa ke hadapan di ketengahkan oleh Mama Zharfan. Fell free to visit her blog : Mama Zharfan

9 comments:

Unknown said...

actually..na tak paham sangat sal entry ni..dah bace sal entry ni kat blog GTO..mz yang buat entry nih ke?/oor camnoooo??

hebat la sis !!

Mama Zharfan said...

@mama rifQy : a'ah, ni entry yg me buat, kiranya mini advertorial, penajanya eyriqazz. eyriqazz (via his contest last time) bermurah hati nak ajar cara2 tulis advertorial, so lps dia bagi guide, me tulis lah, tajuknya eyriqazz yg bagi..paham tak..;) :) eyriqazz bagi token RM30 utk me buat entry ni..beshh kan, kalau advertorial nuffnang, boleh dpt ribu2 per entry tau, mcm yg eyriqazz selalu dpt tu...

mizayusof said...

TAHNIAH MZ :) Miza dah baca entry ni. Pengalaman dan susah payah nak buat advertorial job kan. Sangat berharga. bukan senang nak dapat.

TAHNIAH :)

tiefazatie said...

wah..nice la sis...ada gaya nie..hihi

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bakal seorg dr yg berblog secara sempoi...
:)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

oh ila ada baca title ne kat GTO tue. ila ttgu2 juga entry MZ yang katanya akan kuar kat GTO

MamaYatie said...

best jerk! tp janggal pulak bila baca ayat2 skema, selalu ayat2 sempoi..hehe

Wan Amira said...

wah, this is your starting point kan.. me kalau kat selangor, setkaat ni i rase yang selalu i pergi tu kat jeram ngan sekinchan, tempat amik gambar.. tapi sayang walau tempat tu cantik tapi tak maintain.. and tak banyak promotion

Unknown said...

tahniah..

bertuah dpt guide & peluang sekali.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails