Friday 13 November 2015

Kerana saya seorang ibu | Entry penuh emosi

setiap ibu pastinya sanggup bergalang ganti nyawa dgn zuriatnya...tak sanggup tgk anak2 sakit, menanggung derita, terseksa...

tapi siapalah kita utk menolak ketentuannya..
sebak, luluh hati setiap kali membaca nukilan one of my comper frens, E-car nazrin, psl her lil babygirl..yg kini sedang bertarung nyawa di ICU...
baby e-car ni namanya Nia Naqisha...sakit jantung berlubang..dh selamat operate 29 oct yg lps tp sampai sekrg masih berada dlm ICU...
selagi masih ada harapan, selagi itulah kita semua mendoakan kesembuhan buat Nia...
Tuhan Maha Pengasih, Maha Penyayang
Miracles does happen
jom sama2 berdoa sempena hari jumaat yg penuh barakah..

part of diary E-car, posted at her fb wall..

[11 NOVEMBER] - Day 16
PCICU, Hospital Serdang
.
Hari ni macam biasa ibu dan Papa datang jumpa Nia Naqisha..
Masa tengahari tadi Nia tidur je..
Nurse bagitau Nia ada muntah masa pagi..
So, kena stop bagi susu dulu..
Ibu dengan Papa baca Yassin sambil usap-usap tangan Nia..
Lepas tu ibu Papa sembang dengan Nia..
Walaupun Nia tidur, tak putus-putus kami cakap dan bisik kat Nia..
"Nia kuat.."
"Nia sihat.."
"Nia hebat.."
"Cepat sihat.."
"Nanti boleh balik rumah"
.
Masa jumpa Nia waktu petang, banyak perkembangan positif dari Nia..
● Nia mula diberi susuibu 5ml melalui tiub pukul 3 petang.. lepas tu pukul 6 petang lak.. ibu minta nurse letak susuibu sikit dalam mulut Nia.. nampak Nia hisap.. macam dahaga sungguh
● Nia banyak bergerak hari ni.. Nia genggam tangan ibu.. Nia pegang tangan Papa.. Nia main rattle hijau tu..
● hari ni ibu nampak Nia senyum sikit.. tak sempat ibu nak snap gambar.. hehe ðŸ˜‰ðŸ˜‰
● ibu ada bagi Nia minum sikit air zamzam.. ibu niatkan agar Nia tak muntah-muntah lagi dan agar Nia cepat sihat.. kat ubun-ubun Nia pun ibu sapu air zamzam..
● drainage tubes kat perut Nia dah dibuka (gambar).. nampak la kesan 2 tebukan tu..
● petang tadi doktor bagitau nak mula bagi Nia TPN (Total parenteral nutrition).. drip masuk kat badan Nia.. ni untuk bagi Nia tenaga..
● Nia masih bergantung bantuan pernafasan menggunakan ventilator..
.
Ibu rasa happy sangat dengan perkembangan Nia..
setiap hari ibu tak sabar-sabar nak jumpa Nia..
Walaupun kita dipisahkan buat sementara ni, percayalah sayang ini semua demi kebaikan Nia..
Semua ni untuk kesihatan dan kesembuhan Nia..
Ibu dan Papa tak kisah berulang-alik ke Hospital Serdang setiap hari demi Nia..
Sedar tak sedar dah 2 minggu berlalu..
Tak sabar ibu nak bawa Nia keluar dari hospital..
Nia yang sihat..
dengan jantung baru yang kuat ðŸ’ªðŸ’ª
.
.
‪#‎NiaNaqishaNazrin‬
‪#‎LittleFighter‬
‪#‎prayforNIA‬

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails