Wednesday 19 June 2024

Corat coret raya haji

sbb hari ni masih lagi hari raya haji ie raya ke3, so MZ pun tulis entry mood raya lah. 
alhamdulillah MZ dh selamat sampai ke gombak ptg semlm...memang lalu LPT sbb singgah drop zharfan kat cfs gambang (same route masa balik kg ari sabtu lps)

raya haji tahun ni ie 1445H, segalanya smooth alhamdulillah.
masa hari sabtu tu, kat kampung cuaca mendung sepnjg hari.
masa hari ahad tu, cuaca hujan yg agak lebat!!! so kami risau jugak in case cuaca hujan masa hari raya haji (isnin) tu..
syukur sgt2 sbb masa hari raya, cuaca cerah panas elok jer dari pagi sampai lewat tghari, so proses ibadat korban (sembelih lembu etc) berjln lancar.

pagi2 raya, MZ pergi solat raya kat masjid imanul faizin. ada kisah tragis lucu ie MZ tertinggal telekung kat rumah, hanya bawak sejadah ajer kat tangan, syukur ada telekung waqaf kat masjid tu..telekung waqaf yg mahal/branded plak tu hehehhe..

ni lah telekung yg MZ pinjam pakai utk solat raya, pink dan design sulam2!

GOTD utk raya haji (ni jer yg ada pun)

solat raya dilakukan tepat 8 am, by 8.30 am, siap semua khutbah dan solat.
balik rumah, mkn2 dulu beramai2 ie juadah utama ialah bihun goreng, ada jugak ketupat palas (jiran bagi) etc

my extended family buat korban seekor lembu..nilah lembunya (sharing2 portion my mom, my adik nizar & wife, my adik (hanim & me), then my cousins lah 3 bahagian..total 7 bahagian.

ni upacara jual beli lembu (conventional mode), harga RM700 satu bahagian..in pic ni my adik tgh buat proses akad jualbeli dari my cousin (wakil on behalf owner lembu)

in pic...zharfan baju putih dan mr hubby tshirt dark blue...proses penyembelihan lembu dan melapah semuanya cepat dan lancar (sbb ramai yg terlibat esp family my cousins)..by 11.15 am, daging goreng kunyit dh siap masak! then masak sup tulang jugak utk jamuan mkn beramai2, then proses membahagi2 daging korban. then setel semua alhamdulillah.

how was your raya haji?
salam hari rabu uolls! ari ni MZ dh start keje ni..ada meeting after lunch today.

8 comments:

adnil linda said...

Alhamdulillah...seronoknya...semoga ada rezeki Linda melakukan ibadah korban pulak tahun hadapan...aamin2x

Mulan said...

Alhamdulillah memang seronok kan sama2 beraya, sembelih, melapah, masak Dan makan ramai2.

Taqabbalallahu minna waminkum.
Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

Syazni Rahim said...

Selamat Hari Raya Haji!

Carneyz said...

Alhamdulillah, terasa kemeriahan raya haji MZ bila baca coretan ni. Cantiknya telekung wakaf tu 😍

mummy_ayu said...

alhamdulillah...

Ezna Khalili said...

Alhamdulilah. Seronok tu dapat seekor lembu share adik beradik. Kat sini satu bahagian RM800. Tempat adik I pulak satu bahagian RM850. Apa pun alhamdulilah dah selesai semuanya....moga ada rezeki kita lagi tahun depan....

mama tisya said...

meriah sekor lembu tu...cpt bole siap menu masakan tu...

fanny_dcatqueen said...

Telekung SK yaa ❤️. Baguuus sangat yg provide telekung ini utk mesjid.

Meriaaaaah memang idul adha di sana ya kak. 😍.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails