Saturday 16 October 2010

Derma organ/organ transplant--sanggupkah anda/kita?

kalau org tanya me...me pun tak tau nak ckp sanggup ke tak...sbb bila urusan tu berlaku, si penderma dh kat alam lain pun...

kalau tak silap me, kalau kita or saper2 yg intend utk derma organ, kena isi form, then akan dpt kad, mcm kad rekod, tanda kita bagi kebenaran utk derma organ, and wajib plak bwk kad tu ke mana2, so in case si penderma meninggal dunia, kad tu sbg bukti his/her approval and wishes lah...

anyway, me terbaca psl derma organ ni..apa hukumnya...we as muslims kan...

jom baca...me copy paste from utusan online

Agama tidak menghalang

ANGKA penderma organ yang begitu kecil di negara ini mungkin boleh dikaitkan dengan faktor keagamaan (bagi orang Islam).

Namun menurut Pensyarah Jabatan Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Datin Dr. Paizah Ismail, sepatutnya faktor agama tidak boleh dijadikan alasan kerana fatwa membenarkan pendermaan dan pemindahan organ telah dikeluarkan sejak tahun 1970 lagi.

''Dalam hal ini (menderma organ) bukanlah satu benda baru yang dibincangkan malah Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan garis panduan tertentu yang mengharuskan pendermaan dilakukan.

''Pada prinsipnya Islam sendiri tidak melarang pendermaan organ malah dari segi hukum pun kita rasa tidak ada yang bercanggah.

''Dalam Islam sendiri ada menyatakan sekiranya apa-apa yang boleh memberi kebaikan kepada manusia dan yang boleh menjauhkan manusia daripada keburukan itu memang dibenarkan,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di Gombak, baru-baru ini.

Beliau tidak menafikan masyarakat hari ini melihat menderma organ ini satu perkara yang tidak bagus dan tidak wajar malah ada yang mengatakan ia akan menyeksa mayat.

Dan melihat akan perkara tersebut, menurut Dr. Paizah, ini tidak seharusnya timbul dan untuk itu kesedaran harus diberikan kepada masyarakat hari ini mengenai betapa pentingnya menderma organ.

Untuk itu semua pihak harus berganding bahu menganjurkan pelbagai aktiviti mahupun kempen menderma organ dengan lebih kerap agar masyarakat mengetahui dengan lebih lanjut kebaikan menderma darah.
Pada masa yang sama, kerjasama antara pihak-pihak seperti JAKIM serta badan bukan pertubuhan (NGO) Islam turut dialu-alukan dalam usaha memberi kesedaran serta fahaman yang lebih mendalam mengenai menderma organ.

Fatwa
Sejarah awal mengharuskan pendermaan organ dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis pada 6 November 1965 iaitu menerusi pendermaan kornea.

Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 23 Jun 1970 menetapkan garis panduan tertentu yang mengharuskan pendermaan dilakukan iaitu:

* Pemindahan organ boleh dilakukan selepas tiada pilihan atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya tidak berfungsi.
* Penderma atau pengikrar organ sudah disahkan meninggal dunia.
* Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga si mati.
* Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu.

note : still tak sure sama ada me sanggup tak jd penderma organ..tp kalau diri sendiri yg memerlukan derma organ dari org lain..masa tu saper2 yg menhadapi saat begitu mesti akan sanggup kan..


12 comments:

Nia said...

tapi samada betul atau tidak akan menyeksa mayat tu, masih tak jumpa di mana2 kan Suzie? huhu..

zahidah dihaz said...

pernah terfikir untuk mendermakan buah pinggang kepada kawan baik, tapi sampai sekarang belum lagi terlaksana sebab saya pun dikira masih dibawah tanggungan ibu bapa...

ardinihumaira said...

teringin juga dni nak berbakti tapi risau juga kalau bab 'menyeksa mayat' tu. huhu

nur said...

bagus info ni.. tapi pasal meyeksa mayat tu mcm mana ye..?

ALL IN ONE

cikpia said...

me memang muktamad sangat nak daftar sebagai penderma. tunggu pengesahan dari segi hukum ja..... sebab me fikir dengan cara tu mungkin boleh selamatkan satu nyawa yang lain......... mama marah gak tapi dah berjaya convince kan dia.... =)

azlina aziz said...

Saya lain pulak yang dirisaukan. Takut nanti if dah derma, orang tu buat tak elok pulak. Kita yang tanggung dosa. Macam mana tu?

tiefazatie said...

ifa pun xtau lg cmne..sebab macam2 kena fikir ngan teliti dulu..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sye baru tahu pasal derma organ nie xsalah dari segi agama...

Chibi Maruko said...

yepp saya tanda dekat belakang kad medical mengatakan saya setuju mendermakan organ setelah meninggal dunia.

My Love said...

Salam...

Terima kasih mama kerana menjemput Ustaz Love memberikan sedikit komen berkenaan isu ni...

Secara kasarnya, fatwa majlis fatwa kebangsaan itu yang sepatutnya kita terima.. kerana para mufti di dalam mesyuarat fatwa itu bukanlah mengeluarkan fatwa sambil bergurau dsb... sebaliknya mengambil kira banyak faktor (dalam kebanyakan keadaan berkaitan fatwa perubatan, para doktor pakar sendiri dipanggil untuk memberikan penjelasan sebelum sesuatu hukum diputuskan dan digazetkan)..

cuma, isu ini merupakan isu yg khilaf di kalangan ulamak. kalau nak cerita memang panjang. cuma adab kita dalam perkara2 ikhtilaf ini adalah menggunakan satu kaedah "al-khuruj minal khilaf mustahab" (keluar daripada khilaf itu adalah suatu yg terpuji)..

maknanya, jika ada dua pendapat yg kuat... satu mengatakan harus, satu lagi mengatakan haram.. maka yg lebih selamat kita berpegang pada haramnya... sbb dgn berpegang pada hukumnya haram, maka kita dapat sekaligus meraikan kedua2 pendapat (sbb pendapat yg satu lagi setakat harus.. nak buat ke, tak buat ke.. takde masalah)..

pegangan Ustaz Love dalam hal derma organ ini... menghormati keputusan majlis fatwa berkaitan keharusannya.. tetapi Ustaz Love tidak bersedia untuk melakukannya ;)

WA

My Love said...

lupa plak berkaitan soalan mama "adakah menyeksa mayat"? hehe..

Ustaz Love tak dapat nak jawab berdasarkan pengalaman.. sbb Ustaz Love belum pernah menjadi mayat.. cuma ada beberapa hadis yg menerangkan bahawa mayat juga boleh merasai apa yg dilakukan ke atasnya sama mcm ketika beliau masih hidup..

“Memecahkan tulang mayat itu sama dengan memecahkan tulang orang yang hidup.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban)

Malah kita juga dianjurkan untuk berlemah lembut ketika menguruskan jenazah kerana jenazah itu merasai kesakitan sama juga jika perkara itu dilakukan semasa beliau masih hidup..

Kalaulah memandikan jenazah pun perlu dilakukan dgn lemah lembut, bagaimanakah keadaannya jika mata dikorek atau dada ditebuk dsb...

WA

Najwa said...

dh komen kt latter entry psl ni.. since hukumnya pn harus pd islam.. terpulang pd individu masing2 :) utk me.. x decide lg.. mana tau one day berubah hati.. hihi

muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails