Sunday 19 September 2010

kalau dpt rembat sebijik jam mcm ni best gak ni

agak2 nya kalau me or uolls beli /dpt jam tgn mcm ni..mcm mana cara nak pakai/gayakannya yer...
tp mesti nampak unik +trendy sbb agak baru rasanya ni...i guess semua/kebykan perempuan memang fitrah suka bergaya nampak cantik kan..tak kisahlah bergaya kat mana2 pun..dlm umah pun kena bergaya gak kan :) kalau kuar jln2 or pegi tempat keje lagilah kena bergaya kan :)

kaler kat dlm pic tu plak merah..so sesuai benor utk penggemar merah tegar like Red Mummy...and me pun suka gak kaler merah tu..(selain pink ler..)

me ternampak psl jam fesyen baru ni kat Utusan Online semlm..


Jam tangan skarf Moschino


Koleksi jam tangan bergaya bersama skarf menawan.


KOLEKSI terbaru Moschino Cheap And Chic sempena rekaan musim luruh menampilkan koleksi jam tangan bergaya bersama skarf yang menawan.
Apa yang menarik mengenai jam tangan ini adalah seutas jam tangan yang kelihatan seperti skarf dengan menampilkan ciri-ciri kewanitaan.

Skarf ini diperbuat daripada 100 peratus kain jenis sutera dengan cetakan berwarna-warni yang menampilkan simbol klasik ikonografi Moschino.
Antaranya termasuklah simbol helaian daun serta ikon klasik, simbol jantung Moschino sebagai daya penarik.

Manakala permukaan jam pula diperbuat daripada keluli tahan karat berwarna putih dan juga emas.
Bagi yang berani menampilkan fesyen terbaru keluaran jenama dari Itali ini, sudah tentu bertuah kerana koleksi ini turut didatangi dengan koleksi tambahan.
Jam ini turut didatangkan dengan tali jam yang diperbuat daripada kulit dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan putih.

Oleh itu, pemilihan jam ini sudah tentu memberikan kelebihan buat anda untuk menghiasi pergelangan tangan dengan skaf mahupun tali kulit.

Dwi pilihan itu memberikan pandangan yang berbeza sama sekali buat pemakai untuk menggayakan jam tersebut bersama apa jua fesyen.

Selain itu, skarf tersebut juga boleh digayakan dengan pelbagai cara antaranya menyimpulkannya sekitar leher dan pergelangan tangan, memakai sebagai cekak rambut, melingkari sebagai tali pinggang ataupun sekadar mengikatnya pada pemegang beg tangan.

Koleksi terbaru ini didatangi dalam lima warna yang menawan iaitu merah, biru, merah jambu, kuning dan hitam yang amat bersesuaian untuk dipadankan dengan fesyen terkini.

Aksesori ini boleh didapati pada harga antara RM475 ke RM550 di semua cawangan Isetan, Parkson, Pavilion, Robinsons dan juga Tangs.

7 comments:

Sheherazade said...

OMG,cantiknya!elegence gitew

mizayusof said...

cantiknya! tambah-tambah kaler merah lak kan. hot! hehe

eLLy said...

emm camne nak pakai? ikat kat tangan or kat leher :P

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nak adiahkan kat mama la satu..
:)

ardinihumaira said...

:D cunnn!

saper nak belanja dni? hiksss

MamaRifqy said...

waaaaaaaaaaa..shanteq!!

Najwa said...

oh my! cantiknyer jam ni sis! kbetulan sy pn tgh cari2 jam utk diri sndiri... boleh masuk dlm collection utk dipilih ni.. tq for sharing sis~ ;)

best regards,
wawa~*
SecretWhisper.net

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails