Thursday 23 September 2010

patut ke mintak cerai sbb suami mcm kayu---tak romantik....

romantik tu apa sebenarnya yer....
is it all about cards, flowers, tlg bukak pintu keta masa nak naik keta, candle lit dinner, romantic vacation, bila jln pegang tgn?


tu yg kita selalu tgk kat movie...so dlm kepala hotak me (and may be some of uolls)..tu some romantic actions lah kiranya...

and kaum Adam ni plak, tak ramai yg romantic or paham apa yg perempuan inginkan dari seorg suami...different nature pun Adam & Hawa ni..

me baca kat utusan online, ada isteri  yg sanggup mintak cerai sbb dh fed-up dgn suami yg tak romantik langsung ie tahap zero, taraf kayu or tak de perasaan...me tak berani nak komen gak, sbb isteri tu sendiri yg rasa kan...tp yg me heran, masa belum kawin (time tackle2 tu) ramai plak yg pandai ber romantik2 ni..bagi bunga, kad, call2 +sms romantik2, pegang2 tgn--cth nyer ler
bila dh kawin, say after few years, dh tak de langsung sifat romantik tu..

malas me nak bebel panjang2..rezeki and nasib masing2lah kan...dpt hubby romantik ke tak..
hubby me pun tak romantik actually, tp dia ada inisiatif utk buat me happy...cthnya thn ni me 2 kali me dpt card, bunga (bday+anniversary)..me syukur sgt2 :) + happy jer :)...wpun dia memang tak ingat some of important date --biarlah..me yg jd tukang reminder, or tukang plan our vacation or holiday :)...

and hubby me, kalau dia nampak me penat, dia akan tlg buat keje umah like kemas2 umah, basuh pinggan mangkuk, kemas dapur...me selalu senyum meleret bila bangun pagi2 tgk rumah kemas....sbb me spesis tido awal..hubby plak tido lewat..so bila dia tgk umah sepah2 mcm kapal pecah, dia pun tlg kemas..tu kira romantiklah jugak kan hehhehe

ni some copy paste from Utusan Online:

Romantik atau kewajipan

APABILA suami tak romantik' kisah yang dipaparkan 22 ogos lalu menarik perhatian ramai wanita untuk memberi pandangan mereka. Antaranya saya pilih pandangan dari dua orang wanita, seorang daripadanya menetap di salah sebuah negara di Scandinavia. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri tentang suami romantik ini.

Jane dalam e-melnya memberitahu walaupun suaminya mat salleh, tetapi tidaklah romantik seperti yang ramai mendakwa sepatutnya suami mat salleh romantik sakan. Sebaliknya katanya suaminya lebih mengamalkan hidup berhemat dan tidak membazir.

''Suami saya JJ dari mula bercinta hinggalah anak kami dah anak dara sekarang tak kisah pun pasal hadiah untuk valentine ke, birthday mahupun anniversary. Katanya kalau nak beli barang tak payah tunggu hari-hari tersebut. Beli kalau mustahak. Or just tell me what you want, or if realy urgent go get it your self asal jangan membazir.

''Katanya lagi card is just a card, flower bila kering hanya penuhkan tong sampah, buat apa? Jadi kami beli hadiah bila kami rasa perlu. Bila saya lihat dia perlukan minyak wangi, baju mahupun jam baru. Saya akan belikan untuknya. Dan saya lihat dia akan senyum kerana dia memang memerlukan.

Sementara itu Puan Marsela dalam e-mel pula berkata dia bukan bertujuan memberi nasihat kepada Puan Norjaslina sebaliknya ingin berkongsi pandangan, kalau baik jadikan panduan jika tidak jadikan hiburan.

''Memang benar sebagai wanita kita suka dibelai, dimanja dan dipeluk oleh seorang lelaki bergelar suami, malangnya saya tak dapat rasakan semua itu kerana itu bukan perangai suami saya kerana dia jauh lebih tua dari saya.

''Kalau duduk menonton tv dia langsung tak pedulikan saya, nak sentuh, pegang tangan apatah lagi nak peluk saya. Kadang tu dia baca surat khabar kita duduk depan dia pun dia tak nampak kerana terlalu khusuk. Masalah saya lebih teruk lagi kerana suami saya ada masalah kesihatan menyebabkan dia terlalu dingin di tempat tidur.

''Memang saya memendam rasa, tertekan perasaan tiada kawan nak berbual, tiada gelak ketawa apa lagi gurau senda. Apabila perasaan terlalu tertekan syaitan mulalah datang menghasut, maka timbulkan perasaan kesal berkahwin dengannya. 

''Tetapi suami saya seorang yang baik segala keperluan saya disediakan, sebut saja yang diinginkan dia akan berikan. Makan minum cukup, dia penyabar tidak pernah meninggi suara, berjalan ke mana sahaja dia akan menamani saya, ini yang membuatkan saya rasa bertuah dan sayang padanya. Kebaikannya inilah buat saya muhasabah diri.

''Saya lihat kiri kanan ada kawan-kawan saya yang mempunyai suami sangat kedekut walaupun bergaji besar hinggakan dia terpaksa berniaga sambilan untuk mencari duit poket sendiri. Ada suami jenis yang lepas tangan segalanya diserahkan kepada isteri untuk menanggung keluarga. Ke pasar, menghantar anak sekolah dan bekerja untuk sara diri sendiri, sedangkan saya ke pasar pun tak pernah. Semua tersedia nak apa lagi? 

''Tak kurang juga ada suami kawan saya kaki judi, kaki minum, kaki pukul dan kaki perempuan. Bila memikirkan ini saya rasa diri saya amat bertuah, walaupun suami saya pendiam dan langsung tidak romantik, malah selalu tidak dapat memenuhi keperluan batin saya. Namun saya tidak mengharapkan kesempurnaannya seratus peratus.

''Akhirnya saya buat keputusan tidak mahu melayan perkara yang remeh temeh yang dihasut syaitan, sebaliknya saya mesti bertindak mencari kebaikan yang ada dalam diri suami saya. Kalau dia tak romantik, saya akan buat dia romantik, saya akan pelok dia, bergurau senda, kalau dia duduk di sofa saya akan menghimpit dan menggeselkan badan saya padanya. Paling kurang dia akan melayan saya dan meletakkan tangannya memeluk saya. Pada saya itu sudah memadai sebagai tanda dia sayangkan saya.

 note : terpulang pd pandangan masing2 kan...yg penting bersyukur..and kalau kita rasa suami tak romantik, why not kita ckp or luahkan secara berhikmah apa yg kita suka or expect from hubby :)

29 comments:

cikbedahlaser said...

suami sy..b4 kawin n skrg..selalu ckp..abg kan ati kayu...xde peraasaan.... tp it just a word... x kisah la x romantik pon kan...asal kasih syg itu ada.... mcm cite pompuan last tu... sgt terharu...

Anonymous said...

suka kisah yg kedua tu..memang buat saya terharu..memang tak semua lelaki romantik & caring..tp bersyukurlah ada drpd tiada..

dan semoga dia yg kedua itu mampu menerima kekurangan dan ketidaksempurnaan saya.. :)

Ummi Shira (AshAnas) said...

bertuahnya badan cik abg rajin tolong... hehe...

Unknown said...

my husband on off romantik....tapi kalau dah romantik tu...hehehe...sampai terlampau dibuatnya...ekekek...

mama affan said...

en.fika pun x berapa romantik..tapi ryna tau dia jenis penyayang..

apa2 pun..bawak bincang..kalau dah nak bercakap pun susah..kawen wat per? huhu..

mama tisya said...

rsnye smua pompuan suka kalo dpt suami romantik mcm dpt bunga,kad and mcm2 lg tp tk smua org lelaki ni camtu..tp kebykkn romantik lelaki ni die tk tunjuk ngan cr2 mcm bg adiah slalu...mcm cr die takecare kita,bw jln2 tu pn dh ok...

tp kalo cerai sebab suami tk romantik mcm tk logik je...

hubby kita pn bkn jenis romantik tp date2 penting mcm anniversary,busday die ingt tu kira dh okla dr tk ingt langsung kn...

Sheherazade said...

hubby me adik-beradik dia sume lelaki

tapi dia pandai n suke budak2

kalo me merajuk,dia xpandai pujuk

xper,terima seadanya :)

Jue Nazrin said...

hubby Jue pn xromantik tp spt yg akak ckp..hubby
Jue pn de tlg2 jugak buat kje umah..xdela kayu je..hehe

eima said...

suami ai garang + tak romantik pun ...
tp ai tau die syg ai dr cara² die yg tersendri ... itu pun dah cukup ...

Nurmala Mazlan said...

Ntah la..suami kita pon x romantic langsung..Tapi bila fikir2 balik, dia tak romantik tp mungkin dia ada sikap positif lain yg x de dekat lelaki yg romantik kan? hehehehe~

Wonderful Life with Mary Kay said...

Suami liza ada masa gak la nak romantik. Tapi suka sgt bila dia panggil Liza sayang.... sebab panggilan biasa, hari2 ayang...hehe...

Mama Rayyan said...

Romantik@tak for me sgt abstrak,terpulanh pada cara kita melihat romantik tu dari sudut mana.My hubby mmg tak romantik,i xpnh dapat bunga or kad sejak zaman bercinta lagi.Skrg dh 3 thn kawin,he is still the same.Masa birthday i this year dia belikan bag,tp dia bawak i dan suruh pilih mana nak..he3.tak soprise langsung kan?Tapi dia sgt rajin tlg buat keje rumah,uruskan anak dan tanggung i blaja(i full time degree student).So pada i tu dah memadai utk tunjukkan yg dia mmg sgt sygkan i,sgt bersyukur dapat hubby mcm dia.

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe tak pernah dapat hadiah dari si dia...tapi dia suka wat suprise...huhu

bunga_rose said...

ada gak bace pasal ni.. tak faham kenapa msti mintak cerai sebab tu.. macamkan tu je keperluan hidup dia.. bukan ke suami isteri saling melengkapi... bersyukur la dgn apa yang ada..

cikpia said...

takutnya nak kawen!!!!!!!!!!!! my mum selalu kata-marriage is a gamble; either u win or u lose........ tapi pepandai la make it a sweet one kan????

kak suzie, u've been tagged

mama_azizara said...

tak romantik xper..asalkan sayang..tak lupa tanggungjawab to me it's ok...;)

Najwa said...

i tak kawin lg, so x dapek n x brani nk kumen. tp, smlm i ada tgk 1 movie ttg lelaki idaman yg romantik bagai.. tp truth is, real love n 'perfect guy' tu berbeza dgn keinginan terhadap lelaki idaman.. but more utk kesesuaian n keperluan diri kita... alamak, amende i meraban dah ni, lol...

harap dijumpakan dgn lelaki yang baik lah, tu lg penting :D

best regards,
wawa~*
SecretWhisper.net

Farra Dhelina said...

kasih syg yg penting kan..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kaseh syg..
kejujuran...
ikhlas...
itu yg penting...
:)

Unknown said...

lelaki melayu maybe macam tak cukup romantic kot..sebab kita ni tebal dengan budaya sopan..

malu nak peluk2, sentuh2,pegang2 masa tgk tv apatah lagi depan orangkan..

tapi kalau dah suami kita rajin tolong kita buat kerja dan tak kisah tuk urus rumah tangga sama2 dgn kita so kira oklah tu kan..

*tapi kalau nak dia romantik,meh kita cuba sama2 didik suami kita jadi romantik macam kita nak

Cute MuM said...

Romantik tue subjektifkan... walaupon Daddy tue pelupa n tak pernah wat aksi romantik mcm dalam tv tue, Cute Mum tetap suka.. Sebab Daddy suka wat Suprise... tau2 rumah dah kemas.. Basuh n sidai baju...

Yang penting Daddy suka wat lawak time Cute Mum tgh marah... Geram sgt2 sebab rase nak tergelak...heheh...

tiefazatie said...

bestnye ur hubby sis..erm..psl cte tue lak..ntah la..ifa kn single mingle..so xtau nak ckp lebih2..hihi..but..spttnye manusia bersyukur la kan2..even xromantik pun..pasti perasaan syg tue ada kan2..=)

Unknown said...

jika pun suami ade kelemahan.. tp lihatlah pada kebaikannnya, sbb kita pun juga ade kelemahan..

sal ya said...

semua tu terpulang atas keikhlasan masing-masing menerima. kalau daripada awal terima okay je... jangan ungkit la nanti.

hubby pun tak berapa nak romantik sekarang. sekarang ke? hehehe... tapi dia selalu buat surprise yang kadang-kadang tak terfikir pun dia akan buat...

Unknown said...

Romantik>??
cannot xplainm bywords..
depends pada individu..ape2pon..pk kan yang terbaik..he's the best..
so apepon..sume yg dibuat dari sidia..mmg yang terbaik n romantik!!

husband me pon xla romantik sgt pon..but ade cara nak tunjukkan ksh syg!me love it!!

ardinihumaira said...

yang penting memahami.. romantik ke tak len cite kan kak... dni kalo dapat suami tak bukakan pintu keta tak kesah pon. buakk sendiri senang... len le kalo ngan tdokan baby masa dalam kete ke.. suami tolong2la bukakan pintu ;p hehehe mandai je dni

sall said...

Sall n hubby mmg xromantik tapi yang paling penting kasih sayang, keikhlas dan kejujuran kan. Baru lah hidup kita bahagia.
*Apa itu romantik?*

sall said...

nnti dtg di http://sallcontest.blogspot.com
Mama kena tag.

missrivebell mumun said...

oh tak patut tak patut..terima seadanya.. ececeh.. senang cakap la cz mumun xkwen lg.. hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails