Friday 4 March 2011

Sedikit gempar | Fish Spa - Rawatan yg mengundang bencana

kat Msia me selalu nampak fish spa merata2...kat UK pun ada gak, tp tak byklah..

me geli and tak pernah try pun..kalau dpt free pun me tak nak, sbb rasa geli and sedikit jijik, tak tau naper me rasa gitu--sbb dlm otak me pikir ikan2 tu mkn kulit kaki org (kudis, kurap etc) then mkn kulit kaki me pulak (me tak de kurap/kudis hokeyy)..., tak sanggup me..

and then, me dpt plak me email psl fish spa ni...me tak tau lah sejauh mana kesahihannya--tp tak salah beringat2 kan..

ni me copy paste from my inbox :

RAWATAN YANG MENGUNDANG BENCANA - Fish Spa





Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat

note : uolls pernah try ker fish spa ni...kalau ada saper2 yg ada info psl ni, bolehlah share2 kan...

10 comments:

mama tisya said...

ada dpt email psl bahaya fish spa...tp kita ada terbc kt paper tk silap kalo guna apa ntah nama ikan tu kira ok la..tp lupa nama ikan tu


kt tesco,c4 ada org buka booth kecik utk fish spa..pernh nk try tp smp sudah tk try2..tp bila bc email tu mcm takut gk..pernh fish spa time kt langkawi dlu yg kt tasik dayang bunting

Ammar said...

Macam-macam jenis spa ada..pelik2...

cik faez said...

baru beberapa minggu lalu pegi test fish spa . tp bkn kat spa , kat sungai je . fish2 tu diternak khas utk spa . tourist yg pegi sana siap mandi 1 badan lg utk buat fish spa tu . xtau la pulak bahayanya ..

transformed housewife said...

tak pernah cuba tapi mcm tak berminat pun sbb sy ni penggeli. hehe. Dah klik HB hr ni.

Effi Rahmat said...

huhu.. tak pernah cuba.. tapi x salah menjauhi yg kita ragukan..

Mama Rayyan said...

Ye ke bahaya??dah penah try sekali,mmg geli sgt2...thanx for sharing ye.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

xpernah cuba pon...
tq share akak...

Oyis said...

kat msia nmpk ada byk, tp x pernah cuba. kat plymouth ni baru je ada satu, dlm awal tahun hari tu bukak. kalo sampai menybarkan penyakit2 xde ubat tu, baik x sah pegi aje la ek..

ardinihumaira said...

dni rasa kalo bab fish spa kena hati2 dah skang sebab ada aduan after ke fish spa, naik kurap, kan... lupa terbaca kat mana.. huhu

tiefazatie said...

ifa xpenah pun try..sbb ifa penah gak pk pe keburukan die nie..
sbb ifa nie geli sikit bab2 nie..
ifa dok pk..tak bersih nie..haha..sbb ikan tue kan nt ggt byk kaki..auuww...tak sanggup ai..haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails