Tuesday 4 February 2014

Tiba-tiba jadi GLAMOUR

kerana kids from sweden yg akan bersekolah di SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KALA (SKPK)...tu lah sek tmpt me bersekolah dari darjah 1 hingga darjah 6...juga sek ketiga2 org adik2 me...sek yg menyimpan sejuta kenangan terindah....sek ni letaknya around 500m jer dari umah me kat kg..

credit

 KOTA BHARU - Empat anak pasangan rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden, ditawar bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Kala dan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala yang terletak berdekatan dengan rumah ibu saudara mereka di Kampung Tok Wali, Peringat, di sini.
  
Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan Zahari Daud berkata, pihaknya memberi kelonggaran kepada kanak-kanak itu untuk meneruskan persekolahan mereka di bawah dasar Pendemokrasian Pendidikan Negara.
  
"Kita akan beri kelonggaran kepada kanak-kanak ini untuk memulakan persekolahan pada bila-bila masa dan mereka akan diberi keistimewaan sama seperti pelajar lain.
  
"Antaranya mereka akan menerima Bantuan Awal Persekolahan RM100 dan bantuan buku teks," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan Surat Penempatan Sekolah di rumah ibu saudara mereka, Shaleena Norshal, 43, yang menjaga empat beradik itu di sini hari ini.
  
Zahari berkata, JPN juga turut mengarahkan pengetua dan guru besar serta kaunselor untuk memberi perhatian kepada kanak-kanak berkenaan bagi memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan membantu mereka menguasai bahasa Melayu kerana mereka kurang fasih.

"Ibu saudara mereka (Shaleena) juga boleh membantu memandangkan beliau merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok di Bachok," kata Zahari.
  
Sementara itu, anak sulung pasangan itu, Aishah Azizul Raheem, 14, mengucapkan terima kasih kepada JPN Kelantan yang telah membantu beliau dan adik-adiknya untuk meneruskan persekolahan dalam masa terdekat.
  
Aishah turut berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah baharunya itu.
  
Bagaimanapun, beliau masih belum membuat persediaan seperti membeli pakaian sekolah kerana baru tiba di Malaysia dan terus dikunjungi pelbagai pihak yang prihatin dengan nasib yang menimpa keluarganya.
  
Empat beradik itu, Aishah dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba jam 7.04 pagi Sabtu lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke kampung ibunya di Kota Bharu.

Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isteri Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.
  
Sementara itu, Aishah memberitahu Bernama bermain permainan video adalah satu cara untuk dia dan adik-adiknya menghilangkan tekanan ketika dijaga keluarga angkat yang dilantik pihak berkuasa Sweden sebelum kembali ke Malaysia.
  
Sementara menunggu kes ibu bapa mereka diselesaikan, gadis itu berjanji untuk menjaga adik-adiknya.
  
"Saya sayang ibu dan ayah. Saya akan cuba untuk jadi kakak yang baik kepada adik-adik saya. Saya harap mereka akan dibebaskan dan pulang ke Malaysia dengan segera," katanya dalam nada sedih.  - Bernama


4 comments:

Eliss said...

wah..glemer gitu sekolahnya kan.tak kenal ke mak budak2 tu?

Ash Awan said...

saya sedang berdoakan agar pasangan tersebut dpt keluar secepat yg mungkin dri sana.

CaDLyNN said...

sekolah mz ke..glam kejap

Unknown said...

kesian mereka adik-beradik...semoga mereka sekeluarga tabah...

Undang-undang manusia memang pelik-pelik...yg terbaik dan paling adil hanyalah undang-undang Allah SWT...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails